Pentingnya Kita Ambil Tahu Nilai Beta (β) Apabila Melabur Saham

Beta (β) ialah salah satu alat statistik yang mengukur turun naik harga saham terhadap pasaran secara keseluruhan dan ia merupakan salah satu nilai yang digunakan dalam membuat pengiraan “Capital Asset Pricing Model” (CAPM), yang mana menerangkan hubungan antara risiko dan jangkaan pulangan untuk saham.

Secara amnya, Beta adalah salah satu cara untuk mengukur risiko apabila pelabur membuat pelaburan saham dan penganalisis menggunakan huruf Yunani ‘ß’ untuk mewakili beta. Penggunaan Beta amat penting bagi pelabur dan “traders” apabila menentukan kaunter yang ingin dipilih bagi menghasilkan potfolio saham.

Apabila membentuk sesebuah portfolio saham, adalah lebih baik jika mempunyai gabungan kaunter yang mempunyai Beta yang positif dan negatif supaya apabila pasaran (indeks) bergerak naik atau turun, maka akan mempunyai saham yang memberikan keuntungan dan kerugian kerana “don’t put all your eggs in one basket” bagi mengurangkan risiko.

Formula Beta

Formula CAPM

Penerangan Nilai Beta (β)

Nilai BetaHuraian
β < 0Pulangan mempunyai hubungan negatif dengan pasaran (index)
β = 0Tidak kaitan dengan pasaran (index)
β = 1Pulangan dan Pasaran (index) naik dalam kadar yang hampir sama.
β > 1Pulangan lebih cenderung bertindak balas terhadap pergerakan pasaran (index)
β < 1Pulangan kurang cenderung bertindak balas terhadap pergerakan pasaran (index)

β tinggi: Kaunter yang mempunyai nilai β yang tinggi adalah lebih mudah berubah daripada pasaran. Sebagai contoh, Malayan Banking mempunyai β 1.01:

Saham akan naik hampir sama dengan kenaikan indek jika pasaran (indeks) naik 10% tetapi akan berkurang hampir sama dengan indeks % jika pasaran (indeks) jatuh.

Β rendah: Kaunter yang mempunyai nilai β yang rendah adalah kurang mudah berubah daripada keseluruhan pasaran. Sebagai contoh, Public Bank mempunyai β 0.86:

Saham akan naik 8.6% jika pasaran (indeks) naik 10% tetapi akan berkurang sebanyak 8.6% jika pasaran (indeks) jatuh 10%.

β negatif: Kaunter yang mempunyai nilai β yang negatif akan berkorelasi negatif dengan pulangan pasaran. Sebagai contoh, jika Axiata mempunyai β -1.75:

Saham akan naik jika pasaran (indeks) turun tetapi akan berkurang jika pasaran (indeks) naik.

Secara ringkasnya:

β “positif”  = pasaran (indeks) naik, saham naik

β “negatif” = pasaran (indeks) turun, saham naik

Adalah lebih baik jika pelabur dan “traders” membentuk potfolio saham (contoh 4 kaunter) dengan memilih kaunter yang mempunyai beta yang bersesuian dengan jangkaan pasaran (index):

  • Jangkaan Indeks Downtrend
    = 2 kaunter nilai beta negatif yang tinggi,

     = 2 kaunter nilai beta negatif yang rendah.

  • Jangkaan Indeks Uptrend
    = 2 kaunter nilai beta positif yang tinggi
    = 2 kaunter nilai beta positif yang rendah

Pengiraan Beta

  • Analisis regresi digunakan untuk mengira nilai Beta. Berdasarkan numerik, ini menunjukkan kecenderungan pulangan saham untuk bertindak balas terhadap perubahan pasaran.
  • Rumus untuk mengira Beta adalah pembahagian kovarians pulangan saham individu, dengan varians pulangan pasaran secara keseluruhan dalam jangka masa yang telah ditentukan.
  • Berikut adalah formula untuk mengira stok Beta: = Kovarians (Re, Rm)/ Varians (Rm)

Di sini,

Re merujuk kepada pulangan saham individu
Rm merujuk kepada pulangan pasaran secara keseluruhan
Kovarians mengukur bagaimana perubahan dalam pulangan saham berkaitan dengan perubahan dalam pulangan pasaran
Varians menunjukkan sejauh mana titik data pasaran tersebar keluar daripada nilai purata.

Pengiraan beta digunakan untuk membantu pelabur memahami sama ada sesuatu saham bergerak ke arah yang sama seperti pasaran yang lain. Ia juga memberikan pandangan tentang bagaimana tidak menentu atau betapa berisikonya saham adalah relatif kepada seluruh pasaran.

Langkah-Langkah Menggunakan Investing.Com Untuk Melihat Beta

1) Anda boleh membuat carian di Google dengan menaip perkataan seperti gambar rajah di bawah.

2) Apabila anda sudah masuk ke laman web investing.com pada bahagian stock screener. Anda perlu mengubah pilihan negara kepada Malaysia. Seterusnya anda perlu menekan butang volume & volatility dan kemudiannya memilih Beta sebagai pilihan anda.

3) Selepas itu, anda boleh memasukkan nilai Beta yang anda inginkan di dalam kotak edit criteria seperti gambar rajah di bawah.

4) Akhir sekali, anda akan mendapat keputusan syarikat yang mempunyai Beta yang anda mahu.

Kepentingan Beta

  • Setiap pelabur mestilah mempunyai pemahaman yang baik mengenai toleransi risiko mereka sendiri, dan pengetahuan mengenai pelaburan mana yang sesuai dengan pilihan risiko mereka.
  • Pelabur juga dapat memilih saham yang memenuhi kriteria risiko mereka dengan menggunakan beta untuk memahami turun naik saham.
  • Pelabur yang sangat menghindari risiko harus memasukkan wang mereka ke dalam aset dengan harga yang rendah, seperti saham utiliti dan bil perbendaharaan. Pelabur yang sanggup mengambil lebih banyak risiko mungkin ingin melabur dalam saham dengan beta yang lebih tinggi.

Kesimpulan

Ukuran statistik Beta adalah salah satu petunjuk yang paling popular walaupun konsep risiko sukar untuk diambil kira dalam analisis dan penilaian saham. Penganalisis sering menggunakan nilai Beta semasa mereka ingin menentukan profil risiko saham. Walau bagaimanapun, sementara Beta mengatakan sesuatu tentang risiko harga, ia mempunyai had bagi pelabur yang ingin menentukan faktor risiko dalam kewangan.

Konklusinya, penting bagi pelabur untuk membuat perbezaan antara risiko jangka pendek, di mana turun naik beta dan harga adalah lebih berguna dan risiko kewangan jangka panjang, di mana faktor risiko gambaran besar lebih jelas. Beta yang tinggi mungkin bermaksud turun naik harga dalam jangka masa terdekat, tetapi Beta juga tidak menolak peluang jangka panjang.

Pelabur yang menggunakan Beta untuk menilai saham juga turut disyorkan untuk menilainya daripada perspektif lain seperti faktor kewangan atau teknikal.

Penulis boleh dihubungi melalui:

Anis Amirah Binti Mohd Hanafi: [email protected]
Nurul Afini Binti Ahmad Razali: [email protected]
Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali : [email protected]
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia

Previous ArticleNext Article

Taliworks Corporation Tetap Menjadi Pilihan Pelaburan Air Dengan Dividen Stabil

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu mencecah MYR0.88 daripada MYR1.01, potensi kenaikan harga saham 96% dan kadar pulangan dividen 5% untuk FY26F. Untung teras FY25 yang dicatatkan oleh Taliworks Corporation sebanyak MYR83.5j (+14% YoY) berjaya mencapai 99% daripada unjuran sepenuh tahun kami. Prestasi syarikat ini rata-ratanya berpunca daripada belanja penyelenggaraan yang lebih rendah, di samping perolehan lebih kukuh daripada syarikat sekutu pengurusan sisa miliknya. Kami menyukai saham TWK kerana ia menumpu pada pasaran domestik dengan penilaian yang murah – saham ini diniagakan pada 1.5SD bawah purata P/E 10 tahunnya – selain menawarkan kadar dividen yang menarik sekitar 5% untuk FY27F.

Pecahan keputusan mengikut segmen. Bahagian rawatan dan bekalan air TWK merekodkan kenaikan EBIT sebanyak 4.5% YoY pada FY25, walaupun jualan air bermeter jatuh 1.5% YoY tatkala ia mencatat perbelanjaan pemulihan dan penyelenggaraan yang lebih rendah pada tahun tersebut. Sementara itu, purata lalu lintas harian di Lebuh Raya Grand Saga susut 0.1% YoY pada FY25, manakala pampasan kerajaan berhubung lebuh raya bertolnya menurun YoY, dan belanja penyelenggaraan meningkat – faktor faktor ini menyebabkan EBIT bagi bahagian lebuh raya bertol jatuh 19% YoY pada FY25

Bahagian pembinaan merekodkan kerugian sebelum faedah dan cukai bernilai MYR0.1j untuk FY25 (EBIT FY24: MYR2.5j) akibat semakan menurun anggaran margin untung bagi Pakej 2 projek kerja air Sungai Rasau. Walau bagaimanapun, kami yakin yang FY26-27 akan menjadi tempoh pelaksanaan yang hebat bagi projek Sungai Rasau, dengan Pakej 2 dan 3 mencapai kadar penyiapan 34% dan 17% setakat akhir Dis 2025. Pakej 2 disasarkan siap pada 1H27, manakala Pakej 3 dijadualkan siap pada 4Q26. Hal ini menandakan yang 66% lagi (untuk Pakej 2) dan 83% lagi (untuk Pakej 3) akan diiktiraf sepanjang FY26 dan FY27.

Dalam hal berasingan, EBIT FY25 bagi segmen tenaga boleh diperbaharui mencecah MYR12.6j (FY24: MYR1.2j), dengan keluaran tenaga lebih tinggi 3.3% YoY, ditambah dengan tiadanya panel suria lama dihapus kira dan kos kontraktor berkaitan untuk penggantian panel suria.

Kami memotong perolehan FY26-27F sebanyak 3% dan 4% apabila kami menurunkan andaian margin kami untuk Pakej 2 projek Sungai Rasau. Dengan itu, kami memperoleh TP baru melalui kaedah SOP iaitu MYR0.88 (susulan penyelarasan dalaman lain), yang turut mengambil kira premium/diskaun ESG 0%.

Sebarang tawaran kerja baru untuk bahagian pembinaannya sepatut bertindak sebagai faktor pemangkin untuk kenaikan nilai, kerana kerja terakhir yang ia terima adalah pada Dis 2021. Kami dapati bahawa TWK mempunyai tender-tender bernilai >MYR1bn berkaitan projek prasarana air.

Faktor lain yang dapat mencetuskan kenaikan nilai buat saham ini ialah kelulusan kenaikan kadar tarif yang diterima lebih cepat daripada yang disangka untuk syarikat sekutu pengurusan sisanya. Risiko negatif utama melibatkan penggunaan air yang lebih rendah daripada jangkaan.

Faktor Pemacu Utama

i. Operasi yang stabil;
ii. Keputusan yang baik mengenai kenaikan taraf;
iii. Kerugian lebih rendah ditanggung oleh syarikat
bersekutu.

Risiko Utama

Tahap penggunaan air lebih rendah daripada yang disangkakan.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.