Laptop Idaman Trader Saham

Bila sebut saja seorang full-time trader saham, kita dah boleh terbayangkan seseorang yang duduk di depan komputer sambil melihat 3-4 buah monitor/skrin.

Satu skrin untuk tengok platform, satu skrin untuk tengok chart, satu skrin untuk tengok heartbeat monitor, satu lagi skrin untuk tengok Facebook, eh.

Meja kena cukup besar untuk meletakkan komputer kita, monitor pula disambung dengan ‘tangan-tangan’ bagi menghubungkan kesemuanya.

Serabut pun ada, tapi itulah setup yang diperlukan oleh seorang trader saham tegar.

Laptop Aurora 7 Dengan 7 Skrin

Kredit Gambar: Twitter

Baru-baru ini, syarikat Expanscape telah menghasilkan sebuah prototaip lapton yang bernama Aurora 7 yang menampilkan 6 skrin tambahan, dengan setiap satu skrin mempunyai paparan dan aplikasinya tersendiri.

Dengan skrin utama sebesar 17.3-inci dengan resolusi 4K, tiga lagi skrin turut dilengkapi dengan skrin dengan saiz yang sama. Manakala skrin atas sebelah kiri dan kanan pula menampilkan saiz 7-inci dengan resolusi 1200p.

Terakhir sekali, ada skrin 7-inci dengan resolusi 1200p juga yang terdapat di pergelangan tangan.

Prototaip ini mempunyai berat 26 paun atau ~11.8 kilogram dengan ketebalan 4.3 inci. Tengok gambar pun dah rasa kebesaran dan gahnya laptop ini.

Dikuasakan oleh kad grafik Nvidia GTX 1060, pemproses Intel i9-9900K dan memori sebanyak 64GB. Katanya nanti akan ada pula model yang dilengkapi dengan Nvidia RTX 2070, pemproses AMD Ryzen 9 3950x atau Intel i9-10900K.

Bateri pula hanya tahan selama sejam sebelum kena sambungkannya ke sumber tenaga yang berhampiran. Bateri dengan kapasiti 148Wh pula katanya melebihi apa yang kita boleh bawa bersama di dalam kapal terbang, maka akan timbul masalah lain pula kalau kita nak bawa bersama-sama.

Sekiranya anda berminat, kita kena daftar dulu dengan Expanscape untuk menempah prototaip tersebut, tetapi perlu menandatangani ‘non-disclosure agreement’ yang menghalang kita daripada berkongsi dengan orang ramai berapa harga laptop Aurora 7 ini.

Sumber Rujukan: The Verge

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Telekom Malaysia: Permulaan Yang Memuaskan

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR9.30 melalui DCF dikekalkan, potensi kenaikan harga saham 27% dan kadar dividen sekitar 5%

Keputusan 1Q26 yang dicatat oleh Telekom Malaysia (TM) menepati jangkaan dengan DPS sulung sementara pertama sebanyak 6.5 sen/saham diumumkan sebagai sebahagian daripada dasar bayaran dividen barunya. Kami berpendapat bahawa tumpuan teliti pada kos dan pemacu pertumbuhan jangka panjang akan menyokong CAGR perolehan teras FY26F-28F pada14%. TP kami (termasuk premium ESG 4%) menandakan EV/EBITDA 6.6x, seiring dengan purata lampau jangka panjangnya.

Permulaan bermusim; dividen suku tahun sulung

Untung teras bersih 1Q26 bertambah baik (+20.1% QoQ/+11.7% YoY) berikutan kos pembiayaan lebih rendah dan opex yang biasanya lebih tinggi pada 4Q25. Keputusan ini merangkumi 25% daripada ramalan FY26 kami (konsensus: 24%). DPS sementara pertama sebanyak 6.5sen/saham (dibayar pada 25 Jun) bermakna nisbah bayaran dividen (DPR) mencecah 78%. Walaupun hal ini melebihi sedikit pengumuman dasar dividen baru dengan bayaran sekurang-kurangnya 75% daripada perolehan yang dilaporkan, pihak pengurusan menekankan bahawa bayaran sukuan tahun tertakluk pada turun naik perolehan.

Pengurangan kiraan prabayaran 5G (bukan tunai)

EBIT teras (diselaraskan untuk pengurangan prabayaran 5G sebanyak MYR127.3j, kos peralihan kerjaya/skim pemisahan sukarela (VSS) yang tidak didedahkan dan juga FX) meningkat 9.8% QoQ (+8% YoY), ekoran kos peranti lebih rendah dan langkah kawalan kos yang cermat, dan kami percaya adanya sedikit penjimatan kos kakitangan daripada VSS sebelum ini. EBIT yang dilaporkan (bayangan TM dibuat berdasarkan hal ini) jatuh 22% YoY.

Hasil internet sedikit lebih rendah QoQ

Apabila asas langganan yang stabil mengimbangi ARPU lebih rendah sementara persaingan kekal rancak. Hasil TM Global (segmen borong) juga menyusut (-21% QoQ) disebabkan oleh asas perbandingan lebih tinggi pada 4Q25 dengan lebih 8 ribu tapak rangkaian belakang mudah alih dipasang. Sementara itu, hasil perusahaan (TM One) menyaksikan kenaikan kecil YoY – pertama kali sejak 3Q24. Kami meramalkan pertumbuhan segmen borong dan perolehan disokong oleh keupayaan pusat data (DC) yang lebih besar (kira-kira 40MW) dan permulaan operasi DC TM-Nxera pada 2H26 yang melibatkan lebih 60% daripada kapasiti 64MW (Fasa 1) dikontrakkan.

Penamatan akses 5G borong sedang melalui proses penyelesaian pertikaian

Berkenaan penamatan akses 5G borong untuk TM dengan Digital Nasional Berhad (DNB), TM berkata ia berada dalam hak kontraknya untuk berbuat demikian menerusi proses mekanisme pertikaian yang sedang berjalan demi menyelesaikan perselisihan. Sementara penyelesaian yang dipersetujui bersama dicapai (memandangkan TM juga merupakan penyedia gentian rangkaian belakang terbesar untuk DNB), kami tidak menolak kemungkinan denda dikenakan untuk penamatan ini. TM ingin beralih ke rangkaian 5G milik U Mobile pada kemudian tahun ini.

Ramalan dan penilaian

Ramalan kami dikekalkan dengan TP sama MYR9.30 (WACC: 8.2%). Hal ini bermakna EV/EBITDA hadapan sebanyak 6.6x, yang setara dengan purata EV/EBITDA lampaunya. Kami meramal perolehan akan disokong oleh ROIC yang lebih baik, potensi kenaikan daripada pengurusan modal dan pertumbuhan perolehan jangka panjang. Risiko-risiko utama ialah persaingan gentian runcit, perolehan lebih lemah daripada jangkaan, kekangan dasar dan capex lebih tinggi daripada anggaran.

Asas Penilaian

Kaedah DCF (WACC: 8.2%, TG: 0.5%)

Faktor Pemacu Utama

i. Pendapatan borong dan perusahaan meningkat dengan lebih kukuh
ii. Sumbangan DC berkembang
iii. Langkah mengoptimumkan kos

Risiko Utama

i. Persaingan rangkaian FBB runcit semakin rancak
ii. Perolehan lebih lemah daripada jangkaan
iii. Perkembangan dasar yang buruk

Profil Syarikat

Telekom Malaysia merupakan penyedia jalur lebar dan talian tetap utama di Malaysia yang memiliki prasarana gentian dan rangkaian kabel bawah laut antarabangsa yang terluas di dalam negara.

Carta Saranan

Penganalisis
Jeffrey Tan +603 2302 8112 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.