Ekonomi Malaysia OK Atau KO? Mana Satu Yang Betul?

Kami tertarik dengan nukilan saudara Faiz Pire berkenaan ekonomi Malaysia. Diharap anda dapat membacanya dengan hati yang terbuka.

Mai nak share notes aku masa attend corporate event minggu lepas.

Banyak speakers. Second Finance Minister ada, Bank Negara ada, Vivy Yusof pun ada. Tapi ni aku nak jump straight into topik yang aku rasa related dengan orang biasa macam kita.

Kita selalu baca orang merungut tentang kenaikan kos. Ada yang terpaksa tahan lapar tak makan, yang miss bagi duit belanja sekolah pada anak, berkira-kira nak beli baju sekolah anak, macam-macam cerita sedih kita baca.

Dalam masa yang sama, kita ada juga terbaca (atau alami sendiri) tentang betapa susahnya nak cari parking kat shopping mall masa hujung minggu, nak buat reservation dekat kedai makan yang fancy pun kadang-kadang dah penuh, wayang full house kalau cerita sedap, dan cerita-cerita yang lebih positif.

Satu Pihak Susah, Satu Pihak Lagi Senang

Jadi, mana satu yang betul? Ekonomi kita tengah ok ke atau tak sebenarnya?

Realitinya, kedua-dua senario itu benar-benar berlaku. Memang ada yang kelihatannya macam tak terjejas dengan apa pun keadaan ekonomi. Tapi ada sebilangan lagi yang benar-benar terpaksa mengikat perut.

Kalau kita tengok data ekonomi, contohnya GDP, ekonomi negara nampak baik. Tapi kenapa masih ada orang hidpunya susah?

Sebelum tu, aku harap kita realistik la sama. Takkan kita expect SEMUA orang hidup senang tanpa ada masalah kewangan? Macamana pun, akan tetap ada golongan yang keadaan kewangannya kurang baik. Mana ada manusia/kerajaan hebat yang boleh bagi semua orang hidup senang. Takkan ada. So I hope, we can manage our expectation.

Ok. Balik pada data ekonomi.

Kenapa semacam ada disconnect antara data-data ekonomi yang positif tu dengan apa yang kita lalui hari-hari?

Impak Ekonomi Bukan Serta-Merta Dirasai

Antara sebab yang dibincangkan oleh panel haritu, sebab adanya ‘lagging effect’.

Untuk tahun 2016, ekonomi kita berkembang pada kadar 4.2%.

Tapi masa 2016 tu, perasan tak kita masih berbelanja seperti biasa? Macam tak reflect pun yang GDP growth kita sebenarnya menurun.

FYI, tahun sebelumnya, 2015, GDP kita adalah 5.0%.

Maknanya masa 2016 (walaupun GDP growth turun kepada 4.2%), kita masih ‘menikmati’ hasil GDP 2015 (5.0%).

Datang 2017, ekonomi kita rebound balik. Thanks to the weaker Ringgit, eksport kita berkembang double digit hampir setiap bulan dalam 2017. Supported by positive external demand too. GDP growth:

1Q17: 5.6%

2Q17: 5.8%

3Q17: 6.2%

Tapi kita rasa macam tak percaya dengan data yang positif ni. Apa ni, kata ekonomi makin bagus. Tapi awat rasa macam sesak saja?

Sebab, kita sedang rasa ekonomi yang berkembang pada kadar 4.2% (GDP 2016).

Itulah maksud ‘lagging effect’. Tempohnya lebih kurang antara 6 ke 8 bulan.

Indirectly, tahun 2018 ni, kita sepatutnya akan dapat rasa ada improvement daripada keadaan tahun lepas (sebab ekonomi 2017 lebih baik berbanding 2016).

Dan, err, mungkin bonus yang nak dapat ni lebih baik daripada tahun lepas? Mana tau, kan? Doa-doa. Haha.

Itu satu.

Ramai Ikat Perut Petanda Ekonomi Teruk?

Kemudian, ada juga misperception bila kita kurangkan budget sana sini, terus conclude, “Oh, ekonomi kita teruk.”

Pernah dengar tak orang Ipoh cakap, “Make hay while the sun shines”?

Sebenarnya, ekonomi kita taklah teruk mana. Bukan nak kata ‘terlalu bagus’, tapi tak la teruk macam yang digambarkan oleh sesetengah pihak.

Tapi, sebagai langkah berjaga-jaga, kita kena la bersiap sedia dari sekarang. Kalau kita tengok unjuran GDP untuk tahun 2018 pun, ianya lebih rendah daripada tahun 2017. (FY2017: 5.2%-5.7% vs. FY2018 5.0%-5.5%).

Dan kita semua sedia maklum yang sekarang ni kita dah overdue dah yang 10-year recession cycle tu. 1997 dulu ada Asian financial crisis. 2007-2008 pulak ada Great Recession (house price bubble di US). Untuk 2017-2018 ni apa pula?

Tengok sendiri bursa saham dunia. Semua kalau tak near, at record high. Sebab tu masing-masing dok cautious, apa agaknya yang akan trigger next economic crisis.

Sementara ekonomi kita tengah sihat ni, kita jimat-jimat la mana yang boleh. Nanti bila ekonomi dunia dah jatuh balik, lagi sakit kita nak kena adjust.

Kait balik dengan budget kita. Kalau perasan, budget untuk Operating Expenditure sebenarnya dah berkurang daripada RM219.6B pada 2014 kepada RM210.2B semasa 2016.

Operating Expenditure ni termasuklah emolumen (gaji) dan pencen kakitangan kerajaan.

Sebenarnya dua ni la pun yang represent a large chunk dalam budget kita. Amaun ini (gaji dan pencen) makin lama makin besar. Takkan nak biar saja?

Strategi sekarang, kerajaan akan kekalkan bilangan kakitangan awam yang ada. Tak ada perjawatan baru.

Tingkatkan Kecekapan Dengan Tenaga Kerja Sedia Ada

Untuk yang ada sekarang, kita cuba untuk jadikan mereka lebih efficient. Kerajaan tak boleh berhentikan kakitangan yang ada. Itu akan jadi political suicide. Haha. Aku tak rasa kerajaan sekarang berani pun nak buat bold decision macam tu.

Selain tu, kita manfaatkan technological changes. Antaranya itu la, e-government. Buat urusan dalam online, dapat kurangkan manpower.

Nanti, over a period of time, bila ekonomi semakin berkembang, dapat la kita kurangkan perbelanjaan untuk emolumen dan pencen ni dari segi percentage of total budget (bilangan staff kekal sama, ekonomi bertambah besar, percentage jadi lebih rendah la).

Kita juga sedang cuba untuk naikkan budget Development Expenditure. Sedar atau tidak, kita dah semakin hampir dengan fasa ageing society. Kesihatan kita rata-rata bertambah baik, jangka hayat kita semakin panjang, jadi kenalah sediakan infra untuk ageing society. Contohnya, tambah hospital.

Tapi bila budget kita dah banyak habis kat Operating Expenditure tadi, kemampuan kita untuk allocate budget untuk Development Expenditure agak terhad. Itu yang berlaku dalam budget negara kita.

Sekarang, kita nak ubah. Nak kurangkan Operating Expenditure, dan nak tambah Development Expenditure, supaya lebih ramai yang akan dapat manfaat. For the record, Development Expenditure 2014 RM39.5 vs. 2016 RM42.0bn.

Ok?

Next, kenapa kalau tengok private consumption growth, dah recovered to pre-GST level. Tapi bila kita baca berita sesetengah portal, seolah-olah ekonomi masih tak baik?

Pertumbuhan Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Peningkatan Perbelanjaan

Yang ni, ada kaitan dengan income growth vs. expenditure growth. Dalam satu slide tu, Bank Negara tunjukkan perbezaan mean income dengan mean expenditure pada tahun 2014 dan 2016.

Untuk golongan B40, mean income naik RM311, tapi mean expenditure naik RM257. Maknanya, net (RM311-RM257), golongan B40 ada lebih RM54 sebulan.

Berbanding dengan M40, mean income naik RM840, tapi mean expenditure naik RM475 je. Net, M40 ada extra RM365 sebulan.

Manakala T20, mean income naik RM1,783, dan mean expenditure naik RM943.

Summarize balik. Duit lebih untuk golongan

B40: RM54 sebulan

M40: RM365 sebulan

T20: RM840 sebulan

Maksudnya?

Golongan 40% paling bawah pun sebenarnya ada menikmati kenaikan pendapatan. Cuma, tolak kenaikan kos hidup, net yang diaorang ada tu tak banyak sangat (RM54), berbanding M40 (RM365) dan T20 (RM840).

Jadi, agak kurang tepatlah headline berita yang kata golongan B40 tidak mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara.

Sebenarnya diaorang dapat, cuma, tak sebanyak orang lain.

Dan aku nak sentuh balik pasal private consumption tadi.

Kan aku mention consumption growth dah recover?

Details nya, 75% daripada consumption growth ni datang daripada golongan M40 dan T20. Depa ni la yang banyak berbelanja.

Kita tengok orang sekeliling kita. Perasan tak, berbanding dulu-dulu, sekarang ramai orang dah mampu pergi umrah? Kan? Dulu kalau kita dengar orang nak pergi umrah, rasa macam special sangat. Sebab jarang-jarang. Tapi sekarang, ada tu setahun sampai dua kali pergi ke sana.

Jadi, betul ke data ekonomi yang positif tu?

Betul.

Tapi yang cerita orang miskin struggle tu?

Pun betul juga.

Golongan Bawahan Paling Terasa

Sebab B40 masih bergelut dengan kenaikan harga barang. Dan diaorang ni bukan beli luxury items. Diaorang beli essential items. Golongan B40 dan lower-end of M40 memang terasa kenaikan kos. Those complaints are real. But the spending is also real.

Jadi macamana kita nak tolong golongan B40 (and lower M40) ni? Takkan nak complaint saja?

In short term, cash transfer macam BR1M tu amat membantu. Tapi takkan sampai bila-bila pun kita nak bagi cash macam tu?

It goes back to education. Salah satunya, utilise teknologi yang ada. Cuma itu lah, nak suruh orang belajar benda baru ni bukan kerja mudah.

Ambil contoh pemandu teksi. Bila Uber/Grab dah mula ambil market share diaorang, pemandu-pemandu teksi ni jadi marah. Kita faham, itu periuk nasi mereka. Tapi bila tanya kenapa tak join je trend Uber/Grab ni?

Jawapannya sebab kebanyakan yang bawa teksi ni agak berumur. Dan diaorang tak minat nak belajar macamana nak guna teknologi baru. Bagi kita, mungkin boleh kata, alah, bukannya susah pun nak belajar guna apps tu. Tapi pada pakcik-pakcik teksi tu, diaorang tak tahu.

Dah panjang, tapi aku nak share dua point lagi. Hang sabaq sat na. Sikit ja lagi ni.

Kita ada baca antara bukti ekonomi kita teruk, adalah retail business yang semakin merosot.

Sebenarnya tak boleh simpulkan semudah itu.

Ada banyak faktor. Mungkin bisnes model dia sendiri yang salah. Dia tutup 5 kedai, tapi orang lain plan nak buka 20 kedai baru. Filem dia tak laku dekat wayang, tapi filem orang lain boleh meletup-letup sampai extend tempoh tayangan.

Itu baru faktor sendiri. Kalau faktor industri, contohnya, kita perasan kan sekarang ni shopping mall banyak gila (terutamanya dekat KL). Jalan tak sampai 10km-20km, boleh jumpa satu shopping mall. Obviously shopping mall kita ni dah tahap oversupplied.

FYI, Malaysia’s retail space per capita is 4.9 sqft. Orang lain macamana?

Hong Kong 3.4 sqft. Singapore 4.5 sqft.

Maknanya, space shopping mall kita luas. Bila terlalu banyak shopping mall, diaorang akan terpaksa bersaing. They cannibalise each other. Sudahnya, bila tak cukup orang datang (dan berbelanja), diaorang keluarkan statement – ekonomi tak bagus. Walhal macam kita bincang dekat atas tadi, ada saja orang yang berbelanja (M40 + T20).

Satu lagi, sebab online purchase.

Yang ni aku tak payah elaborate la. By now aku rasa semua orang dah tau apa itu Lazada dan yang seangkatan dengannya. Yang beli diapers anak online pun makin ramai, kan?

Jadi, tepat tak bila geng retailers ni mengadu ekonomi teruk, orang tak beli barang, etc. etc.?

Hui. Panjang sangat dah ni.

Cukuplah tu.

Pentingnya Hadiri Majlis Ilmu

By the way, ini sekadar nak kongsi apa dibincangkan oleh captains of industry. Orang yang memang berkelayakan untuk beri komen. Sebab aku rasa bukan semua orang ada peluang nak dengar benda-benda macam ni, kan?

Kalau rasa tak setuju, it is ok. Relaks. Tak payah nak bergaduh teruk-teruk nak buktikan juga kitalah yang paling betul.

Facebook ni tempat kita lepak-lepak buang masa saja. Jangan la emo sangat bila orang tulis benda yang contradict dengan apa yang kita percaya. Kalau rasa make sense, angguk. Kalau tak boleh terima, ketap bibir, scroll ja ke post seterusnya.

Sumber: FB Faiz Pire

Tahniah kepada anda yang baca sampai habis.

Perlu Lihat Gambaran Keseluruhannya

Tidak semudah itu untuk kita membuat kesimpulan betapa teruknya keadaan ekonomi Malaysia pada masa ini. Apa yang penting, memang akan ada golongan yang susah, sebab itu kerajaan menyediakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan adanya pusat zakat seluruh negara yang berusaha keras untuk membantu golongan fakir miskin.

Di sebelah pihak yang lain pula, taraf ekonomi mereka kelihatan semakin bertambah baik kerana pendapatan meningkat lebih tinggi berbanding peningkatan kos.

Apa Anda Boleh Buat Untuk Tingkatkan Kewangan Anda?

Ada dua pilihan yang anda ada, samada untuk kurangkan perbelanjaan atau tingkatkan pendapatan. Anda boleh baca beberapa artikel ini sebagai sumber inspirasi:

Selamat mencuba & jangan berputus asa, kerana pasti ada jalannya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.