Faktor Yang Menyebabkan India Gagal Dalam Pasaran Industri Semikonduktor Dunia

Industri semikonduktor merupakan industri yang sangat penting dalam kehidupan moden pada hari ini. Disebabkan kepentingan industri ini, kita boleh melihat nilai pasaran dalam industri ini berjumlah $559 billion pada masa ini. Antara negara yang penting dalam menghasilkan semikonduktor dunia ini adalah Amerika Syarikat, China, Jepun, Taiwan dan juga Korea Selatan.

Walaupun begitu, hanya Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan sahaja merupakan negara yang mampu menghasilkan semikoduktor berkualiti tinggi dalam peralatan elektronik yang diguna pakai seharian pada masa kini.

Sumber: Statista

Bagi China pula, negara itu merupakan pengguna semikondutor paling besar di dunia dan hanya mampu menghasilkan semikonduktor yang asas sahaja. Tetapi negara tersebut telah melaburkan sejumlah wang yang sangat besar dalam membangunkan industri semikonduktor mereka sendiri yang mana bakal mengugat pasaran yang dipegang oleh pemain industri ini terutamanya negara barat.

Selain China, India juga merupakan salah satu negara yang pernah cuba untuk menjadi pemain dalam industri semikonduktor dalam pasaran dunia. Tetapi setelah hampir tiga dekad mencuburi bidang ini, negara tersebut dilihat gagal dalam menghasilkan semikonduktor yang dapat bersaing di peringkat pasaran antarabangsa.

Perkembangan era semikonduktor ini bermula pada awal era 1960-an di Silicon Valley. Pada ketika itu, Syarikat Fairchild Semiconductor merupakan sebuah syarikat yang pertama menghasilkan cip secara komersial. Pada era tersebut mereka berlumba-lumba untuk membuka kilang semikonduktor di kawasan luar negara di mana negara Asia menjadi destinasi mereka. Pada ketika itu juga, syarikat semikonduktor di Amerika Syarikat melihat Asia sebagai destinasi yang baru kerana kebanyakan negara Asia baru sahaja merdeka dari penjajahan barat dan polisi mereka adalah mempelawa pelabur dari negara luar untuk memajukan negara mereka.

India dilihat salah satu negara yang mengamalkan dasar demokrasi di Asia tetapi melihat kepada keadaan politik dan karenah birokrasi yang tidak stabil, syarikat semikonduktor Amerika Syarikat tidak berani untuk melabur di India dan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka. India kemudian membangunakan industri semikonduktor mereka sendiri pada era 1980-an, pada ketika itu negara berada pada landasan yang betul bersaing dalam industri tersebut.

India telah menubuhkan pusat penyelidikan yang digelar sebagai SCL. Pada era tersebut, India bersaing bersama dengan Taiwan, Korea Selatan dan Jepun dalam membangunkan industri semikonduktor mereka. Negara yang baru sahaja membangunkan industri semikonduktor mereka pada ketika itu berada dalam fasa tidak jauh ketingalan dengan pelopor industri ini iaitu Amerika Syarikat. Pada ketika itu, kebanyakan mereka hanya ketinggalan sebanyak dua generasi dalam menghasilkan cip prosesor mereka sendiri.

Setelah tiga dekad, kini India telah dilihat ketinggalan sebanyak 12 generasi dalam industri ini. Taiwan dan Korea Selatan dilihat dapat bersiang hebat dalam menghsilkan cip untuk pasaran antarabangsa malah syarikat Taiwan, TSMC secara rasmi mampu mengatasi Intel dalam menghasilkan cip yang bersaing 5 nanometer yang mana pada ketika ini Intel tersepit dalam menghasilkan mikrocip bersaiz 14 nanometer.

Sumber: TF Post

Terdapat beberapa faktor mengapa India gagal membangunkan industri semikonduktor mereka sendiri. Jika dilihat tenaga kerja, mereka mampu untuk menghasilkan teknologi semikonduktor sekurang-kurang dapat bersaing dengan Jepun atau Korea Selatan tetapi mereka dilihat telah gagal dalam perlumbaan tersebut.

Punca paling utama adalah rasuah dikalangan pegawai kerajaan India. Rasuah dalam pentadbiran kerajaan menyebabkan syarikat yang dimiliki oleh kerajaaan gagal menghasilkan apa yang sepatutnya dilakukan oleh syarikat semikonduktor. Selain itu juga, ramai pakar-pakar yang terlibat dalam semikonduktor ini  tidak berminat untuk bekerja di syarikat milik kerajaan disebabkan perkara tersebut.

Paling penting dalam menghasilkan semikonduktor adalah bekalan air bersih yang sangat banyak. Bekalan air bersih di India masih lagi menjadi perkara utama dan masalah domestik bagi negara tersebut. Industri ini memerlukan bekalan air bersih yang sangat banyak bagi menjalankan aktiviti pengahsilan cip yang berkualiti tinggi.

Syarikat milik kerjaan itu tidak berjaya menghasilkan semikonduktor dalam pasaran dan hanya mendapat kontrak dari kerajaan untuk terus beroperasi. Kerugian dicatatkan setiap tahun menyebabkan syarikat tersebut dilihat gagal dalam industri yang penting di India.

Pada tahun 2021, nilai industri yang berkaitan dengan semikonduktor di India adalah sebanyak $27billion dan pada ketika ini negara tersebut masih lagi mengimport bekalan semikonduktor dari negara luar. Jika era 1980-an industri semikonduktor di India hanya ketingalan dua generasi berbanding negara barat, kini mereka telah ketinggalan sebanyak 12 generasi dalam perlumbaan untuk menghasilkan cip bertaraf dunia. Kini negara itu ingin kembali sekali lagi dalam penghasilan cip untuk bersaing dengan pasaran dunia.

Baca juga:

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan. Betul tak?

Untuk jadi pelabur atau pedagang yang bijak pilih saham berkualiti, kita tak boleh main rasa hati semata-mata. Kena kuasai asas:

  • Analisis Fundamental – faham bisnes, untung rugi, hutang, prospek.
  • Analisis Teknikal – faham pergerakan harga, trend dan timing beli/jual.

Di sinilah datangnya formula CANSLIM. Pernah dengar tak?
Ini antara formula pemilihan saham yang popular seluruh dunia, diperkenalkan oleh pelabur tersohor William J. O’Neil. Ramai gunakan CANSLIM sebagai “sistem tapisan” untuk cari saham yang berpotensi, bukan sekadar teka-teka ikut kawan.
Kami sendiri pun gunakan formula yang sama bila nak pilih saham.
Cuma syaratnya satu: kena faham dulu logik di sebalik setiap huruf C-A-N-S-L-I-M.

Dalam ebook CANSLIM ini kami detailkan lagi ceritanya -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Previous ArticleNext Article

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.