Fundamental Analisis : Harbour, Syarikat Yang Mendapat Manfaat Ketika Pandemik

Ketika dunia diserang pandemik COVID-19, tiada siapa menjangkakannya. Di Malaysia bermula pada bulan Februari 2020, kes COVID-19 mula merebak di seluruh negara. Sehinggalah pada 17 Mac 2020, kawalan pergerakan dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia. Semua aktiviti ekonomi tidak dibenarkan pada ketika itu. Dunia saham mengalami kejutan dan juga semua pasaran dunia mengalami kejatuhan yang ketara. 

Banyak syarikat yang terpaksa ditutup dan banyak juga yang menjadi bankrupt. Sektor yang terjejas teruk adalah sektor pelancongan dan perhotelan kerana semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing.

Namun begitu, dikala sektor lain mengalami kejatuhan, terdapat banyak juga sektor yang mendapat permintaan yang semakin meningkat. Antara salah satu sektor yang mendapat manfaat ketika pandemik COVID-19 adalah sektor pengangkutan atau logistik. Mari kita lihat syarikat Harbour yang terlibat dalam bisnes logistik dan mereka mendapat manfaat yang besar.

Syarikat Harbour Link mempunyai pelbagai segmen bisnes antaranya adalah Integrated Logistic Services. Segmen bisnes ini terdiri daripada pengangkutan darat dan air, pengurusan gudang dan juga pengurusan supply chain. Semasa pandemik, kos pengangkutan telah meningkat naik terutama kos pengangkutan kapal laut. Harga sebuah kontainer barang untuk kapal laut menjadi tiga kali ganda.

Oleh itu, syarikat pengangkutan telah mendapat manfaat besar kerana kenaikan kos pengangkutan terutama untuk kapal laut. Syarikat Harbour mempunyai tiga kapal laut jenis kontainer yang mana membawa barang dagangan dari Malaysia ke seluruh dunia. Hal ini boleh dilihat dengan peningkatan pendapatan syarikat dan juga keuntungan bersih syarikat.

Pendapatan Syarikat

Sumber : Malaysiastockbiz

Sejak suku tahun empat 2020, Harbour menunjukkan peningkatan dalam keuntungan bersih. Sejak daripada itu, prestasi kewangan syarikat menjadi lebih baik. Profit margin syarikat juga telah meningkat dari 2.6% Q42020 menjadi 13.8% Q42021.

Peningkatan lebih dari 5 kali ganda. Ini menunjukkan Harbour telah melalui fasa yang sangat baik semasa pandemik dan menjadikan mereka lebih cekap dan efisien dalam pengurusan kewangan syarikat. Dengan kepelbagaian bisnes industri yang mereka ceburi, Harbour mampu untuk menjadi syarikat yang berdaya saing di masa hadapan.

Belum Terlambat, Masih Sempat Untuk Belajar

Ingat, pasaran saham tidak kalis rugi. Harga saham akan bergerak. Naik, turun atau duk situ saja. Namun begitu, pelaburan saham telah lama terbukti menjadi salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan. Paling penting, gunakan modal dari duit lebihan sahaja supaya tidak serabut dan kusut bila rugi.

Nak melabur saham tapi tak tahu caranya?

Dah mula melabur tapi asyik rugi?

Nak tahu cara cari saham yang boleh dibeli?

Nak tahu analisis teknikal untuk ‘entry’?

Banyak ilmu pelaburan saham turut dikongsikan secara percuma di TheKapital. Jika anda ingin mendapatkan ilmu-ilmu eksklusif berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang lebih mendalam, dapatkan ilmu tersebut di sini >> Produk TheKapital

Previous ArticleNext Article

ACSR Keluar Laporan Kemampanan Ilustrasi untuk Membimbing Syarikat mengenai Piawaian ISSB

Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) hari ini mengeluarkan Laporan Kemampanan Ilustrasi (ISR) berdasarkan Piawaian ISSB , untuk menyokong pendedahan kemampanan di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).

Dua ISR tersebut disediakan untuk sektor perladangan dan pembinaan. Matlamat keduadua laporan adalah untuk menyediakan rujukan ilustrasi kepada syarikat apabila menggunapakai keperluan IFRS S1 dan IFRS S2 dalam pendedahan kemampanan mereka.

Laporan ini adalah sebahagian daripada PACE (Dasar, Andaian, Kalkulator, Pendidikan), iaitu inisiatif ACSR yang menyediakan panduan dan pembinaan kapasiti untuk pelaporan kemampanan.

ISR telah disediakan dengan memberi fokus kepada industri untuk mencerminkan laporan sejajar ISSB praktikal. Dalam membangunkan ISR, ACSR telah melibatkan pemain industri untuk memahami cabaran praktikal dalam keperluan pelaporan.

Pengerusi SC dan ACSR Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata, “ISR menawarkan panduan tepat pada masanya dan menyediakan contoh terperinci untuk membantu syarikat menyediakan laporan kemampanan mereka selaras dengan Piawaian ISSB.”

Inisiatif PACE lain termasuk Program Penyedia NSRF (NPP). RFN telah dilancarkan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), cabang latihan SC. Sesi pertama telah dijalankan pada 15 Julai 2025, dengan sesi selanjutnya dijadualkan sepanjang tahun.

Ia termasuk modul mengenai pelaporan kemampanan menurut Laporan Kemampanan Ilustrasi, pengiraan dan pelaporan pelepasan GHG Skop 3, dan analisis senario berkaitan iklim.

ISR boleh didapati di www.sc.com.my/nsrf/resources. Untuk pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ACSR di [email protected].