Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

Sebelum ini, kami ada bercerita tentang kewujudan IdealRatings Untuk Semak Saham Global Patuh Syariah Atau Tidak. IdealRatings ada mengeluarkan Laporan Pematuhan yang mengandungi Saringan Perniagaan dan Saringan Kewangan syarikat-syarikat global.

Namun ianya merupakan laporan berbayar, dan agak sukar bagi pelabur runcit macam kita untuk mengeluarkan duit untuk mendapatkan laporan setiap syarikat global yang ingin kita labur.

Jadi apakah pilihan lain yang ada?

Alhamdulillah, di sebalik laporan berbayar yang dikeluarkan IdealRatings – mereka juga ada menyediakan cara mudah untuk semak status patuh Syariah saham Global menggunakan aplikasi telefon pintar.

Memperkenalkan Aplikasi Islamic Investor

Bagi pengguna Android, boleh muat turun di sini.

Bagi pengguna Apple pula, boleh muat turun di sini.

1. Dah muat turun, boleh launch aplikasi tersebut. Boleh pilih nak guna bahasa English atau Arab, pilih English.

2. Daftar sebagai pengguna baru atau create akaun baru. Boleh juga login sebagai guest kalau taknak daftar.

3. Kalau nakkan akses kepada pasaran saham Amerika Syarikat, klik Deny. Kalau klik Allow, sistem akan mengesan lokasi kita dan memilih Bursa Malaysia. Maka kita hanya dapat tengok saham-saham Malaysia saja.

4. Bergantung kepada pilihan di #3 tadi, jika kita memilih Allow, maka kita akan dapat lihat saham-saham di Malaysia. Kalau tersalah pilih dan nak tengok saham-saham Amerika Syarikat, perlu Uninstall dan Install semula.

Bila kita klik Deny, sistem secara default akan paparkan saham-saham di Amerika Syarikat.

5. Nak tengok saham yang kita minat dan nak tahu status patuh Syariah, klik pada ikon Kanta untuk Search dan masukkan nama syarikat.

6. Maka keluarlah status patuh Syariah. Kalau Pass menandakan ianya patuh Syariah. Contoh syarikat yang patuh Syariah adalah Apple, Facebook, Google (Alphabet), Microsoft.

McDonalds dengan Starbucks pun patuh Syariah tau.

7. Contoh saham syarikat yang tak patuh Syariah yang mempunyai status Fail pula adalah Amazon.com, Netflix, Boeing, American Express dan Goodyear Tire.

Sekarang dah tahu cara-cara nak semak status patuh Syariah sesuatu saham Global, maka rebutlah peluang untuk melabur di pasaran saham Global.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters