Kenapa Korea Selatan Membuat Pelaburan Besar-Besaran Dalam Industri Mikrocip?

Perang cip komputer kini semakin berada di kemuncaknya. Sebelum ini, China sedang berusaha keras dalam membangunkan teknologi mikrocip mereka dengan bantuan dari jurutera dari Taiwan.

Baca: China Bangunkan Industri Semikonduktor Mereka Sendiri Dengan Bantuan Jurutera Dari Taiwan

Ketika ini, hampir semua peralatan elektronik sangat bergantung kepada mikrocip untuk berfungsi. Pada tahun lepas ketika pandemik mula melanda dunia, banyak syarikat semikoduktor terpaksa menutup operasi mereka bagi mengelakan penularan wabak Covid-19.

Hasil daripada penutupan kilang tersebut, banyak industri yang terlibat seperti elektronik dan automatif terjejas teruk kerana bilangan mikrocip yang dihasilkan oleh syarikat semikonduktor tidak dapat menampung permintaan yang terlalu besar di pasaran.

Kesan daripada peristiwa ini, banyak industri terpaksa menagguhkan pengeluaran produk mereka disebabkan penghasilan cip tidak mampu menampung permintaan industri.

Baca: Industri Kenderaan Terjejas Teruk Akibat Kekurangan Bekalan Mikrocip Di Dalam Pasaran

Maka negara industri dunia telah berlumba-lumba membangunkan mikrocip buatan negara masing masing dan di antara negara yang terlibat adalah Amerika Syarikat, China, Kesatuan Eropah dan tidak ketinggalan, Korea Selatan.

Selain daripada permintaan yang tinggi di dalam pasaran, perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China juga menjadi faktor kenapa Taiwan ingin membangunkan mikrocip mereka sendiri bagi mengelakkan berlakunya pengurangan mikrocip dalam pasaran pada masa hadapan.

Korea Selatan terkenal dalam menghasilkan teknologi elektronik yang kini lebih maju berbanding Jepun. Dua gergasi elektronik di sana yang terlibat dalam melakukan penyelidikan adalah Samsung dan juga SK Hynix.

Kedua-dua syarikat gergasi ini bersama 150 syarikat ini menyambut seruan kerajaan di bawah pimpinan Moon Jae-in, yang memberi bantuan subsidi bagi membolehkan negara tersebut membangunkan cip buatan mereka sendiri di dalam negara.

Projek ini dijangka bernilai USD450 bilion dan mendapat restu daripada kerajaan Korea Selatan.

Kenapa Korea Selatan Perlu Bangunkan Mikrocip Mereka Sendiri?

Walaupun Korea Selatan memang padu dalam membangunkan barangan elektronik, tidak semua kategori elekyronik yang mereka mampu hasilkan. Seperti yang kita tahu, Korea Selatan merupankan negara kedua terbesar dunia dalam menghasilkan panel LCD selepas China dengan 47% pasaran dunia.

Selain panel LCD, negara ini juga merupakan pengeluar RAM (Random Acess Memory) terbesar dunia yang didominasi oleh Samsung dan juga SK Hynix dengan hampir 65% pengeluaran dunia.

Korea Selatan pada ketika ini hanya ketinggalan dalam membangunkan  advanced logic chip yang merupakan mikroprosesor yang bertindak sebagai otak bagi membolehkan sesuatu alat elektronik berfungsi.

Jika dibandingkan dengan Taiwan, Korea Selatan yang diwakili Samsung hanya menguasai sebanyak 18% sahaja pasaran dunia berbanding dengan Taiwan yang diwakili TSMC menguasai sebanyak 55%.

Walaupun Samsung berjaya mengeluarkan cip buatan mereka sendiri di dalam telefon pintar mereka yang dikenali sebagai Exynos, cip wafer yang digunakan adalah berasal daripada ARM yang kini telah menjadi sebahagian daripada syarikat Nvidia.

Korea Selatan merancang untuk tidak bergantung sepenuhnya pengeluaran cip wafer dari pihak luar pada masa akan datang.

Mikrocip Untuk Teknologi AI Merupakan Industri Masa Hadapan

This image has an empty alt attribute; its file name is Kenapa-Korea-Selatan-Membuat-Pelaburan-Besar-Besaran-Dalam-Industri-Mikrocip3-700x700.jpg
Kredit Gambar: Belmont Public Library

Kini, pengeluar semikonduktor berlumba-lumba dalam menghasilkan mikrocip yang boleh diintegrasi dengan AI yang bakal menjadi teknologi masa depan.

Menurut Menteri Perdagangan Korea Selatan, negara mereka tidak mampu untuk bersaing dengan gergasi teknologi seperti Google atau Microsoft dalam bidang teknologi perisian; tetapi mereka mampu bersaing dalam menghasilkan mikrocip yang boleh diintegrasi dengan AI walaupun tidak dapat memonopoli dalam industri tersebut.

Mereka menjangkakan pengeluaran industri semikonduktor negara tersebut akan bernilai USD200 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Sumber Rujukan: Fortune

Kredit: Trading View

Mantap juga harga saham Samsung yang disenaraikan di pasaran saham Korea Selatan yang telah naik sebanyak 57% dalam masa setahun.

Kredit: Trading View

SK Hynix pula naik sebanyak 53% dalam masa setahun.

Persoalannya sekarang, sudahkan anda mempunyai akaun CDS dan dah rebut peluang yang ada?

Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham

Adakah anda seorang yang:

✅ Tiada asas pelaburan saham

✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin

✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini

✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri

✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham

✅ Tidak faham membaca chart

✅ Tiada panduan dalam melabur saham

Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!

Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.

Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.

Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL

ANALISIS TEKNIKAL

SENTIMEN

TRADING PLATFORM

SCREENER

Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!

Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham

Klik Webinar Saham 3.0

Previous ArticleNext Article

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.