Kenapa Perlu Melabur Dalam Saham Dan Bagaimana Hendak Mula?

Sejak dunia dilanda pandemik COVID-19, semakin ramai yang terlibat dalam pelaburan saham. Ada yang terkesan dari segi pendapatan dan ada yang tidak dapat keluar berniaga seperti biasa; maka pelaburan saham digunakan sebagai platform untuk menjana pendapatan.

Ada pula golongan yang terpaksa bekerja dari rumah, dan mula melabur dalam saham sebagai alternatif untuk menjana pendapatan.

Namun, bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan pelabuan saham, mesti banyak persoalan yang bermain di minda, bukan?

Apa Itu Saham?

Tahukah anda, apabila kita membeli saham sesebuah syarikat, itu bermakna kita membeli pemilikan dalam perniagaan syarikat tersebut. Selaku pemilik perniagaan, kita dapat hadir ke mesyuarat agung tahunan (AGM) untuk mengundi dan memilih pengarah syarikat serta layak untuk mendapat dividen.

Kita mungkin pernah mendengar tentang unit amanah yang memerlukan kita melaburkan duit dan selebihnya diurus oleh pengurus dana. Dalam pelaburan saham pula, kita sendiri yang menjalankan transaksi jual beli saham dan kita sendiri yang memantau turun naik harga saham tersebut.

Siapa Boleh Melabur Dalam Saham?

Syarat utama untuk mula melabur dalam saham ialah mempunyai akaun Sistem Depositori Pusat atau ‘Central Depository System’ yang lebih dikenali sebagai CDS.

CDS bertindak sebagai kaedah untuk mewakili pemilikan dan pergerakan sekuriti. Pemegang akaun CDS menikmati kemudahan seperti memperoleh pemindahan sekuriti dan penyelesaian dagangan secara elektronik.

Bila sudah ada akaun CDS, barulah anda boleh membeli dan/atau menjual sesuatu saham syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Untuk membuka akaun CDS, seseorang perlulah berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan.

Kelebihan Melabur Dalam Saham Patuh Syariah

Individu muslim sudah pasti mahu melabur dalam saham-saham yang patuh syariah kerana mencari rezeki yang halal daripada sumber yang halal adalah wajib.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempunyai Majlis Penasihat Syariah (MPS) yang membuat semakan ketat ke atas syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Ada beberapa kriteria yang perlu dipatuhi syarikat-syarikat tersebut, dan sekiranya gagal, maka saham syarikat terbabit menjadi tidak patuh syariah.

Setakat Mei 2021, 746 daripada 936 syarikat yang disenaraikan adalah patuh syariah. Ini bermakna, 80% daripada syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah patuh syariah.

Sebab utama kebanyakan orang melabur dalam saham adalah untuk meraih keuntungan. Ada dua cara untuk meraih keuntungan, iaitu melalui ‘capital gain’ dan dividen.

Istilah yang biasa kita dengar, iaitu ‘buy low sell high’, adalah berkaitan dengan ‘capital gain’ dan bermaksud kita membeli saham pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi.

Cara kedua adalah melalui dividen. Syarikat yang kukuh dan mencatatkan keuntungan biasanya akan ‘reward’ pemegang saham mereka dalam bentuk dividen. Lagi besar keuntungan syarikat, lagi banyak dividen untuk para pemegang saham.

Dengan melabur ke dalam saham-saham patuh syariah ini juga, keuntungan yang diperolehi boleh digunakan untuk membayar zakat. Ini sekaligus menyumbang kepada ekonomi masyarakat Islam.

Bagaimana Hendak Mula Melabur Dalam Saham?

Seperti yang dimaklumkan, syarat pertama untuk melabur dalam saham ialah membuka akaun CDS. Untuk membuka akaun CDS, anda perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Apabila akaun CDS sudah dibuka, jangan terus membeli saham pula. Anda perlu ada dua ilmu utama, iaitu ilmu Analisa Asas (FA) dan ilmu Analisa Teknikal (TA).

FA merupakan kaedah kajian untuk mencari nilai intrinsik sesuatu saham dengan mengambil kira keadaan ekonomi, politik, sosial, industri dan seterusnya penyata-penyata kewangan sesebuah syarikat.

Dengan membuat kajian FA, anda akan dapat menjawab soalan “Saham apa yang bagus untuk dibeli?”

TA pula mengkaji pergerakan saham dengan memberi keutamaan kepada harga saham dan jumlah dagangan (price & volume) dengan menggunakan carta, bagi menjangka pergerakan harga dan trend.

Dengan membuat kajian TA, anda akan dapat menjawab soalan “Bila masa yang terbaik untuk membeli saham?”

Bila sudah ada ilmu, ditambah pula dengan pengalaman, barulah kita boleh meraih pendapatan yang konsisten dalam pelaburan saham.

Namun, kita perlu berpegang kepada konsep ‘High Risk High Return’. Walaupun potensi pulangannya tinggi, pelaburan saham berisiko tinggi.

Untung 30% sehari pun boleh, rugi 30% sehari pun boleh.

Apa yang penting ialah kita kena ada ilmu sebelum hendak melabur dalam saham.

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Mencari tip-tip kewangan? Dapatkan artikel, infografik dan bahan ilmiah yang lain tentang pelbagai topik kewangan oleh AKPK di ask.akpk.org.my

Kelas saham yang kami syorkan bagi yang nak mula melabur saham ialah kelas ikon Bursa Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri. Memang trusted. Beliau pun dah 20 tahun lebih dalam bidang saham ni. Kalau nak tahu beliau merupakan mentor kami sejak 5 tahun yang lepas.



Support memang padu. Ada video rakaman kelas. So, sesuai untuk belajar bila-bila kalau nak buat ulangkaji. Paling penting belajar dari kesilapan mereka supaya kita tak terbuat sama.

Kalau betul-betul ZERO boleh daftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.