Pasaran Saham Amerika Syarikat Masih Stabil Walaupun Tunjuk Perasaan Besar-Besaran Akibat Pembunuhan George Floyd

Sejak minggu lepas lagi, Amerika Syarikat berdepan dengan rusuhan rakyat yang telah menyebabkan negara tersebut berada di dalam keadaan huru-hara. Krisis ini tercetus apabila seorang rakyat Amerika Syarikat berkulit hitam yang bernama George Floyd telah mati akibat sesak nafas disebabkan tindakan kasar seorang anggota polis berkulit putih.

Sehari selepas kematian George Floyd, Jabatan Polis Minneapolis telah mengeluarkan kenyataan bahawa George Floyd mati disebabkan oleh kompilasi penyakit yang dihadapinya dan bukanya disebabkan tindakan yang dilakukan oleh Derek Chauvin.

Selain itu juga, pihak polis turut mendakwa bahawa George Floyd telah melawan mereka ketika cuba ditahan yang mana dipercayai telah menggunakan wang palsu yang bernilai $20 untuk pembelian rokok di kedai berhampiran.

Namun Bukti Menunjukkan Sebaliknya

Penipuan oleh pihak polis tersebut terbongkar apabila kamera CCTV yang berada di kawasan tersebut telah menunjukan bahawa George Floyd tidak melawan ketika beliau ditangkap oleh sekumpulan polis seramai empat orang.

Selain itu juga, video terakhir George Floyd yang tersebar di media sosial yang mana ungkapan terakhirnya sebelum meninggal dunia “I can’t breathe” telah menjadi pembakar kemarahan rakyat Amerika Syarikat.

Kejadian ini telah membangkitkan kemarahan rakyat Amerika Syarikat tanpa mengira warna kulit. Kemarahan rakyat Amerika Syarikat pada kali ini telah dizahirkan didalam bentuk demostrasi jalanan. Mereka mula merusuh di Minnesota, di negeri George Floyd telah dibunuh.

Pada mulanya, penunjuk perasaan berarak secara aman dan mereka mula bertindak liar apabila pihak berkuasa tidak mengendahkan tuntuan keadilan untuk keluarga George Floyd. Akhirnya penunjuk perasaan mula bertindak ganas dengan membakar kedai-kedai yang berada di kawasan tersebut selain turut membakar balai polis Minneapolis itu sendiri.

Pihak berkuasa bertindak dengan memecat keempat empat angota polis tersebut dan Derek Chauvin telah dituduh dengan tuduhan membunuh terhadap George Floyd. Penunjuk perasaan juga turut bergerak ke rumah Derek Chauvin dan malangnya rumah tersebut dikawal ketat oleh pasukan khas polis dan Derek Chauvin dilihat tidak berada di rumah.

Ini bukan kali pertama rakyat Amerika Syarikat yang berkulit hitam menjadi mangsa keganasan polis yang berkulit putih yang mana berlaku hampir setiap tahun. Pada kali ini,penunjuk perasaan yang menggunakan cogan kata “Black Lives Matter” yang mana telah menjadi simbolik di dalam perarakan yang melibatkan kaum kulit hitam.

Cogan kata “Black Lives Matter” mula diigunakan pada tahun 2014 yang mana pada ketika itu seorang remaja berkulit hitam, Michael Brown dari Missouri telah ditembak mati oleh polis yang berkulit putih .Pada waktu tersebut ,gelombang kemarahan rakyat tidak seperti hari ini kerana tiada video rakaman yang merakam kejadian tersebut dengan jelas dan pihak polis mendakwa pihak mereka diserang oleh remaja terbabit.

Untuk penunjuk perasaan kali ini, bukti jelas berlegar di media sosial telah memberi impak yang sangat tinggi terhadap sistem keadilan negara tersebut. Penularan video tersebut di media sosial telah membuktikan bahawa pihak polis tidak boleh dipercayai dan penunjuk perasaan telah merebak ke 350 bandar utama yang melibatkan 23 negeri.

Walaupun rusuhan berlaku di kebanyakan negeri utama di Amerika Syarikat, keadaan ekonomi negara itu sedikit meningkat dan tidak terjejas oleh keadaan persekitaran yang berlaku itu. Donald Trump juga turut menzahirkan rasa kesal dengan keadaan yang berlaku yang mana sebelum ini mengkritik keras para penunjuk perasaan yang dipanggilnya samseng.

Pasaran Saham Juga Stabil

Sumber Rujukan: Trading View

Jika dilihat kepada chart Indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA) yang mewakili saham-saham terbesar di Amerika Syarikat, kelihatan seperti tidak terkesan oleh rusuhan yang berlaku.

Sumber Rujukan: Trading View

Chart bagi Indeks NASDAQ 100 yang mewakili saham-saham teknologi terbesar di Amerika Syarikat juga kelihatan seperti tidak terkesan dengan rusuhan tersebut.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.