Prestasi Indeks Pasaran Saham Dunia 2021

Tahun 2021 telah pun menutup tirainya dan kini kita sudah berada di tahun yang baru. 

Prestasi pasaran saham dunia bercampur-campur dengan adanya negara yang mencatatkan prestasi positif serta negatif.

Baca : Flash Crash 2010: Kejatuhan Indeks ‘Sepantas Kilat’

Mari kita lihat prestasi indeks utama pasaran saham utama dari beberapa buah negara terpilih.

1. Amerika Syarikat

3 indeks utama di Amerika Syarikat adalah Dow Jones Industrial Average, S&P 500 dan Nasdaq Composite. Kesemua tiga indeks ini mencatatkan prestasi yang baik sepanjang tahun 2021.

Dow Jones ditutup 18.73% lebih tinggi daripada awal tahun 2021. S&P 500 pula meningkat 26.89% dan Nasdaq Composite menutup tirai dengan kenaikan sebanyak 21.39%.

Para pelabur Wall Street sudah tentu mengharapkan prestasi ini berterusan bagi tahun 2022. Bagaimana pula dengan keadaan pasaran saham di serantau Asia?

2. Jepun

Indeks Nikkei 225 ditutup pada 28,791.71 mata dengan kenaikan 1 tahun sebanyak 4.91%.

3. China

Shenzen Component Index ditutup pada 14,857.35 mata dengan kenaikan sebanyak 2.67%. Meskipun tidak mencatatkan kenaikan yang tinggi, namun sekurang-kurangnya indeks ditutup positif pada akhir tahun.

4. Hong Kong

Hang Seng Index ditutup pada 23,397.67 mata dan tahun 2021 menyaksikan indeks ini membuat kejatuhan sebanyak -14.08%. 

5. Jakarta

Pasaran negara jiran juga mempamerkan prestasi yang positif dengan kenaikan sebanyak 10.08%. Pada tahun ini, Indonesia menerima banyak kemasukan pelaburan ke negara tersebut.

6. Vietnam

Ho Chi Minh Stock Index merupakan antara indeks yang paling cemerlang di rantau Asia dan juga seluruh dunia dengan kenaikan 1 tahun sebanyak 35.73%. 

Indeks Ho Chi Minh ialah indeks pasaran saham utama Vietnam yang mewakili prestasi 303 ekuiti yang disenaraikan di Bursa Saham Ho Chi Minh dan Bursa Saham Hanoi di Vietnam.

7. Malaysia

Pasaran saham Malaysia pula menyaksikan FBM KLCI berjaya ditutup di atas 1,500 mata meskipun keadaan yang tidak menentu sepanjang tahun. 

FBM KLCI ditutup rendah -3.67% berbanding pembukaan dagangan 2021.

Baca : Apakah Itu FBM KLCI Dan Syarikat Mana Penggerak Utama Indeks Bursa Malaysia?

Kesemua data di atas diambil daripada laman Bloomberg. Data-data tersebut merupakan prestasi bagi tahun 2021. Bagaimana pula dengan prestasi untuk tahun 2022? Adakah indeks-indeks ini akan mengulangi prestasi yang sama? Sama-sama kita saksikan.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.