Penyenaraian IPO Untuk Tahun 2018

Dijangkakan ada 9 syarikat baru akan disenaraikan di Bursa Malaysia, di mana mereka perlu melalui proses IPO atau nama panjangnya Initial Public Offering.

Apa Itu IPO?

Bahasa mudahnya adalah syarikat yang baru nak disenaraikan di Bursa Malaysia dan sebelum saham syarikat tersebut boleh dijual beli secara terbuka kepada umum, syarikat tersebut perlu terlebih dahulu menawarkan terbitan awam atau tawaran untuk jualan. Itulah dia IPO.

Ketika tawaran awam diumumkan, ia biasanya disertai dengan pengeluaran prospektus yang mengandungi maklumat tentang tawaran dan profil syarikat yang membuat tawaran tersebut. Dan di dalam prospektus ini, ia akan menyatakan aktiviti syarikat, prestasi kewangan dan siapa pihak pengurusannya. Semua maklumat ini disertakan bagi membolehkan para pelabur membuat kajian awal sebelum membuat keputusan sama ada untuk membeli atau melanggan IPO tadi.

9 IPO Baru Untuk 2018

Di sini kami senaraikan 10 syarikat yang bakal mengeluarkan IPO masing-masing pada tahun ini:

  1. Binasat Communications Berhad

Harga IPO: RM0.46

Tarikh Penyenaraian: 8 Januari 2018

Prospektus: Bahagian 1 & Bahagian 2

IPO pertama untuk tahun ini adalah BINACOM, dan kita dapat saksikan siapa yang berjaya beli IPO pada harga yang ditawarkan dah untung besar pada hari pertama ia didagangkan. Terus untung 30.4% pada hari pertama.

Harga IPO: RM0.46

Harga Pembukaan: RM0.60

Keuntungan: RM0.14 atau 30.4%

  1. Bank Islam Brunei Berhad

Harga IPO: RM2.50 – RM3.00

Tarikh Penyenaraian: Suku Kedua 2018

  1. Edra Energy Berhad

Harga IPO: RM3.00 – RM3.50

Tarikh Penyenaraian: Suku Kedua 2018

  1. GDB Holdings Berhad

Harga IPO: RM0.38

Tarikh Penyenaraian: Suku Pertama 2018

  1. Mattan Berhad

Harga IPO: RM0.22 – RM0.28

Tarikh Penyenaraian: Suku Kedua 2018

  1. QES Berhad

Harga IPO: RM0.19

Tarikh Penyenaraian: Suku Pertama 2018

  1. QSR Brands Berhad

Harga IPO: RM2.50 – RM3.00

Tarikh Penyenaraian: Suku Kedua 2018

  1. Samling Group Berhad

Harga IPO: RM3.00 – RM3.50

Tarikh Penyenaraian: Suku Kedua 2018

  1. Wegmans Holdings Berhad

Harga IPO: RM0.29 – RM0.30

Tarikh Penyenaraian: Suku Kedua 2018

Beli IPO, Jual Hari Pertama Confirm Untung?

Macam best je IPO ni, jual hari pertama dah untung 30.4% dengan BINACOM. Jom belajar Bagaimana Cara Nak Beli Saham IPO? Mohon Online Senang.

Bagi pemegang akaun CDS Maybank, boleh tengok Tutorial Bergambar Beli Saham IPO Menggunakan Maybank2U.

Juga kami ada buat kajian mengenai Prestasi IPO Bagi Tahun 2017. Ada Yang Harganya Naik 22% Selepas Sehari. Bukan semua konfem untung, ada je IPO yang rugi tau. Keputusan untuk membeli IPO adalah di tangan anda.

Nak Beli IPO? Jom Buka Akaun CDS

Kami ada berkongsi cara-cara untuk buka akaun CDS. Sila baca Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10.60 sahaja.

Nak perincian yang lebih, sila rujuk:

Nak buka akaun CDS dengan M+ secara percuma? Sila layari FB iSaham dan hadir seminar yang mereka anjurkan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.