Kaki Lepak Starbucks Kena Tahu Fakta Ini

“Small, Venti atau Grande?”

Ini pertanyaan yang sering kita dengar apabila kita ingin membuat pesanan di Starbucks.

Tidak dinafikan secawan kopi panas atau sejuk di Starbucks agak mahal harganya berbanding dengan kedai lain. Ada yang kata ia tidak berbaloi dan ada pula yang suka lepak lama-lama di sini kerana sambil minum secawan kopi, sambil itu boleh melayari WiFi secara percuma untuk menyelesaikan kerja tertangguh.

Selain hiasan dalaman yang selesa dan kemas, ia adalah salah satu lokasi yang sesuai untuk perbincangan bisnes yang santai dan memenuhi citarasa kedua belah pihak. Ia bergantung niche bisnes serta berapa nilai bisnes yang dibincangkan.

Asal-Usul Starbucks Hampir 50 Tahun Yang Lalu

This image has an empty alt attribute; its file name is Starbucks-Sambil-Lepak-Minum-Kopi-Boleh-Melabur-Saham-Juga1.jpg

Starbucks diasaskan oleh tiga orang sahabat dari Universiti San Francisco iaitu Jerry Baldwin, Zev Siegl dan Gordon Bowker. Mereka membuka kedai kopi pertama di Seattle, Washington pada 30 Mac 1971 dan hanya fokus kepada menjual biji kopi dan peralatan berkaitan.

Mereka mula menjual kopi espresso pada tahun 1986 di lokasi baru iaitu 1912 Pike Place Market.

Perjalanan Starbucks dirancakkan lagi dengan kehadiran seorang lelaki bernama Howard Schultz. Beliau adalah orang penting yang membesarkan bisnes Starbucks ke seluruh dunia.

Siapakah Gerangan Howard Schultz?

This image has an empty alt attribute; its file name is Starbucks-Sambil-Lepak-Minum-Kopi-Boleh-Melabur-Saham-Juga2-700x394.jpg
Howard Schultz yang membawa Starbucks ke seluruh dunia

Howard Schultz dilahirkan pada 19 Julai 1953 di Brooklyn, New York dan berasal dari keluarga biasa sahaja. Ayahnya seorang bekas tentera US dan pemandu. Berpengalaman bekerja sejak usia 12 tahun dengan menjual surat khabar dan bekerja di kafe.

Sikap yang rajin dan tidak putus asa membuatkan beliau cemerlang dalam sukan dan mendapat biasiswa atlet sehingga berjaya menyambung pelajaran ke Universiti Northern Michigan dan menamatkan pengajian dalam Ijazah Komunikasi pada tahun 1975.

Bermulanya kisah apabila pada tahun 1981, beliau mencuba kopi di kedai Starbucks, dan setahun bekerja bersama Starbucks sebagai pengarah pemasaran dan operasi rangkaian.

Pada tahun 1983, Howard ke Itali dan membawa pulang resepi latte dan cappucino serta tertarik dengan suasana romantik dan kopi bar di sana. Beliau mempunyai visi yang jelas untuk membawa pulang pengalaman tersebut ke Amerika.

Tradisi minum kopi di Itali sambil bersembang dan menyatukan komuniti setempat itu yang membuatkan Howard nekad untuk kembangkan bisnes Starbucks ini. Beliau pernah berhenti dari Starbucks dan memulakan sendiri bisnes kopi iaitu II Giornale Coffehouse, namun kembali pada Ogos 1987 untuk membeli Starbucks yang bernilai $4 juta USD pada ketika itu dengan bantuan pelabur tempatan yang lain.

Selepas itu bermula pembukaan outlet Starbucks secara besar-besaran dan tindakan paling berani adalah meletakkan Starbucks sebagai syarikat awam dan menawarkan unit-unit saham dalam New York Exchange Stocks (NYSE) dengan harga $14 seunit. Dalam masa sehari sahaja saham Starbucks melonjak ke paras $33.

Sumber: Trading View

Harga semasa pada tarikh 15 Jun 2020 adalah $76.96 seunit.

Tahukah anda, di Malaysia Berjaya Food Berhad (BJFood) bekerjasama dengan Starbucks Coffee International of United States untuk membangunkan francais mereka di Malaysia.

Baru-baru ini saham BJFood sudah termasuk dalam senarai saham patuh syariah, maka sambil minum kopi itu belek-beleklah juga prestasi syarikat mereka yang mengemudi bisnes Starbucks dan Kenny Rogers Roasters.

Sumber: Bursa Marketplace

Manalah tahu kot terasa nak jadi pemegang saham dan dengan bangganya boleh kata syarikat Starbucks tu kau yang punya.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Sumber Rujukan:

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Perladangan: Paras Stok PO Meningkat Pada Bulan Jun

Kekal WAJARAN TINGGI; Saham Pilihan Utama

Johor Plantations Group (JPG), Sarawak Oil Palms (SOP), IOI Corp (IOI), Hap Seng Plantations (HAPL), Triputra Agro Persada (TAPG), PP London Sumatra Indonesia (LSIP), SD Guthrie (SDG), dan First Resources (FR). Di Malaysia, stok PO menokok 4.8% MoM kepada 2.54j tan pada bulan Jun. Kami menjangka keluaran PO akan menurun, manakala permintaan eksport patut terus meningkat apabila paras stok bawah purata di India dan Bangladesh mungkin mencetuskan aktiviti penambahan stok dalam jangka dekat.

Ramalan terkini oleh Persatuan Atmosfera dan Lautan Negara AS pada 9 Julai menyatakan bahawa El Niño telah menguat sepanjang bulan lalu

Ia dijangka akan memburuk sepanjang 2026. Di samping ramalan model, gandingan kukuh antara peredaran atmosfera dan peredaran lautan di Lautan Pasifik menyumbang pada keyakinan yang tinggi bahawa El Niño akan terus berlaku sehingga awal tahun 2027, dengan kebarangkalian 97% untuk fenomena El Niño yang kuat/sangat kuat pada Oktober-Disember. Sekiranya ramalan ini berlaku, ia akan termasuk dalam senarai fenomena El Niño yang terbesar dalam sejarah sejak 1950.

Walaupun Biro Meteorologi Australia

Setuju yang ramalan menunjukkan kejadian El Niño yang kuat sehingga amat kuat, berdasarkan tahap pemanasan di kawasan Pasifik tropika tengah, ia berpendapat hanya lebih kurang separuh daripada model
menunjukkan bahawa fenomena ini mungkin mencapai tahap puncak pada antara tahap tertinggi yang diperhatikan sejak tahun 1950. Tambahan itu, Dwikutub Lautan India masih berada dalam kawasan neutral (-0.16 Celsius), dan perlu berada dalam kawasan positif sebelum fenomena El Niño yang kuat disahkan. Kami terus menantikan pengesahan tentang kekuatan fenomena El Niño sebelum membuat sebarang pindaan ketara terhadap andaian harga CPO kami.

Keluaran CPO Malaysia pada bulan Jun meningkat 8.1% MoM (-3.2% YoY)

Lalu membawa pertumbuhan dari awal tahun ini hingga Jun kepada +0.6% YoY. Sebaliknya, Indonesia mencatat pertumbuhan kukuh pada +13.3% YoY setakat YTD-April. Eksport bertambah baik 6.2% MoM (-4.5% YoY), meskipun diskaun PO mengecil berbanding minyak kacang soya (SBO) (Jun: USD419/tan berbanding Mei: USD509/tan), sementara diskaun minyak bunga matahari (SFO) melebar (Jun: USD278/tan berbanding Mei: USD249/tan). Setakat Mei 2026, paras stok di negara-negara pengimport utama dilihat bercampur aduk; paras stok di China (+42%) dan Pakistan (+17%) melepasi paras purata lampau, manakala paras di India (-10%) dan Bangladesh (-23%) adalah lebih rendah, sekali gus menunjukkan kemungkinan kegiatan penambahan stok akan dibuat dalam jangka terdekat.

Tahap keluaran dan import yang lebih tinggi, sebahagiannya diimbangi oleh eskport lebih kukuh

Bertindak menaikkan paras inventori Malaysia pada Jun 2026 kepada 2.54j tan (+4.8% MoM). Hal ini sekali gus meningkatkan nisbah stok berbanding penggunaan tahunan kepada 12.4%. Menuju ke hadapan, kami menjangka paras stok akan terus meningkat kerana keluaran berada dalam musim puncak, walaupun akan dilemahkan sedikit oleh permintaan yang bertambah apabila kegiatan penambahan stok dibuat berterusan dan mandat B50 Indonesia bermula pada Julai – kedua-dua perkara ini menyokong pembelian eksport.

Kami kekalkan saranan WAJARAN TINGGI terhadap sektor dan andaian harga CPO

Pada MYR4,400/tan dan MYR4,300/tan untuk 2026 dan 2027. Namun begitu, kami terus menegaskan risiko positif dalam andaian harga kami untuk tahun 2027, memandangkan kesan ketara El Niño yang hanya dirasai selepas 12 bulan. Harga CPO YTD sekarang mencecah MYR4,356/tan.

Risiko

Risiko-risiko utama yang dapat menjejaskan prospek kami termasuk:

i. Ketegangan geopolitik dan perang dagangan kian meruncing
ii. Perubahan ketara pada trend harga minyak mentah yang dapat menyebabkan mandat biodiesel dipinda
iii. Ketidaknormalan cuaca mengakibatkan lambakan ataupun kekurangan bekalan minyak sayuran
iv. Perubahan ketara pada permintaan minyak sayuran yang berpunca daripada peralihan kitaran ekonomi atau dinamik harga
v. Perubahan dasar yang mendadak di negara-negara pengimport dan pengeksport utama
vi. Semakan pada struktur cukai dan dasar-dasar kerajaan Indonesia
vii. Lebih banyak isu ESG yang perlu diteliti untuk syarikat-syarikat yang tersenarai.

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.