Minat Sukan Badminton? Tahu Tak Harga Saham Li-Ning Dah Naik 135% Untuk Tahun Ini?

Penggemar sukan badminton mesti cukup kenal dengan jenama Li Ning kan? Tapi korang tahu tak saham Li Ning dah naik sebanyak 135% dalam tahun 2019? Ok dalam posting kali ni Stallion nak korang tahu tentang saham Li Ning yang terletak di Hong Kong Stock Exchange. Saham ni mula didagangkan pada tahun 2004 dengan harga HKD$2.15 se-unit.

Berkat hasil pejuangan yang mantap dari skuad badminton China dan sokongan tak putus-putus korang semua membeli racket dan kasut badminton jenama Li Ning telah membawa saham Li Ning ke HKD19 se-unit atau bersamaan dengan Rm10 se-unit hari ini. Dalam masa 5 tahun, Li Ning telah memberi keuntungan sebanyak 450% kepada pelabur.

Saham Li Ning mempunyai saiz keseluruhan sebanyak HKD44 billion atau bersamaan dengan Rm23 billion. Kalau kat Bursa Malaysia, memang lepas la untuk jadi 30 syarikat terbesar dalam list KLCI. Kalau korang tengok chart Li Ning dari tahun 2004 sampai sekarang, memang macam roller coaster sebab dia pernah cecah ke paras all-time high sebanyak dua kali.

Kalau korang seorang pemain badminton, memang senang untuk korang nilai saham Li Ning sebab harga saham Li Ning berkait dapat dengan kualiti produk yang ditampilkan dan sambutan pengguna terhadap Li Ning. Semenjak Li Ning meningkat maju, saham Yonex yang didagangkan di Tokyo Stock Exchange telah jatuh merudum.

Saham Li Ning ni bukan calang-calang sebab pemegang saham terbesar adalah orang yang sama memegang saham terhebat dunia seperti Adidas, Nike, Apple dan juga Amazon. Blackrock, Shroders, Vanguard semua ada melabur dalam saham Li Ning. Geng jerung-jerung ni sudah pasti tersenyum lebar melihat prestasi semasa saham Li Ning yang meletop-letop.

Kalau lah korang membeli saham Li Ning pada awal tahun 2019 dengan harga HKD8.20 se-unit atau Rm4.35 se-unit sebanyak 1000 unit dengan membayar Rm4350. Nilai duit yang korang laburkan sekarang telah menjadi Rm10,180 atau dari segi ROI adalah 130% dalam masa 7 bulan. Jangan marah ye, hanya sekadar contoh kiraan dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa ye.

Ini lah salah satu kelebihan meneroka pasaran global. Tak payah pening-pening utk cari saham apa korang nak beli, focus je kepada saham yang korang kenal dan tahu tentang produk mereka. Kalau pening juga, cuba cari dalam almari, toilet dan barang yang korang tengah pakai. Lepas dah jumpa baru kita buat kajian paras mana nak beli. Benda mudah kita mudahkan.

Sumber: Stallion Brothers

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters