Perbezaan Di Antara Pelaburan Aktif Dan Pasif Dalam Pelaburan Saham

Sebagaimana yang kita ketahui mengenai pelaburan, ia adalah sesuatu kegiatan yang melaburkan modal atau aset secara langsung dan tidak langsung dengan harapan pelabur tersebut akan mendapatkan keuntungan hasil daripada modal yang mereka laburkan. Pelaburan juga boleh dilakukan atau dijalankan dalam pelbagai bidang ekonomi kerana ekonomi boleh merawat pelaburan sebagai tujuan untuk mengumpulkan modal dan dari sini kita boleh lihat fungsi pelaburan adalah penjanaan pendapatan.

Pelaburan boleh bersifat aktif dan pasif dan topik yang akan dikupas adalah mengenai perbezaan antara pelaburan aktif dan pasif.

Sesuatu aktiviti pelaburan boleh bersifat aktif dan pasif bergantung kepada pemahaman seorang  pelabur dalam melabur. Perbezaan di antara pelaburan aktif dan pasif ialah bagi pelaburan aktif boleh dikatakan transaksi pembelian dan penjualan stok ketika melabur untuk membuat dan mendapatkan keuntungan dalam jangka masa yang singkat manakala pelaburan pasif pula untuk membuat dan mendapatkan keuntungan dalam jangka masa yang panjang dengan hanya melabur dalam pelaburan yand dipilih oleh pelabur itu sendiri.

Bagi melakukan pendekatan aktif dan pasif dalam sesuatu aktiviti pelaburan itu bergantung kepada pemahaman, sifat dan risiko yang sanggup bagi seseorang pelabur tersebut.

Untuk tambahan, pelabur juga ada aktif dan pasifnya. Adalah disyorkan untuk membezakan antara pelabur pasif dan aktif. Pelabur pasif cenderung memaksimumkan pulangan mereka dengan meminimumkan keterlibatan mereka di pasaran.

Mereka berusaha untuk mengelakkan fi dan menyimpan aset mereka untuk jangka masa yang lebih lama. Mereka tidak berusaha untuk mendapatkan keuntungan daripada turun naik jangka pendek di pasaran.

Pelabur aktif memberi tumpuan kepada peluang jangka pendek dan membuka lebih banyak urusniaga dalam jangka masa yang pendek. Keputusan pasaran mereka melibatkan lebih banyak risiko berbanding pelabur pasif.

Namun, jika pelabur aktif arif dengan analisis teknikal dan fundamental, dan berpegang pada nisbah risiko-ganjaran yang berpatutan, dia mampu mendapatkan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan pelabur pasif. 

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Pelaburan Aktif?

Pelaburan aktif adalah dimana seseorang pelabur membeli stok dalam pelaburan dan sentiasa mengawasi setiap pergerakan modal yang dilaburkannya. Motif ataupun tujuan pelaburan aktif ini bagi mendapatkan informasi yang mampu diperolehi dengan berterusan dalam pelaburan untuk menjangkakan kemungkinan bagi mendapatkan keuntungan yang tinggi.

Businessman talking about investment stock market and graph from computer laptop with broker trader, giving money plan management and analysis

Seorang pelabur aktif memiliki minat dan suka menghabiskan masa dalam pelaburan. Mereka juga sering mengambil risiko dalam pembelian dan penjualan stok dengan cepat bagi mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi dalam jangka masa singkat.

Kebiasaanya seorang pelabur aktif tidak akan memegang saham dalam jangka masa yang lama kerana mereka lebih berminat dalam melabur jangka masa yang singkat dan mereka juga tidak memberi tumpuan terhadap keadaan ekonomi dalam jangka masa yang panjang.

Kos transaksi dalam pelaburan aktif harus dibayar oleh para pelabur apabila meraka melakukan pembelian dan penjualan di pasaran saham dan disebabkan pelaburan aktif melibatkan pembelian dan penjualan yang tinggi maka peningkatan kos transaksi juga akan berlaku.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pelaburan Pasif?

Pelaburan pasif adalah dimana seseorang pelabur membuat keuntungan dalam sesuatu aktiviti pelaburan dalam jangka masa yang panjang. Tidak seperti pelaburan aktif di mana memperoleh maklumat bagi menjangkakan kemungkinan untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi manakala pelaburan pasif mempunyai motif bagi mendapatkan keuntungan yang lebih besar dari masa ke semasa secara konsisten.

Seorang pelabur pasif pada umumnya adalah orang yang menolak risiko yang tidak akan mengambil keuntungan dari pergerakan harga dalam jangka masa yang singkat. Oleh kerana proses membeli dan menjual saham dalam pelaburan pasif jarang berlaku, ini menyebabkan kos transaksi yang rendah.

Pelaburan pasif juga adalah perkara yang biasa di dalam pasaran saham dimana pelabur cuba mengikut indeks pasaran saham tetapi ia juga biasa dalam jenis pelaburan instrumen yang lain termasuk bon, komoditi dan lain-lain. Populariti pelaburan pasif meningkat kebelakangan ini dari tahun ke tahun sebagai alternatif kepada pelaburan aktif.

Perbezaan Pelaburan Aktif Dan Pasif

 AktifPasif
PelaburanPelaburan aktif merujuk kepada membeli dan menjual dalam pelaburan yang kerap untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat.  Pelaburan pasif tertumpu kepada mewujudkan kekayaan dalam jangka masa yang panjang dengan hanya melabur dalam pelbagai pelaburan terpilih.  
Jenis PelaburPelaburan aktif kebanyakan dilakukan oleh pelabur yang mengambil risiko.Kebanyakan pelabur berisiko terlibat dalam pelaburan pasif.
Kos TransaksiPelaburan aktif menanggung kos transaksi yang tinggi.Pelaburan pasif menghasilkan kos transaksi yang rendah disebabkan oleh perdagangan yang jarang berlaku.
Pergerakan HargaFokus dalam pelaburan aktif adalah mengenai pergerakan harga dalam jangka pendek.Fokus dalam pelaburan pasif adalah mengenai pergerakan harga dalam jangka panjang.

Nak Pilih Yang Mana?

Kesimpulan yang dapat dijelaskan adalah, pelaburan aktif dan pasif memberi kesan yang positif kepada seseorang pelabur tersebut untuk melabur dalam jangka masa yang singkat ataupun panjang. Pelabur boleh memilih pendekatan yang sesuai dengan cara melabur mengikut kefahaman pelaburan mereka bergantung kepada seberapa yakin dalam mengambil risiko dan mengurusnya.

Sekiranya seseorang pelabur ingin mendapatkan pulangan ataupun keuntungan dalam jangka masa yang singkat dengan dengan baik, pelaburan aktif adalah pilihannya dan pelaburan pasif adalah pilihan terbaik bagi pelabur yang memiliki sifat santai dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda dalam tempoh waktu yang lama.

Penulis boleh dihubungi di:

Aniq Amzar Bin Yusri ([email protected])
Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali ([email protected])
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.