9 Fakta Menarik Tentang Nvidia Corporation (NVDA)

Ada yang pernah dengar nama Nvidia? Kaki komputer dan games, mesti pernah dengar. Paling tidak pun, siapa yang menggunakan laptop mesti pernah nampak logo Nvidia ini.

Tapi tahukah anda saham syarikat Nvidia ini tersenarai di pasaran saham Amerika Syarikat? Jom kita tengok beberapa fakta menarik mengenai syarikat Nvidia Corporation.

1. Latar Belakang Nvidia Corporation (NVDA)

Nvidia Corporation (NVDA) merupakan syarikat yang berada dalam industri perkakas komputer. Fokus syarikat adalah kepada penghasilan graphics processing unit (GPU) dan juga artificial intelligence (AI).

Syarikat ini beroperasi melalui dua segmen yang berbeza iaitu segmen GPU dan segmen Tegra Processor (cip telefon pintar, tablet dan konsol permainan video).

Nvidia masih kekal menjadi raja grafik, tetapi AMD, Intel dan Apple sedang mengejar rapat.

2. Berita Terkini Mengenai NVIDIA

Antara berita terkini tentang NVDIA ini, produk Artificial Intelligence (AI) NVIDIA dilihat mendapat sambutan yang positif daripada pelbagai jenama terkenal dunia.

NVIDIA juga telah menghasilkan produk baru yang dikenali sebagai NVIDIA EGX yang membantu meningkatkan kecekapan proses pengkomputeran.

NVIDA juga kini bekerjasama dengan perisian Python dengan produk terbarunya NVIDIA CUBA yang digunakan untuk meningkatkan kualiti penggunaan perisian Python itu sendiri.

3. Pemilikan ARM Ditunda Oleh China

Sebelum ini NVIDIA telah menyatakan hasrat mereka untuk mengambil alih syarikat ARM dengan nilai USD40 bilion. Namun niat NVIDIA ini terpaksa ditunda atas sebab penguatkuasa di China masih belum mulakan penilaian jualan ARM daripada Softbank kepada NVIDIA.

4. Perolehan Syarikat Yang Kuat

Syarikat ini seolah-olah tidak terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Ianya dapat dilihat daripada segi pendapatan yang telah mencatatkan perolehan yang konsisten bagi empat suku tahunan berturut-turut.

Pendapatan bersih syarikat juga dilhat meningkat untuk suku tahun terkini berbanding suku sebelumnya. Ini menandakan perniagaan syarikat terus berkembang walaupun keadaan ekonomi semasa masih tidak menentu.

5. Kadar Kecairan Yang Baik

Aset keseluruhan NVIDIA telah meningkat secara konsisten, jumlah liabiliti syarikat juga mengalami peningkatan namun tidak secara mendadak.

NVIDA mempunyai kadar kecairan yang baik iaitu sebanyak 4 kali ganda untuk nisbah Quick Ratio dan juga Current Ratio.

6. Membayar Dividen Lebih Daripada Sekali Dalam Setahun

NVIDIA merupakan syarikat yang membayar dividen kepada pelaburnya. Walaupun dividen yang ditawarkan agak rendah, pelabur akan menerima dividen lebih daripada sekali dalam setahun.

7. Meningkat Melebihi 100% Setahun

Harga saham NVIDIA meningkat 124.44% sepanjang tahun 2021. Harga saham ini pada 4 Januari 2021 hanya sekitar USD131.04 dan ketika artikel ini ditulis, harga saham ini telah meningkat kepada USD294.11 seunit.

Sekiranya pelabur menyimpan saham ini dari awal tahun sehingga hujung tahun 2021, maka pelabur akan menerima pulangan melebihi 100%.

8. Status Patuh Syariah NVIDIA

Sehingga artikel ini ditulis, berdasarkan kepada saringan menggunakan aplikasi Islamicly, saham NVIDIA ini adalah patuh syariah. Oleh itu bolehlah kita beli saham ini tanpa was-was.

Fundamental syarikat memang dah power, tapi gunakan ilmu Technical Analysis untuk menentukan masa terbaik bagi membeli saham NVIDIA ini.

9. NVIDIA Membuat Share Split

Pada 20 Julai 2021, NVIDIA telah membuat share split dengan nisbah 4:1 kepada pelabur mereka. Dengan split ini harga saham NVIDIA menjadi lebih murah untuk dimiliki.

Penafian : Sebarang nama saham yang dinyatakan di dalam artikel ini bukanlah satu saranan belian. Artikel ini hanyalah satu perkongsian kepada pembaca di luar sana. Semoga bermanfaat. 

Artikel asal ditulis oleh Hazim Rosman di TheKapital

Dapatkan Shariah Screener Hari Ini

Kini pengguna dan peminat dunia pelaburan pasaran saham Amerika Syarikat boleh melanggan perkhidmatan ShariahScreener.com bagi memastikan pelaburan saham kita semua adalah patuh Shariah.

Seperti contoh di atas, buat masa ini (November 2022) saham Apple Inc diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah. Mesti ramai rasa pelik sebab bisnes utama Apple ni dah sah-sah iPhone, tetapi macam mana boleh dikategorikan sebagai tidak patuh syariah?

Sebenarnya Apple Inc juda ada income lain iaitu pendapatan faedah dan dividen. Pendapatan faedah dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah akan dibandingkan dengan hasil utama Syarikat. Bila tak lepas benchmark (contohnya 5%), maka sebab itu dia diklasifikasikan sebagai saham yang tidak patuh syariah.

Berbeza dengan saham Microsoft ($MSFT) yang masih diklasifikasikan sebagi patuh syariah.

Untuk langganan Shariah Screener, klik sini. Eksklusif kepada pembaca Majalah Labur dan The Kapital, diskaun sebanyak 5% menanti anda. Subscribe hari ini juga untuk rebut peluang ini.

E-book Leaders & Laggards Edisi Bursa Malaysia yang dilancarkan sebelum ini mendapat permintaan yang sangat luar biasa dan dengan itu kami tergerak untuk menulis E-book Leaders & Laggards Wall Street.

Kami telah kenal pasti beberapa golongan yang memerlukan E-book Leaders & Laggards Wall Street ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada golongan di bawah, e-book ini adalah sangat sesuai.

  1. Baru nak mula melabur di Wall Street.
  2. Pelabur yang mencari senarai leader & laggard di Wall Street.
  3. Pengamal ilmu CANSLIM.

Sudah tentu anda ingin tahu apa yang anda akan pelajari dari e-book ini, betul tak?

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Miliki e-book Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Previous ArticleNext Article

KWSP Pegang Saham NVIDIA dan Micron? Ini Antara Pegangan Saham US Terbesar Mereka

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sektor teknologi Amerika Syarikat menjadi antara fokus utama pelabur global terutamanya selepas ledakan AI dan semikonduktor.

Syarikat seperti NVIDIA dan Micron menjadi perhatian kerana pertumbuhan yang sangat pantas serta peranan besar mereka dalam pembangunan teknologi AI dunia.

Setakat artikel ini ditulis:

  • NVIDIA sekarang untung terlalu besar sampai susah nak bayang (suku pertama 2026 untung lebih USD58 bilion!)
  • Micron dilaporkan melonjak lebih 184% tahun ini
  • Alphabet pula naik sekitar 24%
  • Broadcom pula naik sekitar 21% hasil permintaan AI infrastructure dan data center connectivity

Menariknya, berdasarkan dokumen pemfailan awam terbaru di Amerika Syarikat, KWSP juga dilihat mempunyai pegangan bernilai besar dalam beberapa syarikat teknologi global ini.

Jangan risau, tidak semestinya semua pegangan saham ini digunakan untuk dana Akaun Simpanan Shariah KWSP.

KWSP mempunyai struktur dan pengurusan pelaburan yang berasingan bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah. Dana Simpanan Shariah juga dipantau oleh panel penasihat syariah serta tertakluk kepada garis panduan pelaburan patuh syariah yang ditetapkan.

Jadi pencarum akaun Simpanan Shariah tidak perlu terlalu risau atau terus membuat kesimpulan bahawa semua saham yang tersenarai ini berada di bawah portfolio patuh syariah KWSP.

Kenapa Institusi Besar Melabur Secara Global?

Jawapannya ialah diversifikasi.

Pasaran global memberi akses kepada:

  • Syarikat teknologi terbesar dunia
  • Sektor yang tiada di Bursa Malaysia
  • Pertumbuhan jangka panjang dalam teknologi dan inovasi

Sebagai contoh:

  • Malaysia tidak mempunyai syarikat seperti NVIDIA
  • Malaysia juga tidak mempunyai syarikat semikonduktor berskala global seperti Micron dan Broadcom

Jadi pelaburan antarabangsa membantu institusi seperti KWSP mendapatkan pendedahan kepada trend global yang sukar diperoleh di pasaran tempatan.

Healthcare dan Pharmaceutical

KWSP juga nampak mempunyai pendedahan besar kepada sektor kesihatan dan farmaseutikal yang biasanya dianggap lebih defensif.

Antaranya:

  • Eli Lilly and Company
  • Merck & Co.
  • Johnson & Johnson
  • AbbVie
  • DexCom
  • Intuitive Surgical

Ini memberi keseimbangan kepada portfolio sekiranya sektor teknologi mengalami turun naik.

Kewangan

KWSP juga mempunyai pendedahan kepada sektor kewangan global.

Antaranya:

  • JPMorgan Chase
  • Bank of America
  • Mastercard
  • Visa

Sektor ini biasanya mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi global dan transaksi digital.

Tenaga dan Infrastruktur

Selain teknologi, terdapat juga exposure kepada sektor tenaga dan infrastruktur.

Antaranya:

  • Exxon Mobil
  • NextEra Energy
  • Quanta Services
  • GE Vernova

Ini menunjukkan portfolio mereka tidak tertumpu kepada satu tema sahaja, tetapi turut mengambil kira sektor berkaitan tenaga dan pembangunan infrastruktur global.

Adakah Ini Bermaksud KWSP Baru Beli Saham-Saham Ini?

Tidak semestinya.

Ramai yang salah faham apabila melihat filing seperti ini.

Laporan ini hanya menunjukkan:

  • Apa yang dipegang pada tarikh laporan
  • Bukan bila saham tersebut mula dibeli

Institusi besar seperti KWSP biasanya melabur untuk jangka panjang dan membeli secara berperingkat.

Ada kemungkinan sesetengah pegangan ini sudah dikumpulkan sejak beberapa tahun lalu sebelum ledakan AI menjadi perhatian umum.

Menariknya, dalam senarai pegangan terbesar ini tidak kelihatan saham Advanced Micro Devices atau AMD yang sering dikaitkan dengan industri AI ketika ini. Sebaliknya, pendedahan KWSP lebih tertumpu kepada syarikat seperti NVIDIA, Broadcom dan Micron yang memainkan peranan besar dalam GPU, data center, networking dan memory untuk AI.

Namun begitu, ini tidak semestinya bermaksud KWSP langsung tidak mempunyai pegangan dalam AMD. Ada kemungkinan pegangan tersebut terlalu kecil untuk muncul dalam senarai pegangan terbesar yang difailkan.

Perlu Faham Satu Perkara Penting

Filing 13F hanya melibatkan pegangan saham US yang perlu dilaporkan kepada SEC. KWSP sebenarnya mempunyai portfolio jauh lebih besar yang merangkumi:

  • Bursa Malaysia
  • Bon dan sukuk
  • Hartanah
  • Infrastruktur
  • Pelaburan antarabangsa lain

Kesimpulan

Pendedahan kepada pasaran global menunjukkan bahawa institusi seperti KWSP sentiasa mencari peluang pertumbuhan jangka panjang di luar pasaran tempatan.

Menariknya, banyak pegangan terbesar mereka tertumpu kepada syarikat yang memainkan peranan penting dalam ekonomi digital dunia hari ini seperti AI, cloud computing dan semikonduktor.

Ini juga memberi gambaran bahawa pelaburan institusi besar bukan sekadar mengejar trend semasa, tetapi lebih kepada membina portfolio yang mempunyai potensi bertahan untuk tempoh bertahun tahun akan datang.

Namun seperti biasa, pelaburan global turut datang bersama risiko dan turun naik pasaran. Sebab itu strategi institusi besar lazimnya dibuat secara berperingkat dan untuk jangka masa panjang

Sumber: Dokumen pemfailan SEC (Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat) Form 13F yang difailkan di Amerika Syarikat.

• Form 13F ialah laporan pegangan saham US oleh institusi pelaburan besar seperti KWSP
• Ia difailkan kepada SEC (Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat)
• Laporan ini memberi gambaran tentang pegangan saham US sesuatu institusi pada akhir suku tahun tertentu

Untuk laporan terbaharu ini:

• Tarikh pemfailan: 12 Mei 2026
• Tempoh laporan: 31 Mac 2026

Penafian: Data ini berdasarkan dokumen pemfailan awam pegangan saham US sahaja dan bukan keseluruhan portfolio KWSP. Nilai pegangan juga tidak semestinya mencerminkan pegangan semasa kerana laporan seperti ini mempunyai tempoh kelewatan pelaporan.

Baca lagi : Nak Buka Akaun Saham (Bursa Malaysia & Global) Online Dengan Webull? Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Webull Malaysia kini telah menawarkan pilihan deposit ke akaun Islamik untuk kemudahan pengguna Muslim di Malaysia. Sebelum ini, semua deposit akan diletakkan dalam bank JP Morgan Malaysia. Dengan pilihan perbankan Islam, deposit pengguna akan diletakkan dalam HSBC Amanah. Promosi terkini: Depositkan RM1,000 dan kekalkan selama 60 hari dan dapat saham NVIDIA percuma bernilai RM200!

MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan pautan tersebut. Terima kasih!