Konsep 3R Dalam Saham

Hujung minggu yang lalu, Asri Ahmad Academy telah mengadakan “Revision Mega” di Hotel Tenera, Bangi. Dan salah seorang daripada speaker yang dijemput untuk berkongsi ilmu adalah Tuan Nazarry Rosli yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri pelaburan saham.

Beliau merupakan Penasihat Malaysian Association of Technical Analysts (MATA), Ahli Panel Finance Accreditation Agency (FAA), Pengerusi Koperasi Pelabur Bumiputera PRIMA dan banyak lagi.

Yang menariknya adalah konsep 3R yang dikongsikan beliau iaitu:

  • Real
  • Realistic
  • Reality

Apa benda 3R ni? Jom kita tengok dengan lebih mendalam.

1. Real

Untuk berjaya dalam pasaran saham, kita kena ada pengalaman dan ilmu. Cari dulu ilmu, belajar daripada pelbagai sumber, dan timba pengalaman dalam jual beli saham.

Ada kalanya kita untung besar, dan adakalanya kita rugi besar. Untung rugi adalah perkara biasa dalam saham.

Dan kebanyakan daripada newbies yang baru setahun jagung dalam pasaran saham, akan tewas dalam pasaran saham. Berbanding mereka yang sudah berpengalaman, pastinya mereka inilah yang betul-betul buat duit dalam pasaran saham.

Jadi jangan patah semangat kalau rugi pada awalnya, anggaplah ia sebagai pengajaran yang bermakna. Sebab itulah kita disarankan untuk melabur guna duit yang sanggup kita lebur, dan bukannya duit yang kita perlu gunakan untuk bayar itu ini.

2. Realistic

Kita kena realistik dalam pelaburan saham, iaitu adakah saham boleh dijadikan sebagai pendapatan bulanan atau harian?

Jawapannya adalah tidak realistik, kerana ada kala untung dan ada kala rugi. Sanggupkah kita berdepan dengan kerugian untuk beberapa lama?

Berapa tinggi pulangan yang diinginkan? 5% sebulan? 10% setahun?

Tak salah untuk kita tetapkan target bulanan atau tahunan, namun realistiknya tak selalu kita akan capai target yang diinginkan.

Nak jadi full-time trader? Boleh, tapi tak ramai yang mampu melalui proses jatuh tergolek terlentang dan mampu bangkit semula.

Saham kan umpama perniagaan. Perniagaan pun pada kebiasaannya akan struggle pada awalnya.

3. Reality

Kita harus berpijak di bumi yang nyata, dan samada kita sedar atau tidak, realitinya adalah:

Pasaran Dipengaruhi Sentimen

Dalam analisa teknikal ada 3 rukun iaitu:
Market action discounts everything
Price move in trend
History repeats itself

Pastikan guna indikator RSI dan Stochastic untuk tahu samada saham sedang dalam fasa Oversold atau Overbought. Kerana apabila Oversold adalah masa untuk kita beli pada harga diskaun setelah harga saham melalui tekanan jualan yang kuat

Manakala Overbought adalah masa untuk kita jual apabila telah terlalu ramai orang membeli saham tersebut dan tunggu masa untuk berlakunya lelongan besar-besaran bagi mereka yang dah memperolehi keuntungan.

Pergerakan Harga Tak Diduga

Harga saham boleh jatuh merudum tanpa kita sangka. Begitu juga sebaliknya, harga saham boleh naik meroket tanpa kita bersedia.

Persepsi Dan Tipu Muslihat

Kita kena awas dengan sindiket, jangan terpedaya dengan mereka. Mereka ini sangat terkenal dengan Pump and Dump.

3 Tips Tuan Nazarry Rosli

Di penghujung ucapan, beliau memberikan tips berikut:

1. Cari Ilmu

Carilah ilmu sebanyak mungkin, zaman sekarang semuanya ada di hujung jari. Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma.

2. Hanya Gunakan Wang Lebihan

Berapa ramai yang telah kehilangan duit yang banyak sehingga rumah dan kereta terpaksa dilelong. Pastikan segala perbelanjaan bulanan dah mencukupi terlebih dahulu.

Sesuai sangat dengan konsep: Simpan, Belanja, Labur.

Jangan juga guna kontra untuk melabur, sebaliknya gunalah wang yang kita ada.

Kalau ada RM1,000, labur guna duit RM1,000 tadi. Kalau modal yang kecil pun kita tak boleh gandakan, jangan harap kita boleh gandakan dengan modal yang besar.

3. Pendapatan Tambahan / MSI (Multiple Source of Income)

Pastikan kita pelbagaikan sumber pendapatan. Seperti kebanyakan sifu saham, mereka merupakan remisier (dapat komisyen setiap kali pelanggan mereka jual beli saham), mereka juga pelabur dan pedagang (untung melalui jual beli saham), ada yang buat kelas saham dan ada juga yang mengeluarkan buku saham.

Akhir sekali, penting bagi seseorang untuk ada Trading Plan sebelum nak beli sesuatu saham. “Plan your trade and trade your plan”.

Video Rujukan:
https://www.facebook.com/hj.mohdasriahmad/videos/552172408704119

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.