Faktor Utama Yang Menyebabkan Facebook Hilang Nilai USD300 Bilion Dalam Tempoh Satu Hari

Satu mimpi ngeri telah berlaku kepada pemegang saham syarikat media sosial terbesar di dunia iaitu Facebook. Mereka mengalami keatuhan harga saham syarikat sebanyak $230 bilion dalam tempoh satu hari. Ini merupakan satu sejarah hitam bagi mana-mana syarikat yang pernah disenarai di bursa awam di Amerika Syarikat yang hilang nilai yang banyak dalam tempoh 1 hari sahaja.

Kenapa Saham Facebook Merudum

Facebook yang pada tahun lepasnya telah menjenamakan semula syarikatnya kepada Meta. Nama ini singkatan kepada perkataan Metaverse yang merujuk kepada dunia alam fantasi yang menggunakan teknologi realiti maya untuk berfungsi.

Meta mengambil langkah drastik mengubah hala tuju syarikatnya kerana beberapa faktor luar yang tidak dapat dielakkan yang berlaku kepada syarikat itu sendiri. Dengan wujudnya media sosial baru terutamanya Tik Tok, Facebook dilihat sukar untuk bersaing dengan media tersebut kerana kebanyakan pengguna baru lebih suka menghabiskan masa mereka di platform tersebut berbanding dengan Facebook.

Tik Tok menjadi ancaman yang terbesar kepada kewujudan Facebook hari ini disebabkan ramai generasi muda beralih kepada media sosial tersebut untuk bersosial berbanding dengan Facebook. Tik Tok merupakan aplikasi yang berasal dari China berjaya mengambil pasaran golongan muda dalam tempoh yang sangat singkat berbanding dengan Facebook ketika mula diperkenalkan.

Tik Tok popular dengan aplikasi video pendek telah berjaya mendominasi Facebook dalam tempoh empat tahun. Facebook mula kehilangan pengguna mereka sejak tahun 2018 terutamanya di Amerika Syarikat tetapi pengguna di tempat lain masih lagi menggunakan platform tersebut sebagai media sosial  utama mereka.

Dari tahun ke tahun pengguna semakin bosan dengan Facebook terutamanya golongan muda yang kini lebih cenderung kepada Tik Tok.

Selain pengguna yang turut bosan dengan Facebook, Apple pula menghalang perkongsian maklumat pengguna mereka dengan pihak ketiga. Apple telah menghalang perkongsian maklumat peribadi  pengguna IOS  diaplikasi Facebook dan tindakan ini telah menjejaskan banyak pendapatan Facebook.

Facebook menjana pendapatan melalui pengiklanan telah mendapat tamparan hebat disebabkan oleh halangan yang dibuat oleh Apple. Ini telah sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan syarikat itu sendiri yang banyak bergantung kepada hasil pendapatan iklan melalui targeting kepada data-data yang dibekalkan peranti.

Facebook membuat aduan melalui surat khabar mengenai tindakan yang dilakukan oleh Apple yang menghalang dan menyusahkan peniaga kecil mencari rezeki melalui platform tersebut. Pengiklanan terjejas akibat golongan sasar dalam targetting Facebook tidak lagi tepat.

Kesan Kejatuhan Saham Facebook Kepada Dunia

Kesan kejatuhan saham Facebook telah membuat pengasasnya Mark Zuckerberg kehilangan jumlah kekayaan sebanyak $29 billion dalam tempoh sehari dan syarikat tersebut lenyap nilainya sebanyak $300 billion. Ini disebabkan Facebook tidak dapat menjana keuntungan sejak ia diperkenalkan dengan nama baru.

Dunia metarverse merupakan salah satu dunia yang baru dan masih lagi di peringkat percubaan untuk dikomersilkan kepada pengguna. Setakat ini, Facebook telah membangunkan teknologi metaverse bagi mengurangkan kebergantungan kepada pihak ketiga dalam menentukan hala tuju perniagaan mereka.

Teknologi yang masih baru ini tidak lagi berkembang secara matang menyebabkan pelabur kurang mempercayai teknologi tersebut. Pelabur melihat Tik Tok lebih berjaya dalam membawa falsafah perniagaan mereka. Facebook juga mula memfokuskan kepada aplikasi video yang seakan-akan Tik Tok iaitu Reel.

Mark Zuckerberg memberi jaminan kepada pelabur mereka yang mana mereka kini gigih dalam mengembangkan aplikasi Reel bagi menambat hati pengguna muda yang semakin ke arah kepada Tik Tok.

Jika Facebook tidak berjaya mengembalikan keuntungan untuk suku tahun berikutnya, ia akan memberi masalah yang besar kerpada syarikat tersebut disebabkan kepercayaaan pelabur terhadap syarikat ini tidak lagi berada dalam fasa perkembangan. Seterusnya ia akan menjadi syarikat yang bakal musnah akibat perkembangan teknologi semasa.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.