3 Tips Nak Melabur Dalam ASB

Pelaburan adalah satu ilmu yang sangat penting untuk orang yang ingin mendapatkan pulangan tanpa perlu bekerja untuk mendapatkannya. Melabur adalah satu cara untuk meningkatkan pendapatan, dimana kebiasaanya orang akan membeli pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi.

Terutama di musim PKP, semakin ramai orang yang ingin berkecimpung di dalam dunia pelaburan. Ilmu dan teknik pelaburan juga banyak diajar dan mudah didapati di sosial media dan laman web. Tetapi lain orang, lain cara untuk mereka melabur dan juga berbeza objektif untuk mereka capai.

Terdapat pelbagai cara dalam dunia pelaburan, Salah satu strategi pelaburan yang berkesan ialah bermula awal dan melabur dalam tempoh yang lebih lama, walaupun anda bermula dengan jumlah yang lebih kecil.

Pulangan jangka panjang kompleks yang baik. Pulangan pendapatan kompaun sangat berkesan kerana ia boleh memberikan pulangan yang baik. Bagi orang yang ingin mendapatkan pulangan konsisten setiap tahun untuk jangka masa yang panjang, ASB adalah satu medium pelaburan yang cukup terkenal untuk penduduk bumiputera Malaysia.

Apakah Amanah Saham Bumiputera (ASB)?

Amanah Saham Bumiputera ditubuhkan pada 2 Januari 1990 yang menyediakan simpanan alternatif bagi penduduk bumiputera sahaja. ASB adalah tabung unit Amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), dimana ASNB adalah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Objektif ASB adalah untuk memberikan pulangan yang kompetetif dan konsisten untuk jangka masa panjang kepada pemilik unit ASB dengan kadar risiko yang minimum.  Harga seunit yang tetap iaitu RM1.00 boleh memberi pulangan yang konsisten untuk jangka masa yang panjang. Kadar pulangan bonus dan dividen ASB kebiasaannya atas dari 5.00%.

Tetapi pada tahun 2020 dan 2021, kadar dividen ASB diumumkan pada 4.25 dan bonus 0.75 sen seunit. Namun kita boleh mengharapkan yang terbaik untuk tahun 2022 kerana, ASB adalah salah satu tempat pelaburan yang selamat terutama untuk Bumiputera.

Kenapa disebut selamat? Sebab harga unit dia akan sentiasa RM1.

ASB adalah simpanan peribadi yang akan menerima agihan dividen setiap hujung tahun mengikut kadar simpanan pelabur dalam akaun ASB. Manakala ASB Financing (ASBF) kebiasaannya pelabur akan memohon pinjaman dari pihak bank dengan jumlah yang besar seperti RM 200,000 untuk mendapat dividen maksimum.

Tips Melabur di ASB

Antara perkara yang perlu anda tahu dalam melabur di ASB adalah berkenaan dividen. Bagi dividen ASB, pihak ASNB akan mengumumkan pada hujung tahun iaitu bulan Disember tahun tersebut, dan pengiraan dividen adalah berpandukan baki terendah setiap bulan.

Oleh itu, anda tidak boleh mengharapkan jika anda membuat pelaburan tambahan disaat-saat akhir iaitu pada bulan Disember sebagai contoh RM10,000, anda akan mendapat pulangan dividen daripada pelaburan RM10,000 tersebut. Persoalan yang selalu timbul oleh mana-mana pelabur ASB, sebagai contoh pada 2020, dividen diumumkan sebanyak 4.25%, bolehkah kita kirakan terus daripada jumlah keseluruhan pelaburan kita?

Jawapannya adalah boleh jika, sepanjang tahun 2020 tersebut pelabur tiada membuat apa-apa pelaburan tambahan dan pengeluaran dalam ASB. Jika ada membuat transaksi, maka pengiraan dividen dikira berpandukan baki terendah setiap bulan. Oleh yang demikian, saya akan kongsikan beberapa tips yang anda perlu tahu dalam melabur di ASB.

Tips Pertama: Ketika Membuat Pelaburan Tambahan

Tips yang akan dikongsikan ketika membuat pelaburan tambahan di ASB adalah ‘bilakah waktu yang sesuai untuk melabur di ASB?’ Tips ini amat berguna untuk pelabur yang kerap kali membuat transaksi tidak kira pelaburan tambahan atau jualan balik ASB kerana baki terendah anda akan berubah-rubah setiap kali anda membuat transaksi.

Jika anda mahu membuat pelaburan tambahan untuk bulan tersebut, anda digalakkan untuk membuat sebelum bulan tersebut atau selewat-lewatnya pada hari pertama bulan tersebut. Hal ini kerana, anda boleh menambah baki terendah anda untuk mencapai nilai yang lebih tinggi untuk pengiraan dividen pada bulan tersebut.

Sebagai contoh, baki anda daripada bulan Mac 2021 adalah sebanyak RM20,000 dan anda mahu membuat pelaburan tambahan pada bulan April sebanyak RM2,000. Anda disarankan membuat penambahan sebelum bulan April atau selewat-lewatnya pada hari pertama bulan April iaitu 1 April 2021 bagi meningkatkan baki terendah anda untuk pengiraan dividen bagi bulan April.

Jika anda berbuat demikian, baki terendah anda akan bertambah kepada RM22,000 pada bulan April. Tetapi, jika anda lewat membuat pelaburan tambahan untuk bulan tersebut sebagai contoh pada 2 April 2021, baki terendah anda kekal dengan RM20,000 untuk bulan April dan RM22,000 akan dikira bermula pada bulan Mei 2021.

Tips Kedua: Ketika Membuat Jualan Balik

Gambar : The Star

Tips ini sama juga seperti membuat pelaburan tambahan iaitu ‘bilakah waktu yang sesuai untuk mengeluarkan wang di ASB?’ Jika seseorang pelabur mahu mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun ASB, waktu yang sesuai boleh membuat transaksi tersebut adalah pada awal bulan.

Kenapa awal bulan? Hal ini kerana jika anda mengeluarkan wang ASB pada tengah-tengah atau hujung bulan, amatlah rugi kerana baki terendah anda pada bulan tersebut akan menurun jika anda berbuat demikian.

Ia tidak sama seperti membuat pelaburan tambahan kerana jika anda membuat transaksi pengeluaran pada bila-bila masa pada bulan tersebut, baki terendah anda akan menurun mengikut jumlah baki anda. Sekurang-kurangnya biarkan bulan tersebut ditutup dengan nilai baki terendah yang tinggi.

Sebagai contoh, pada 28 Oktober 2021, anda mempunyai baki sebanyak RM22,000 dan anda berhasrat mahu membuat pengeluaran sebanyak RM5,000, anda dinasihatkan untuk membuat pengeluaran pada awal atau bulan berikutnya kerana jika anda mengeluarkan pada bulan Oktober, anda akan sedikit rugi kerana baki terendah anda pada bulan Oktober akan menjadi RM17,000.

Oleh itu, jika anda tidak terdesak untuk menggunakan wang pada waktu itu, anda boleh kekalkan simpanan didalam ASB untuk seberapa lama yang boleh untuk mengekalkan baki terendah seterusnya meningkatan jumlah dividen yang bakal anda perolehi pada hujung tahun atau awal tahun hadapan.

Tips Ketiga: Menguruskan ASB Loan

Pelabur juga boleh menambah pelaburan dengan membuat loan daripada pihak bank untuk dimasukkan ke dalam ASB mereka. Dasawarsa ini, banyak bank-bank yang menawarkan pinjaman ASB untuk pelabur dengan sedikit kadar faedah yang dikenakan bergantung kepada bank tersebut.

Pelabur boleh membuat pinjaman sehingga maximum RM200,000 dengan bayaran balik dalam tempoh 5 hingga tahun 40 tahun. Apa yang anda perlu tahu tentang pinjaman ASB adalah wang pinjaman yang disalurkan ke dalam akaun ASB adalah tidak boleh dikeluarkan dan hanya dividen sahaja yang boleh dikeluarkan sepanjang tempoh pinjaman.

Banyak persepsi timbul berkenaan pinjaman ASB sama ada ia berbaloi atau tidak kerana pulangan dividen ASB sejak akhir-akhir ini menurun. Pinjaman ASB ini sebenarnya masih berbaloi jika diuruskan dengan betol. Rata-rata pelabur membuat pinjaman ASB untuk mempercepatkan perolehan dividen yang tinggi.

Dalam menguruskan pinjaman ASB, pelabur dinasihatkan untuk tidak mengusik dividen yang diperoleh supaya jumlah dividen dapat dikompaunkan bersama jumlah pinjaman. Oleh yang demikian, agak rugi jika pelabur mengamalkan tabiat mengeluarkan dividen sejurus dividen diperoleh.

Sebagai contoh, seorang pelabur membuat pinjaman ASB sebanyak RM50,000, dan memperoleh RM3,000 daripada 6% dividen, amat rugi jika pelabur itu mengeluarkan dividen tersebut kerana setiap tahun hanya akan menerima jumlah dividen yang sama jika dia terus mengulangi tabiat yang sama.

Akan tetapi, jika pelabur itu mengamalkan ‘konsep compounding’ dengan tidak mengusik dividen tersebut, maka setiap tahun dividen yang akan diterima akan terus meningkat. Akhir kalam, pelabur perlu fikir masak-masak terlebih dahulu sebelum membuat pinjaman dan ukur baju di badan sendiri sebelum mahu memuktamadkan jumlah pinjaman ASB supaya tidak rasa terbeban.

Kesimpulan

Sebagai penggulung kata, tiada erti lambat dalam pelaburan jika kita betul betul ingin menceburi dalam bidang ini. Tetapi, lebih awal kita sedar akan kepentingan pelaburan ini, terutama pelaburan ASB, semakin banyak keuntungan yang kita akan perolehi, bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga dari segi masa.

Jadi golongan muda amatlah disyorkan agar lebih menyedari awal tentang kebaikan melabur ini. Tetapi kita juga perlu merancang kewangan kita, dan mengutamakan keutamaan untuk kelangsungan kehidupan. Jika kita mempunyai lebihan kewangan, tidaklah salah untuk kita mengagihkan wang kita untuk dibiakkan.

Dan lain orang juga lain cara, dan mempunyai lain objektif, ianya bergantung kepada objektif masing-masing.

Penulis:

Muhammad Hasif Bin Ramli
Wan Muhammad Irfan Hakimi Bin Wan Mohd Ezzuddin
Associate Professor Dr. Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.