Pelaburan Saham Bukan Untuk Mereka Yang Suka ‘Stress’

Ramai orang anggap pelaburan saham ni macam kerja kedua, kena duduk depan skrin, pantau carta, ikut naik turun harga setiap minit. Padahal, itu gaya hidup trader sepenuh masa, bukan pelabur biasa.

Dan kalau anda cuba ikut gaya hidup sebegini tanpa ilmu dan bimbingan, bukan untung yang datang tetapi rugi yang menunggu. Sebab kita tak biasa. Emosi mudah menguasai bila kita terlalu kerap tengok harga saham naik turun.

Hari ini panik, esok menyesal. Lusa beli balik, sebab takut terlepas.
Lama-lama, kau pun letih dan duit modal pun habis.

Untuk mereka yang bekerja 9 pagi hingga 5 petang, yang ada anak-anak, komitmen keluarga, percayalah yang pelaburan saham masih sesuai. Kenapa?

Bursa Malaysia Tak Buka 24 Jam

Berbeza dengan pasaran aset digital seperti kripto, Bursa Malaysia hanya beroperasi Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang (dengan rehat tengah hari). Ini beri masa untuk anda buat keputusan secara rasional.

Ada Tools & Fungsi Auto Beli/Jual

Tak sempat nak tengok harga setiap hari? Guna saja fungsi automatik yang disediakan oleh kebanyakan syarikat broker saham:

Good-Till-Date Order / Day Order

Letakkan target harga beli dan jual. Sistem akan automatik laksanakan apabila harga tersebut dicapai.

Contoh Good-Till-Date Order:

Anda nak beli saham ABC pada RM1.00 (sekarang RM1.10).
Anda set dengan pilihan Good-Till-Date = 20 Ogos 2025.

✅ Kalau harga jatuh ke RM1.00 sebelum 20 Ogos → sistem akan beli secara automatik.
❌ Kalau harga tak capai RM1.00 sehingga 20 Ogos → order dibatalkan automatik selepas tarikh itu.

Contoh Day Order:

Anda nak beli saham ABC pada RM1.00 (sekarang RM1.10).
Anda set dengan pilihan Day Order.

Jika sebelum 5 petang, harga saham jatuh ke RM1.00 atau lebih rendah, sistem akan automatik beli saham tersebut. Tetapi jika harga tak turun ke RM1.00 langsung pada hari itu, maka order anda akan terbatal secara automatik pada jam 5 petang.

Boleh set nak ambil untung dekat mana atau/dan hentikan kerugian secara automatik.

Contoh: Beli saham pada RM1.00, nak set take profit pada RM1.20 dan nak stop loss pada RM0.90. Sistem akan jual automatik ikut syarat yang anda tetapkan tadi.

Fungsi boleh dibuat bila-bila masa, termasuk waktu malam, hujung minggu atau di luar waktu dagangan Bursa Malaysia.

  • Letakkan arahan melalui aplikasi atau platform broker.
  • Arahan ini akan masuk dalam sistem dan berstatus “pending”.
  • Bila pasaran dibuka esok (9 pagi hari bekerja), sistem akan laksanakan order tu jika harga pasaran capai tahap yang anda tetapkan.

Pelaburan Boleh Diurus Macam ASB

Dengan pendekatan ‘buy & hold’ untuk saham berkualiti, anda tak perlu tengok harga setiap hari pun. Fokus pada:
– Syarikat sedang uptrend
– Ada dividen setiap tahun
– Bisnes berpotensi dan patuh syariah

Contohnya macam saham Bank Islam, Tenaga Nasional, Mr D.I.Y, Inari dan banyak lagi yang sesuai untuk simpanan jangka panjang, bukan jual beli untuk jangka pendek. Ini contoh sahaja tau. Sila buat kajian anda sendiri.

***Hati-hati dengan channel Telegram yang ‘menyerupai’ dan menggunakan gambar Datuk Mohd Asri Ahmad / Asri Ahmad Academy yang aktif mengambil duit deposit daripada orang ramai. Pastikan anda mengikuti saluran yang sah untuk mengelakkan penipuan atau penyebaran informasi yang salah. Dapatkan segala informasi terkini tentang pelaburan saham Bursa Malaysia serta program-program terbaharu di channel Telegram rasmi Asri Ahmad Academy.

Kesimpulan

Kalau anda jenis tak ada masa nak pantau, bukan bermakna tak boleh melabur. Cuma kena ada strategi, guna tools yang betul dan fokus jangka panjang.

Tak perlu duduk depan skrin sepanjang hari. Pelaburan saham bukan kerja sepenuh masa.

Artikel ini ditaja oleh Asri Ahmad Academy, belajar pelaburan saham pada bila-bila masa, di mana saja. Sertai ratusan ribu peserta yang telah berjaya menguasai ilmu dan memulakan langkah sebagai pelabur saham patuh syariah.

Penafian : Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.


Berminat nak buka akaun CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Ini

Masukkan kod remisier/MR SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama korang. Bila faham isi kandungan buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain!

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak ketenangan, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini. Misi kami agar dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Sunway Construction Catat Lonjakan 80% Dalam Keuntungan Sebelum Cukai Kepada RM127 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2025

Sunway City Kuala Lumpur, 20 November 2025 – Syarikat perkhidmatan pembinaan bersepadu utama Malaysia, Sunway Construction Group Berhad (“Sunway Construction” atau “Kumpulan”), dengan sukacitanya mengumumkan keputusan kewangannya bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2025 (“Q3 FY2025”).

Sunway Construction mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh, mencatatkan hasil melebihi RM1.4 bilion untuk empat suku berturut-turut. Kumpulan merekodkan peningkatan hasil sebanyak 67.0% kepada RM1,445.2 juta dalam Q3 FY2025, disertai lonjakan 80.2% dalam keuntungan sebelum cukai (“PBT”) kepada RM127.1 juta. Prestasi memberangsangkan ini didorong oleh sumbangan kukuh daripada semua segmen.

Sebagai penyumbang teras kepada pendapatan Kumpulan, segmen pembinaan terus menggerakkan pertumbuhan pada suku semasa. Hasil meningkat 66.8% kepada RM1,387.4 juta berbanding RM831.8 juta pada suku yang sama tahun lepas, manakala PBT melonjak 79.7% kepada RM123.1 juta. Prestasi cemerlang ini dipacu oleh kemajuan pesat pelbagai projek pusat data serta projek yang dijalankan dalam Kumpulan Sunway.

Bagi suku semasa, Kumpulan mengisytiharkan dividen sebanyak 29.25 sen, merangkumi dividen interim ketiga satu peringkat sebanyak 6.25 sen dan dividen khas sebanyak 23.00 sen. Termasuk dividen interim terdahulu, jumlah dividen terkumpul bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 kini berjumlah 41.50 sen sesaham biasa.

Pengarah Urusan Sunway Construction Group, Encik Liew Kok Wing, berkata,
“Sunway Construction mencapai keputusan sembilan bulan yang mencatat rekod, dengan hasil dan PBT berganda bagi tempoh tersebut. Pencapaian ini mencerminkan keupayaan pelaksanaan kukuh Kumpulan dalam segmen Kemudahan Teknologi Lanjutan, setelah berjaya menyiapkan lebih 144MW kapasiti pusat data, dan kini menguruskan lapan projek yang sedang berjalan untuk syarikat teknologi global utama.”

Beliau turut mengulas prospek industri,
“Industri pembinaan Malaysia mencatat pertumbuhan 11.8% dalam Q3 2025, disokong oleh pelaksanaan pelaburan yang diluluskan dan inisiatif pelan induk nasional. Belanjawan Persekutuan 2026 memperuntukkan RM81 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, terutamanya bagi meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan, menaik taraf infrastruktur jalan raya, memperkukuh daya tahan iklim dan memajukan pembangunan infrastruktur digital. Ini sangat positif untuk menyokong pertumbuhan berterusan sektor ini dalam jangka sederhana.”

Beliau menambah lagi,
“Kumpulan terus mengukuhkan kehadirannya dalam segmen Kemudahan Teknologi Lanjutan, di samping kekal fokus terhadap projek awam dan infrastruktur berskala besar, serta projek dalaman daripada Kumpulan Sunway. Gabungan yang seimbang ini menyokong buku pesanan yang pelbagai dan mampan. Secara keseluruhan, Kumpulan yakin dapat menyampaikan keputusan yang positif bagi FY2025, disokong oleh buku pesanan yang sihat, kedudukan kewangan yang kukuh dan keupayaan pelaksanaan yang terbukti.”