PRS: Rancang Persaraan Anda, Nikmati Pelepasan Cukai RM3,000

Kini ramai yang mula sedar tentang kepentingan persediaan kewangan untuk hari tua, namun masih ramai juga yang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi. Menurut KWSP, hanya 34 peratus daripada ahli aktif KWSP di bawah usia 55 tahun menepati Kuantum Simpanan Asas. Dan setakat 30 Jun 2024, masih ramai tidak bersedia untuk persaraan.

Salah satu punca utama yang sering dihadapi ialah kenaikan kos sara hidup yang menjadikan simpanan persaraan biasa mungkin tidak mencukupi. Di sinilah Skim Persaraan Swasta (PRS) menawarkan solusi yang ramai diperlukan.

Solusi PRS ialah/adalah Pilihan Simpanan Tambahan untuk Kumpul Dana Persaraan yang Lebih Fleksibel dan Nikmati Pelepasan Cukai RM3,000

PRS direka untuk menambah simpanan persaraan anda dengan pelbagai pilihan dana pelaburan yang boleh disesuaikan mengikut tahap risiko dan keutamaan anda. Dengan menyimpan sedikit secara konsisten, PRS memberi peluang untuk mengumpul dana tambahan dalam jangka masa panjang. PRS juga menawarkan fleksibiliti kerana anda boleh menambah sumbangan pada bila-bila masa mengikut kemampuan.

Anda perlu tahu yang pelaburan dalam PRS juga layak menikmati pelepasan cukai sehingga RM3,000 setiap tahun hingga tahun 2030!

Pelaburan PRS Lebih Bijak dan Mudah bersama Principal

Principal Asset Management Berhad (Principal), antara pengurus aset terkemuka di Malaysia yang menawarkan dana pelaburan PRS. Antara kelebihan dana pelaburan PRS dengan Principal adalah Principal merupakan satu-satunya pengurus aset di Malaysia yang menawarkan solusi pelaburan Target Date Fund (TDF).

TDF adalah penyelesaian mudah yang menyesuaikan peruntukan aset berdasarkan umur pelabur dan tahun persaraan. Semasa usia muda, pelaburan difokuskan pada strategi agresif untuk pertumbuhan. Apabila semakin hampir ke persaraan, pelaburan diimbangkan semula kepada strategi yang lebih sederhana.

Contohnya, katakan anda lahir antara tahun 1976 – 1985 dan ada tempoh selama 16 tahun sebelum anda bersara. Dengan TDF, pakar yang profesional akan uruskan strategi pelaburan dan akan disesuaikan secara automatik daripada fokus kepada pertumbuhan, kepada pendekatan yang lebih konservatif untuk memelihara kekayaan apabila anda semakin berusia dan menghampiri persaraan.

Nama Dana*Tahun KelahiranJangkaan Tahun Persaraan*
Principal Islamic RetireEasy 20601996 – 20052051 – 2060
Principal Islamic RetireEasy 20501986 – 19952041 – 2050
Principal Islamic RetireEasy 20401976 – 19852031 – 2040
Principal Islamic RetireEasy 20301968 – 19752023 – 2030

*Dana konvensional mengikuti pendekatan yang sama.

Kini Melabur PRS Lebih Mudah Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet 

Dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet sekarang ada fungsi yang membolehkan anda melabur dalam dana pelaburan PRS, iaitu melalui ciri Investment-Principal dalam GOfinance. 

Dengan kemudahan ini, anda boleh mula melabur dan mengurus simpanan persaraan anda bila-bila masa, di mana sahaja. Teknologi ini menjadikan pelaburan lebih pantas, mesra pengguna, dan mudah diakses untuk semua.

Jadi, macam nana nak mula melabur?

Mudah sangat! Mula-mula pastikan sudah muat turun aplikasi Touch ‘n Go dari App Store atau Play Store.

Kemudian ikut langkah di bawah:

  1. Buka aplikasi Touch ‘n Go, klik ‘GOFinance’ pada menu di bawah.
  2. Scroll (tatal) ke bawah, cari menu Investment dan klik ‘>’.

  1. Cari ikon ‘Principal’.
  2. Klik menu ‘Retire’ dan klik ‘Explore More’. (Pengguna baharu kena selesaikan proses ‘onboarding’ dahulu)

  1. Pilih dana Syariah atau konvensional yang bersesuaian.
  2. Masukkan jumlah dana yang ingin dilaburkan. Minimum hanya RM100. Kemudian klik ‘Continue’.

  1. Baca terma dan syarat yang tertera dan klik (√) pada ruang berkenaan. Kemudian klik ‘Cash In’ untuk masukkan duit.
  2. Pilih cara untuk masukkan duit sama ada Online banking atau Touch ‘n Go eWallet. Klik (√) pada ruang terma dan syarat. Kemudian klik ‘Next’ dan anda akan dibawa ke halaman pembayaran. Sila lengkapkan proses pembayaran. Kemudian selesai!

Boleh Mula Melabur Serendah RM100 Dan Dapat ‘Cashback’?

Sempena promosi akhir tahun anda berpeluang untuk dapatkan ganjaran “cashback” (pulangan tunai) sebanyak 5% setahun selama 30 hari atau ganjaran e-Mas sebanyak 8% setahun * selama 30 hari melalui kempen “GOfinance: Principal Laburia 2024” bersama Touch ‘N Go. 

Modal minimum untuk melabur hanya RM100 sahaja!

Cara nak dapat ganjaran pun mudah, hanya perlu ikut dua langkah utama ini. 

  1. Melabur dalam mana-mana satu (1) Produk Pelaburan PRS daripada ciri Principal – “Retire” atau “Invest” dengan jumlah pelaburan minimum RM100 dalam satu transaksi. Tempoh mula melabur adalah sekarang sehingga 31 Disember ini. Tak perlu masukkan apa-apa kod.
  2. Kemudian pastikan anda mengekalkan langganan dalam akaun Principal – “Invest” untuk tempoh pegangan selama tiga puluh (30) hari dari hari terakhir tempoh kempen, iaitu dari 1 Januari 2025 hingga 30 Januari 2025, 11.59 malam.


Ingat, tempoh kempen berlangsung adalah dari 11 November 2024 hingga 31 Disember 2024 sahaja!

Mudah sangat! Bukan setakat dapat gandakan simpanan untuk hari tua, anda juga akan dapat bonus tunai tambahan sehingga 5%* atau bonus e-mas sehingga 8%*. Berbaloi-baloi!

Baca lagi terma & syarat lain di sini.

Anda patut bersyukur kerana mendapat pendedahan awal. Ini kerana lebih awal anda mula, lebih besar peluang untuk mengumpul simpanan yang mencukupi bagi menghadapi hari tua dengan selesa. Jadi, rancang persaraan anda sekarang! Mulakan pelaburan PRS hari ini supaya anda dapat nikmati hari tua tanpa tekanan kewangan dan tanpa bergantung kepada orang lain.




Previous ArticleNext Article

Ada Gaji Tetap Tapi Buat Side Income? Jangan Terkejut Jika Terima Notis CP500 Dari LHDN

Ramai yang mempunyai gaji tetap beranggapan urusan cukai mereka telah selesai kerana majikan sudah membuat potongan cukai bulanan (PCB) setiap bulan. Namun, keadaan berbeza apabila seseorang individu mempunyai pendapatan tambahan selain gaji.

Antara pendapatan sampingan yang sering diterima rakyat Malaysia termasuk:

  • Pendapatan sewa rumah/homestay
  • Bisnes online
  • Grab/Food Panda rider
  • Content creator
  • Komisen jualan
  • Ejen insurans/takaful
  • Ejen hartanah

Jika anda mempunyai pendapatan seperti ini, anda mungkin akan menerima Notis CP500 daripada LHDN.

Apa Itu CP500?

CP500 ialah arahan bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian.

Secara mudahnya, LHDN menganggarkan cukai yang perlu dibayar berdasarkan rekod tahun-tahun terdahulu dan membenarkan bayaran dibuat secara ansuran setiap dua bulan.

Daripada menunggu sehingga hujung tahun dan membayar sekaligus, sistem CP500 membantu menyebarkan beban pembayaran sepanjang tahun.

Kenapa Pekerja Bergaji Tetap Boleh Terima Notis CP500?

Ramai menyangka CP500 hanya untuk peniaga sepenuh masa.

Hakikatnya, seorang pekerja bergaji juga boleh menerima CP500 jika mempunyai pendapatan sampingan yang signifikan.

Sebagai contoh:

Ahmad bekerja sebagai jurutera dan menerima gaji RM8,000 sebulan. Pada masa sama, beliau memperoleh RM3,000 sebulan daripada sewaan rumah.

Walaupun PCB telah dipotong daripada gajinya, pendapatan sewa tersebut tidak tertakluk kepada PCB.

Oleh itu, LHDN boleh mengeluarkan CP500 bagi memastikan cukai ke atas pendapatan sewa itu dibayar secara berperingkat.

CP500 Bukan Cukai Tambahan

Salah faham yang sering berlaku ialah ramai menganggap CP500 sebagai cukai tambahan.

Sebenarnya tidak.

Bayaran CP500 hanyalah bayaran pendahuluan terhadap cukai yang bakal dikira apabila anda mengemukakan borang cukai pendapatan.

Jika jumlah CP500 yang dibayar melebihi cukai sebenar, lebihan tersebut boleh dituntut semula. Jika tidak mencukupi, baki cukai perlu dijelaskan.

Musim Borang B: Semak Jika Anda Ada CP500

Bersempena musim penghantaran Borang B, individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian disarankan untuk menyemak MyTax masing-masing.

Ramai pembayar cukai hanya menyedari kewujudan CP500 selepas menerima peringatan atau notis tunggakan.

Lebih baik mengetahui lebih awal dan merancang aliran tunai berbanding berdepan cukai yang besar secara mengejut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Notis CP500?

Apabila menerima notis CP500, anda perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama:

  • Membuat bayaran cukai secara ansuran setiap dua bulan.
  • Membayar jumlah yang dinyatakan dalam notis CP500.
  • Memastikan bayaran dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Ramai pembayar cukai menyimpan notis tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia sekadar makluman biasa. Hakikatnya, CP500 adalah jadual bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN dan memerlukan tindakan daripada penerima notis.

Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan atau menjangkakan pendapatan anda jauh berbeza daripada tahun sebelumnya, anda boleh menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat semakan yang bersesuaian.

Bagaimana LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan tambahan? Secara umumnya, CP500 ditentukan berdasarkan maklumat yang telah dilaporkan dalam borang cukai tahun-tahun terdahulu. Dengan pelaksanaan e-Invois yang semakin meluas, data transaksi yang direkodkan juga dijangka membantu meningkatkan ketepatan maklumat percukaian pada masa hadapan.

Terlepas Bayar CP500, Ada Penalti?

Ya. Jika bayaran CP500 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti lewat bayar boleh dikenakan oleh LHDN.

Namun bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan pengecualian penalti kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian serta pendapatan bukan penggajian yang menyebabkan notis CP500 dikeluarkan, termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan royalti.

Artikel The Star juga menekankan bahawa kelayakan bergantung kepada jenis pendapatan dan profil pembayar cukai, bukan sama ada penerima CP500 kali pertama atau tidak.

Langkah ini diperkenalkan bagi membantu kumpulan tersebut menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem CP500 sepanjang tempoh peralihan.

Contoh:

Ahmad bekerja makan gaji dan PCB dipotong setiap bulan. Pada masa sama, beliau menerima pendapatan sewa rumah. Oleh sebab pendapatan sewa tidak tertakluk kepada PCB, Ahmad menerima notis CP500.

Sekiranya Ahmad tidak membuat bayaran ansuran CP500 pada Tahun Taksiran 2026, beliau tidak akan dikenakan penalti 10% di bawah Seksyen 107B(3) Akta Cukai Pendapatan.

Namun begitu, cukai yang masih belum dibayar tetap perlu dijelaskan apabila beliau mengemukakan borang cukai pendapatan kelak.

Ringkasnya, yang dikecualikan adalah penalti, bukannya cukai.

Baca lagi KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Kesimpulan

Mempunyai pendapatan sampingan sememangnya satu perkara yang baik kerana ia membantu meningkatkan pendapatan. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap pendapatan juga datang bersama tanggungjawab percukaian.

Jika anda mempunyai pendapatan selain gaji, luangkan sedikit masa untuk memahami CP500. Ia bukan hukuman, bukan juga cukai tambahan, tetapi mekanisma yang membantu pembayar cukai mengurus bayaran cukai dengan lebih teratur sepanjang tahun.