Guna IdealRatings Untuk Semak Saham Global Patuh Syariah Atau Tidak

Alhamdulillah, semakin ramai orang yang berminat untuk melabur saham. Ramai di kalangan kita yang mula melabur di Bursa Malaysia, tetapi memandangkan Pasaran Saham Malaysia Merupakan Satu-satunya di Asia Yang Jatuh Tahun Ini; maka ramai pula yang ingin menceburkan diri dalam pasaran saham Global.

Nama-nama terkemuka seperti Apple, Coca-Cola, Colgate, Facebook, IBM, Intel, McDonalds, Microsoft, Starbucks, Ralph Lauren dan banyak lagi semuanya patuh Syariah (sehingga April 2019). Saham paling hot iaitu Amazon buat masa ini tidak patuh syariah.

Kredit: FB Mohd Asri

Kalau di Malaysia, kita ada Majlis Penasihat Syariah yang tentukan status sesuatu saham tersebut adalah patuh Syariah atau pun tidak. Boleh baca lebih lanjut mengenainya di Bagaimana Nak Tentukan Sesuatu Saham Itu Patuh Syariah Atau Tidak?

Itu di Malaysia, bagaimana pula kita nak tahu sesuatu saham Global itu patuh Syariah atau pun tidak?

IdealRatings Ada Jawapannya

Kalau nak tahu, IdealRatings menawarkan perkhidmatan bagi orang ramai untuk menganalisa pelaburan dan proses membuat keputusan. Mereka inilah yang banyak membantu pelabur institusi, pengurus aset, pembekal indeks, firma pembrokeran dan individu persendirian dengan mengeluarkan laporan.

Mereka menawarkan dua penyelesaian iaitu Environmental, Social and Governance (ESG) dan Kewangan Islam.

Di antara senarai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan IdealRatings ni. Bloomberg dan Thomson Reuters nama yang besar di persada antarabangsa, di Malaysia kita ada PNB, Maybank, CIMB, RHB dan AmIslamic.

Dan mereka di IdealRatings jugalah yang telah banyak membantu pelabur global dalam menentukan status patuh Syariah sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham dunia.

Laporan Pematuhan IdealRatings

Untuk memastikan sesuatu saham syarikat adalah patuh Syariah atau pun tidak, pihak IdealRatings akan mengeluarkan laporan berkenaan Saringan Perniagaan dan Saringan Kewangan syarikat tersebut. Boleh tengok sendiri laporan yang dikeluarkan mereka:

Patuh Syariah

Tidak Patuh Syariah

Tapi laporan tersebut adalah merupakan laporan yang berbayar (dengarnya mahal untuk marhaen).

Kesian pelabur runcit macam kita ni, mana ada duit nak bayar untuk dapatkan laporan setiap syarikat global yang ingin kita labur.

Jangan risau, ikut saja langkah-langkah yang ada di Cara Mudah Dan Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global Guna Aplikasi Telefon Pintar.

 

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Peluang Pelaburan Dalam Industri Pickleball: Saham Yang Patut Diperhatikan

Walaupun pickleball belum begitu popular di Malaysia berbanding Amerika Syarikat, sukan ini sedang berkembang pesat di peringkat global. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pickleball bukan sahaja mencuri perhatian sebagai aktiviti riadah, malah turut membuka peluang pelaburan menerusi syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam ekosistem sukan ini.

Artikel ini akan menghuraikan beberapa syarikat tersenarai awam di luar negara yang terdedah kepada pertumbuhan industri pickleball sama ada sebagai pengeluar peralatan, pengendali fasiliti, jenama pakaian sukan, ataupun pelabur dalam liga dan acara berkaitan pickleball.

Syarikat Luar Negara yang Berkaitan Dengan Pickleball

1. Life Time Group Holdings, Inc. (NYSE: LTH)

Perniagaan utama: Pemilik dan pengendali pusat kecergasan mewah di seluruh Amerika Syarikat.

Hubungan dengan pickleball: Life Time telah melabur besar-besaran dalam membina gelanggang pickleball di pusat-pusat kecergasan mereka. Syarikat ini menyasarkan untuk menjadi destinasi utama sukan pickleball komuniti dengan membina lebih 1,000 gelanggang menjelang tahun-tahun akan datang.

Faktor pelaburan: Dengan peningkatan penyertaan pickleball di Amerika, langkah ini dijangka meningkatkan keahlian kelab serta pendapatan dari fasiliti.

Prestasi kewangan terkini (Q2 2025):

Hasil: USD 2.1 bilion (YoY meningkat 8.5%)

EBITDA diselaraskan: USD 462 juta

Keuntungan bersih: Positif buat kali pertama sejak IPO pada 2021

Status: Tidak patuh syariah

2. Escalade, Inc. (NASDAQ: ESCA)

Perniagaan utama: Pengeluar peralatan sukan dan rekreasi, termasuk pickleball.

Hubungan dengan pickleball: Menerusi anak syarikat seperti ONIX Sports, Escalade ialah antara peneraju pasaran dalam peralatan pickleball termasuk paddle, bola, dan jaring.

Faktor pelaburan: Permintaan untuk peralatan pickleball dijangka meningkat seiring dengan penyertaan aktif di seluruh AS dan Kanada.

Prestasi kewangan terkini (Q2 2025):

Hasil: USD 88.3 juta

Margin keuntungan kasar: 30.1%

Dividen: 0.15 USD sesaham (yield sekitar 3%)

Status: Tidak patuh syariah

3. Dick’s Sporting Goods (NYSE: DKS)

Perniagaan utama: Peruncit peralatan dan pakaian sukan terbesar di Amerika Syarikat.

Hubungan dengan pickleball: Mempunyai rangkaian produk pickleball yang luas di kedai fizikal dan atas talian. Juga terlibat dalam promosi komuniti seperti kejohanan tempatan.

Faktor pelaburan: DKS mendapat manfaat terus daripada peningkatan jualan paddle, pakaian, dan kasut berkaitan pickleball.

Prestasi kewangan terkini (Q2 2025):

Hasil: USD 3.45 bilion

Margin bersih: 8.7%

EPS: USD 3.12

Status: Patuh syariah

Adakah Terdapat Saham Berkaitan Pickleball Di Malaysia?

Setakat ini, belum ada syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia yang secara langsung terlibat dalam industri pickleball.

Kenapa Pickleball Menarik Dari Sudut Pelaburan?

Pertumbuhan pantas: Menurut laporan Sports & Fitness Industry Association (SFIA), pickleball ialah sukan dengan pertumbuhan terpantas di Amerika Syarikat selama tiga tahun berturut-turut.

Demografi luas: Diminati oleh pelbagai peringkat umur dari belia hingga warga emas, menjadikannya pasaran stabil dan berkembang.

Peluang runcit dan fasiliti: Selain jualan produk, permintaan untuk gelanggang dan akademi latihan memberi peluang tambahan kepada sektor hartanah dan pendidikan sukan.

Walaupun pelabur Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan domestik berkaitan pickleball, peluang pelaburan antarabangsa terbuka luas terutamanya di pasaran AS.

Syarikat seperti Life Time Group, Escalade, dan Dick’s Sporting Goods menunjukkan pendedahan langsung dan boleh dimanfaatkan oleh pelabur jangka sederhana dan panjang.

Untuk pelabur runcit Malaysia yang berminat, ini juga masa terbaik untuk memerhatikan trend sukan baru ini. Bukan hanya untuk pelaburan, tetapi juga sebagai peluang keusahawanan, francais gelanggang, atau penganjuran acara tempatan.

Tak main pickleball pun tidak mengapa, janji kita ada saham yang berkaitan pickleball.