Jom Belajar Ilmu Technical Analysis Dan 6 Kaedah Trading Yang Popular

Penting ke pemilihan kaedah trading? Anton Kreil pernah menyebut “90% dari pelabur runcit akan kehilangan 90% wang margin akaun mereka dalam masa 90 hari.” Statistik ini tidaklah sahih sumbernya walaupun dari Anton Kreil, namun dapatlah kita simpulkan bahawa pelabur runcit selalu mangsa kerugian Mr Market.

Walau bagaimana pun , terfikir kita sejenak bagaimana orang boleh rugi dengan begitu luarbiasa walhal di social media, paparan keuntungan (Screenshot) acapkali dimuatnaik oleh ramai pelabur. Ada yang bercerita tentang teknik ini boleh jana 200% semalaman , ada yang 1000% sebulan .

Apakah teknik yang mereka guna? Artikel kali ini tidaklah menyelongkar tentang teknik mereka tetapi lebih kepada mencerita kaedah perdagangan yang proven sejak dahulu lagi.

1. Elliot Wave

Elliot Wave merupakan sebahagian dari technical analysis yang digunapakai oleh pelabur dalam pasaran untuk mengkaji kitaran pasaran dan behavior pelabur dalam pasaran waktu pada waktu itu.

Ralph Nelson Elliot yang merupakan seorang akauntan profesional telah menemui dan mendapati pasaran sebenarnya bergerak dalam struktur yang tertentu. Pada waktu itu, Mr Elliot telah mencipta satu alat mengalinasa pasaran pada awal tahun 1930an. Hasil kajian beliau itulah yang dipanggil Elliot Wave.

Mr Elliot telah menerbitkan hasil kajiannya dalam sebuah buku pada tahun 1938 yang bertajuk The Wave Principle dan pada tahun 1939, Ralph Nelson Elliot menulis ringkasan Elliot Wave dalam majalah Financial World Magazine. Akan tetapi theory Elliot Wave masih diperbahaskan untuk penambahbaikan sehingga sekarang

Asas kepada Elliot Wave adalah terbahagi kepada dua bahagian :

Motive Wave

Motive wave adalah struktur pasaran yang sedang trending dalam keadaan menaik atau menurun . Cara mengira wave nya adalah 1,2,3,4,5.

Corrective Wave

Selepas pasaran sudah menghabiskan motive trend, pasaran kemudiannya akan disusuli dengan corrective wave atau dengan bahasa mudahnya pembetulan . Sinonimnya adalah retracement , pullback dan profit taking. Cara mengira counting wave adalah A,B, C.

Sebagai contoh:

Di Malaysia , ada beberapa guru yang sangat mahir dengan Elliot Wave dan proven . Antaranya ialah Fising / Khairul Amirin dan juga dalam FCPO, Wafi Azian . Jika berminat mendalami Elliot Wave dan ingin bergelar Elliotician silakan bertanya mereka berdua .

2. Moving Average

Moving Average salah satu dari indicator dalam technical analysis yang diguna untuk memastikan trend semasa sama ada betul atau fake. Kadangkala market sering breakout support atau resistance malangnya sebelum harga ditutup, rupanya ia adalah fake movement.

Moving Average merupakan ‘lagging indicator’ kerana ia bergerak berdasarkan harga lepas dan terbahagi kepada dua iaitu , simple moving average (SMA) dan expotential moving average (EMA).

MA juga berperanan sebagai support resistance semasa dalam trading dan kebiasaanya MA disetting mengikut bilangan hari hari tertentu , ada yang guna 13 hari , 14 hari , 5 hari , 21 hari . Tiada masalah asalkan tahu kegunaannya. MACD yang kita ketahui dalam platform perdagangan itu juga mengguna Moving Average.

Salah seorang yang memang diketahui dengan “Setup Lejen” iaitu Tuan Ridzuan Ibrahim, seorang all round trader (forex, commodity, saham) dan juga pemegang CFTe , MSTA(UK) serta trainer bagi pasaran tempatan.

Jemput bertanya kepada beliau mengenai penggunaan Tuan RI dalam “Setup Lejen” atau terus hubungi beliau laju laju !

3. Bollinger Band

Bollinger Bands antara yang indicator technical analysis yang popular di kalangan pedagang, tapi tahukah anda asal usul Bollinger Bands? BB merupakan paten mutlak John Bollinger pada tahun 1980. Menurut John Bollinger, Bollinger Bands boleh diguna untuk mengukur tahap ketinggian dan paras rendah harga dalam sesuatu instrumen.

Bollinger Bands diguna secara meluas di Malaysia dan cara penggunaannya pun ada yang berbeza beza. Tiada masalah untuk meraikan bab itu, ada yang terus buy bila price melebihi Mid-BB , ada yang sell bila price melebihi low BB.

BB juga diguna untuk mengukur kadar turun naik dalam pasaran. Bila BB menguncup maksudnya volatility dalam keadaan rendah dan bila mengembang, price dilihat lebih ke arah trending.

Antara pakar dalam penggunaan BB adalah Tuan Oma Ally , Ridzuan Rahman . Boleh terus sertai kelas anjuran mereka ya, inshaAllah anda dah jumpa guru BB yang betul.

4. Ichimoku Kin Hyo

Ichimoku Kin Hyo adalah teknik yang digunapakai oleh pedagang Jepun pada zaman dahulu. Antara matawang yang gemar diterapkan teknik ini ialah matawang Jepun sendiri iaitu Yen (JPY).

Moving Averages yang ada dalam teknik ini disebut “tankan-sen dan kijun-sen” untuk menunjukkan titik persilangan antara bullish dengan bearish point. Awan kumo terbentuk antara span purata antara tankan-sen dan kijun sen untuk menganggarkan 6 bulan mendatang ( senkou span B) and titik tengah 52 week high dengan senkou span B pula boleh menganggarkan keadaan pasaran 6 bulan akan datang.

5. Supply Demand

Menurut economist dan merujuk mana mana buku ekonomi, prinsip asas ialah permintaan dan pengeluaran,dalam inggerisnya disebut supply and demand rule.

Demikian juga konsep Supply Demand diterapkan dalam trading, semakin tinggi demand , semakin tinggi harga ( bullish ) begitu juga hal yang sebaliknya. Kini , SND juga menjadi sebahagian dari Technical Analysis.

Terdapat beberapa setup SND yang dilihat sangat menarik dan lumayan risk rewardnya. Antara nama yang sinonim dengan SND ialah Sam Seidin , If Myante . Jika di Malaysia , sudah tidak asing lagi nama guru ini iaitu Mansor Sapari .

Hasil kajian dan pembelajaran beliau mengenai SND inilah, anak muridnya kini ramai yang sudah mampu menguasai pasaran dengan baik. Silakan rujuk beliau berkenaan Supply Demand Trading.

6. Pivot Trading

Pivot dalam bahasa pasarnya disebut sebagai middle atau tengah tengah. Dalam technical analysis, Pivot diguna untuk mengukur harga average dan melihat harga breakout support atau resistance.

Kebanyakkan pivot traders adalah intraday traders tetapi ada juga yang menggunakan pivot weekly. Antara orang yang terkenal dengan pivot trading adalah Tuan Ridzuan Ibrahim dengan setupnya NPC.

NPC merupakan setup simple tetapi powerful dan terbukti dengan statistic data yang boleh tuan puan minta dengan beliau. Jika tuan puan masih keliru dengan setup apakah yang sesuai, digalakkan mengguna teknik di atas. Bukan bermaksud teknik lain tidak berkesan tetapi yg di atas sudah terbukti bertahun lamanya.

Kesimpulan

Jadi bagaimana pula dengan anda? Kaedah trading mana satukah yang anda sedang gunakan atau sedang pelajari? Ingat, kaedah trading, biarlah daripada mereka yang pakar dan mahirkan diri dalam kaedah trading itu sebagai sistem dan setup anda sendiri.

Sumber: Investor.my

Peluang Berjumpa Pakar Technical Analysis Oktober Ini Di Kuala Lumpur

Untuk julung-julung kalinya, ini merupakan peluang terbaik bagi mereka yang ingin mendalami ilmu Technical Analysis. Dibarisi panel speaker yang bertaraf antarabangsa, pastinya anda dapat ilmu terbaru berkenaan Technical Analysis ini:

Ianya bakal berlangsung pada 26hb sehingga 28hb Oktober 2018 ini di Kuala Lumpur Convention Centre. Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web IFTA2018 sekarang.

Acara ini dianjurkan oleh Malaysian Association of Technical Analysts (MATA) yang merupakan persatuan yang mengumpulkan para ilmuan dan cendikiawan dalam bidang Technical Analysis di Malaysia. Boleh juga like FB Malaysia Chartists.

Previous ArticleNext Article

5 Rutin Harian Yang Membantu Pelabur Membuat Keputusan Lebih Bijak

Ramai orang melihat hasil yang diperoleh oleh pelabur atau pedagang saham yang berjaya, tetapi tidak ramai yang melihat apa yang mereka lakukan setiap hari.

Ada yang menganggap kejayaan mereka datang kerana pandai memilih saham atau mempunyai “orang dalam” yang berkongsi maklumat. Hakikatnya, kebanyakan pelabur yang konsisten memperoleh keuntungan mempunyai satu persamaan, iaitu mereka mengamalkan rutin harian yang tersusun.

Mereka tidak membuat keputusan secara terburu-buru atau membeli saham hanya kerana melihat harga sedang meningkat. Sebaliknya, setiap keputusan dibuat selepas menilai keadaan pasaran, membaca laporan syarikat dan mengikuti perkembangan semasa.

Rutin ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi apabila diamalkan secara konsisten, ia membantu pelabur membuat keputusan yang lebih rasional dan mengurangkan risiko membuat kesilapan akibat emosi.

Mengapa Rutin Harian Penting?

Pasaran saham berubah setiap hari. Harga saham dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keputusan kewangan syarikat, berita korporat, keadaan ekonomi, kadar faedah, harga komoditi dan sentimen global.

Jika pelabur hanya membuka aplikasi dagangan untuk melihat harga saham tanpa memahami apa yang berlaku di sebaliknya, mereka mudah membuat keputusan berdasarkan panik atau FOMO.

Rutin harian membantu pelabur untuk:

  • memahami keadaan pasaran sebelum berdagang,
  • mengenal pasti peluang lebih awal,
  • mengurus risiko dengan lebih baik,
  • dan mengelakkan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa.

1. Semak Laporan Kewangan Syarikat

Selepas Bursa Malaysia ditutup, antara perkara pertama yang dilakukan oleh ramai pelabur ialah menyemak laporan kewangan syarikat yang baru diumumkan.

Semua syarikat tersenarai diwajibkan mengeluarkan laporan kewangan setiap suku tahun. Daripada laporan ini, pelabur boleh melihat sama ada prestasi syarikat semakin baik atau sebaliknya.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • pertumbuhan hasil (revenue),
  • keuntungan bersih,
  • margin keuntungan,
  • aliran tunai,
  • dan kedudukan hutang syarikat.

Contoh Situasi

Sebuah syarikat teknologi mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 35% berbanding suku tahun sebelumnya.

Keputusan ini mungkin menarik perhatian pelabur institusi dan seterusnya meningkatkan minat terhadap saham syarikat tersebut.

Namun, pelabur yang membaca laporan lebih awal mempunyai masa untuk membuat penilaian sebelum pasaran dibuka pada keesokan harinya.

2. Pantau Pengumuman Dividen

Selain prestasi kewangan, ramai pelabur turut memberi perhatian kepada pengumuman dividen. Dividen merupakan sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diagihkan kepada pemegang saham.

Dalam pengumuman dividen, terdapat beberapa tarikh penting seperti:

  • Ex-Date – tarikh terakhir untuk membeli saham bagi melayakkan diri menerima dividen.
  • Entitlement Date – tarikh syarikat menentukan senarai pemegang saham yang layak menerima dividen.

Contoh

Jika sebuah syarikat mengumumkan dividen sebanyak 5 sen sesaham, pelabur yang memiliki 10,000 unit saham berpotensi menerima dividen sebanyak:

10,000 × RM0.05 = RM500

Walaupun dividen bukan satu-satunya sebab membeli saham, ia boleh menjadi petunjuk bahawa syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

3. Ikuti Pengumuman Bonus Issue dan Rights Issue

Selain dividen, syarikat juga kadangkala mengumumkan:

  • Bonus Issue
  • Rights Issue

Bonus Issue bermaksud syarikat memberikan saham tambahan kepada pemegang saham tanpa bayaran berdasarkan nisbah tertentu. Sebagai contoh, bonus 1:2 bermaksud bagi setiap dua saham yang dimiliki, pelabur akan menerima satu saham tambahan.

Rights Issue pula memberi peluang kepada pemegang saham sedia ada membeli saham baharu pada harga yang telah ditetapkan. Walaupun kedua-dua tindakan korporat ini tidak semestinya menjadikan saham lebih menarik, ia tetap penting untuk difahami kerana boleh memberi kesan kepada jumlah pegangan dan strategi pelaburan.

4. Ikuti Berita Korporat dan Pasaran

Pelabur yang berpengalaman tidak hanya melihat nombor. Mereka juga membaca berita. Berita korporat boleh memberi gambaran awal tentang perkara yang mungkin mempengaruhi harga saham.

Antaranya ialah:

  • kontrak baharu,
  • pengambilalihan syarikat,
  • perubahan pengurusan,
  • projek kerajaan,
  • perubahan dasar,
  • dan perkembangan ekonomi global.

Sebagai contoh, jika sebuah syarikat memperoleh kontrak bernilai ratusan juta ringgit, berita tersebut boleh meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek syarikat.

Namun begitu, pelabur juga perlu berhati-hati kerana tidak semua berita akan memberi kesan jangka panjang terhadap harga saham.

5. Fahami Sentimen Pasaran Global

Bursa Malaysia tidak bergerak secara bersendirian. Prestasi pasaran luar negara turut mempengaruhi sentimen pelabur tempatan.

Sebab itu ramai pelabur akan melihat:

  • prestasi indeks utama Amerika Syarikat,
  • pergerakan pasaran Asia,
  • harga minyak mentah,
  • harga emas,
  • dan perkembangan geopolitik.

Jika kebanyakan pasaran global ditutup rendah akibat kebimbangan ekonomi, sentimen negatif tersebut mungkin turut memberi kesan kepada Bursa Malaysia pada keesokan harinya.

Namun begitu, ini bukan bermaksud semua saham akan jatuh. Ada kalanya saham yang mempunyai asas perniagaan kukuh masih mampu bertahan walaupun pasaran keseluruhan lemah.

Jangan Terlalu Taksub Mengejar Saham Yang Sedang Melonjak

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur baharu ialah membeli saham hanya kerana melihat kenaikan harga yang mendadak. Mereka takut terlepas peluang atau lebih dikenali sebagai Fear of Missing Out (FOMO).

Hakikatnya, saham yang naik terlalu cepat juga berpotensi mengalami pembetulan harga yang pantas. Sebab itu pelabur yang berpengalaman lebih mengutamakan pengurusan risiko. Mereka tidak terlalu tamak dan sentiasa mempunyai pelan untuk mengambil keuntungan apabila sasaran telah dicapai.

Seperti kata pelabur terkenal Warren Buffett:

“Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful.”

Prinsip ini mengingatkan kita supaya tidak mudah dipengaruhi emosi pasaran.

Contoh Rutin Harian Seorang Pelabur

Bayangkan Hafiz bekerja sepenuh masa sebagai jurutera. Beliau tidak mempunyai masa untuk melihat harga saham sepanjang hari.

Namun setiap malam selepas pulang bekerja, beliau memperuntukkan kira-kira 30 minit untuk:

  • membaca laporan kewangan yang baru diumumkan,
  • menyemak pengumuman dividen atau bonus,
  • membaca berita korporat,
  • melihat prestasi pasaran global,
  • dan mengemas kini senarai saham yang sedang dipantau.

Apabila pasaran dibuka keesokan harinya, beliau sudah mempunyai pelan tindakan. Ini jauh lebih baik daripada membeli saham secara spontan hanya kerana melihat harga sedang meningkat.

Rutin Yang Konsisten Lebih Penting Daripada Ramalan Yang Tepat

Ramai orang menghabiskan masa mencari “saham yang pasti naik”. Sedangkan pelabur yang berjaya lebih banyak menghabiskan masa membina disiplin.

Mereka memahami bahawa tiada siapa mampu meramal pasaran dengan tepat setiap masa. Apa yang boleh dikawal ialah proses membuat keputusan.

Semakin konsisten rutin yang diamalkan, semakin banyak maklumat yang dimiliki dan semakin baik keputusan yang boleh dibuat.

Kesimpulan

Kejayaan dalam pelaburan saham bukan hanya bergantung kepada kebolehan memilih saham yang berpotensi memberikan pulangan tinggi. Sebaliknya, ia bermula dengan disiplin membina rutin harian yang membantu pelabur memahami keadaan pasaran sebelum membuat sebarang keputusan.

Menyemak laporan kewangan, mengikuti pengumuman dividen dan tindakan korporat, membaca berita pasaran serta memantau sentimen global mungkin kelihatan seperti rutin yang kecil. Namun apabila dilakukan secara konsisten, semua ini membantu pelabur membuat keputusan yang lebih berasaskan fakta dan bukannya emosi.

Akhir sekali, ingatlah bahawa pelaburan bukan tentang siapa yang paling pantas membeli saham, tetapi siapa yang paling bersedia apabila peluang muncul. Dengan rutin yang betul, anda bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan dalam membuat keputusan, malah berpeluang menjadi pelabur yang lebih berdisiplin dan konsisten dalam jangka panjang.