Sub Topik
Turki merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai sejarah panjang dalam perang dunia dan kemelesetan ekonomi sejak ratusan tahun yang lalu.
Ini menyebabkan golongan lelaki di Turki mempunyai satu skil kemandirian diri yang diturunkan daripada bapa, datuk dan moyang mereka saat negara mengalami peperangan dan kemelesetan ekonomi.
Baca : Perubahan Dalam Dunia Kewangan Akan Datang
Terkini, ekoran krisis kesihatan COVID-19 yang melanda global, daya ekonomi Turki semakin tenat kerana rakyat Turki tidak lagi mempercayai kepada sistem perbankan.
Mereka menjual semua wang mereka untuk membeli matawang US Dolar dan membeli emas dan ada yang terjebak dalam forex dan membeli aset digital atau mata wang kripto.
Nilai matawang Lira Turki susut hampir 20% semenjak 12 bulan yang lalu dan Bank Pusat Turki mengalami defisit rizab sebanyak USD47 bilion!
Kadar inflasi Turki kini memasuki angka 16% pada Mac 2021 yang lalu juga menyebabkan kadar pengangguran di Turki mencapai nisbah 30%.
“Jika populasi di Turki adalah 90 juta orang, ini bermakna 27 juta rakyat Turki tidak mempunyai pekerjaan.”
Menurut pakar ekonomi Turki, rakyat mereka kini tidak lagi berminat untuk melabur ke dalam syarikat – syarikat mikro dan kecil sedangkan KDNK utama Turki adalah dalam sektor perindustrian dan pembuatan.
Baca : Sentimen Berisiko Pasaran Saham Global, Apa Yang Anda Perlu Tahu Setakat Ini?
Rakyat Turki kini ‘lapar’ dalam mencari pelaburan jangka masa pendek yang mampu memberikan mereka pulangan lumayan dalam masa singkat.
Apa yang lebih membimbangkan adalah, kadar pelaburan hartanah di Turki semakin menurun semenjak tahun 2020.
Hal ini kerana, rakyat Turki menilai pelaburan hartanah sepanjang krisis kesihatan ini bukanlah jalan terbaik untuk memperoleh pulangan.
Sungguhpun Turki merupakan salah satu destinasi pelancongan tumpuan dunia dalam keempat – empat musim.
Apa yang sebenarnya sedang berlaku di Turki? Dan bagaimana ekonomi makro sebesar Turki yang tersenarai sebagai salah satu negara Group of Twenty (G20) menjadi sedemikian rupa?
Jom kita tengok 4 punca kenapa semua ini berlaku.
1. Sentimen
Sejak sekian lama, rakyat Turki secara tradisional telah melabur dalam emas untuk pelaburan jangka panjang.
Emas dan rakyat Turki telah sebati semenjak ratusan tahun lagi.
Golongan yang lebih tua percaya, emas merupakan aset mudah cair yang perlu dimiliki saat negara berdepan peperangan dan kemelesetan ekonomi.
Baca : Adakah Warren Buffett Menggadai Prinsip Pelaburannya Dengan Melabur Ke Dalam Emas?
Ini menyebabkan puluhan juta warga Turki yang lebih berusia membeli emas pada skala besar di gedung – gedung dan toko emas sehingga harga emas meningkat 28% pada tahun lalu.
Kadar import komoditi emas Turki juga meningkat lebih 100% dengan nilai USD26.6 bilion pada tahun 2020.
Baca : Pelaburan Emas Dalam Islam
Dikhabarkan, terdapat 5 tan emas tersimpan di bawah tilam rakyat Turki pada ketika ini.
2. Kadar Mata Wang Asing Yang Mengukuh
Masalah mula timbul apabila kadar inflasi meningkat dengan mendadak pada tahun 2020 dan mempengaruhi harga barang komoditi (makanan) dan dasar Kerajaan yang melaksanakan kadar faedah sifar.
Ini menyebabkan sebahagian besar penduduk Turki telah membeli mata wang US Dolar dan Euro.
Rakyat Turki termasuk syarikat Turki telah membelanjakan USD235 bilion dalam pembelian mata wang US Dolar setakat hujung tahun 2020 dan transaksi pertukaran matawang adalah USD11 bilion.
Konsep jual beli yang digunapakai kebanyakan rakyat Turki adalah beli dan jual matawang asing dalam tempoh 14 hari – 30 hari.
3. Pulangan Pelaburan Jangka Masa Pendek
Bukan setakat di Malaysia sahaja secara tiba – tiba wujud ramai golongan pelabur saham baru.
Situasi ini juga berlaku di Turki di mana ramai golongan muda yang belajar untuk melabur dalam saham dengan harapan mendapat pulangan pelaburan dalam masa singkat.
Baca : Kenali Industri-Industri Dalam Pasaran Saham Bursa Malaysia
Jumlah pemain dalam pelaburan saham yang melabur ke Istanbul Stock Exchange meningkat sebanyak 87% dalam masa 12 bulan dengan jumlah keseluruhan pelabur seramai 2.57 juta orang.
Kerajaan Turki juga telah meluluskan dana 700 bilion Turkish Lira sebagai pinjaman kepada pasaran tahun lalu.
Sebahagian besar wang tersebut digunakan untuk melabur saham dan membeli aset digital.
4. Kebangkitan Aset Digital
Daripada buruh binaan, pendandan rambut sehingga usahawan di Turki, semuanya membeli aset digital.
Pasaran harian aset digital di Turki dipercayai bernilai USD1 bilion – USD2 bilion sehari dan jumlah pelabur dan pemilik aset digital di Turki adalah 5 juta orang.
Baca : Forex vs Kripto: Kenapa Forex Haram, Kripto Boleh Pula?
Dikatakan lebih daripada 20% rakyat Turki telah membeli aset digital dan penggunaannya meningkat 600% dalam masa 12 bulan daripada April 2020.
Masyarakat Turki rata – rata adalah golongan muda dan celik IT dan sangat terbuka dengan inovasi.
Dengan pasaran aset digital dibuka 24 jam dan tidak perlu membayar cukai, ianya telah menjadi pelaburan pilihan nombor 1 rakyat Turki.
Bank Pusat Turki dilihat bakal mengenakan sekatan ke atas pembelian produk dan servis menggunakan aset digital dan dijangka cukai aset digital akan dilaksanakan di Turki tidak lama lagi.
Menurut pakar ekonomi, perubahan dalam atmosfera mata wang dan pelaburan di Turki yang kelihatan agresif ini sedikit sebanyak berpunca daripada kegagalan Kerajaan dalam polisi sedia ada.
Baca : Ekonomi Berdepan Krisis? Pegang 5 Aset ‘Safe Haven’ Ini Untuk Lindungi Diri Kita
Mata wang Lira dilihat semakin tidak popular di kalangan rakyat Turki sendiri kerana berleluasanya amalan korupsi dan nepotisme dalam pemerintahan yang telah meruntuhkan ekonomi Turki.
Kesannya, tiada orang yang ingin melabur ke pelaburan jangka panjang seperti hartanah.
Sumber Rujukan:
Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.
Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod FVSKG5. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod FVSKG5.
Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.