
Di Sebalik Kenaikan Saham Bursa Indonesia: Eksport Arang Batu dan Ledakan AI

Bayangkan sebuah lombong arang batu di Kalimantan, Indonesia.
Pagi masih gelap, mesin sudah mula beroperasi. Tanah digali, batu hitam diangkut ke lori, kemudian ke pelabuhan dan akhirnya belayar merentasi lautan.
Di seberang sana, batu-batu hitam itu akan tiba di China, India, Jepun dan Korea Selatan.
Bukan untuk disimpan tetapi untuk dibakar, menyalakan turbin dan menjana elektrik.
Data terkini menunjukkan bahawa Indonesia berada di tangga teratas sebagai pengeksport arang batu terbesar dunia. Baca lagi Indonesia Leads Global Thermal Coal Trade as Exports Hit Record Highs in 2024.
Sebahagian besar hasilnya dihantar ke negara yang sangat bergantung pada arang batu untuk menjana elektrik terutamanya:
- China
- India
- Jepun
- Korea Selatan
- negara Asia Tenggara lain
Pada masa yang sama, kita sedang memasuki era ledakan kecerdasan buatan (AI). Dari pusat data (data center), cloud computing, hinggalah teknologi seperti ChatGPT dan automasi semuanya memerlukan tenaga elektrik yang sangat besar.
Lebih banyak teknologi berasaskan AI dibangunkan → lebih banyak pusat data dibina → permintaan tenaga meningkat.
AI mungkin nampak macam teknologi digital yang “tak nampak oleh mata kasar”. Tapi hakikatnya, di belakang tabir, ia memerlukan ribuan komputer berkuasa tinggi yang beroperasi 24 jam dan setiap satunya memerlukan tenaga yang stabil. Di negara yang masih bergantung pada arang batu, ini bermaksud permintaan arang batu kekal tinggi dan inilah sebab kenapa banyak saham tenaga Indonesia terus menjadi perhatian pelabur.
Menurut laporan statistik perdagangan dan S&P Global Commodities, eksport arang batu Indonesia ke China pada tahun 2023 adalah sekitar 215.7 juta tan metrik. Ini menjadikan China sebagai penerima tunggal terbesar arang batu Indonesia dalam tahun tersebut.
Banyak syarikat yang terlibat dalam komoditi terutamanya arang batu dan tenaga telah mencatat kenaikan harga saham yang sangat besar.
Berikut antara saham tenaga yang menonjol dan tersenarai di Bursa Indonesia (IDX), bersama prestasi terkini mereka:
1️⃣ PT Energi Mega Persada Tbk (ENRG)
Syarikat tenaga ini menunjukkan prestasi kukuh sepanjang setahun kebelakangan dengan lonjakan lebih 600% dalam tahun 2025. Kenaikan jangka pendek (1–6 bulan) juga masih positif, menandakan minat pelabur kekal tinggi. Sehingga artikel ini ditulis, saham ini dikategorikan sebagai saham patuh syariah.
Fakta menarik:
Pendapatan meningkat: USD495 juta (2024) → USD550 juta (2025)
Keuntungan operasi melonjak: USD120 juta → USD167 juta
Risiko:
Harga sudah naik tinggi
2️⃣ PT Darma Henwa Tbk (DEWA)
Saham syarikat perkhidmatan perlombongan ini melonjak hampir 588% dalam setahun. Dalam tempoh 3–6 bulan, prestasinya juga terus menunjukkan kekuatan. Sehingga artikel ini ditulis, saham ini dikategorikan sebagai saham patuh syariah.
Fakta menarik:
Pendapatan meningkat: USD402 juta (2024) → USD415 juta (2025)
Keuntungan operasi melonjak: USD9.7 juta → USD28.3 juta
Ini menunjukkan syarikat semakin efisien, dan jika aktiviti perlombongan kekal rancak, keuntungan tahun 2026 berpotensi akan terus meningkat.
Risiko:
Keuntungan sangat bergantung pada harga komoditi global.
3️⃣ PT Bumi Resources Tbk (BUMI)
Nama besar dalam industri arang batu. Walaupun harganya murah secara nominal, prestasinya tahun ini masih positif dengan lonjakan besar dalam tempoh jangka sederhana. Sahamnya melonjak 250% dalam tempoh setahun. Sehingga artikel ini ditulis, saham ini dikategorikan sebagai saham patuh syariah.
Fakta menarik:
Pendapatan meningkat: USD1.44 bilion (2024) → USD1.59 bilion (2025)
Keuntungan operasi melonjak: USD64.5 juta → USD129.9 juta
Dengan kedudukan sebagai pemain arang batu terbesar Indonesia, BUMI memasuki 2026 dengan potensi keuntungan yang lebih stabil sekiranya permintaan tenaga kekal kukuh.
Dari jauh, cerita arang batu kelihatan sederhana. Ia digali dari tanah, dihantar ke pelabuhan, kemudian digunakan untuk menjana elektrik. Tetapi apabila dilihat pada skala global, eksport ke China, India, Jepun, Korea Selatan dan negara Asia lain menjadikannya nadi penting dalam ekonomi moden.
Dalam era kecerdasan buatan, tenaga bukan lagi sekadar keperluan asas. Tenaga menjadi pemangkin persaingan. Semakin banyak pusat data dibina, semakin besar permintaan elektrik, dan secara tidak langsung syarikat tenaga Indonesia di IDX menerima manfaatnya.
Namun, sebagai pelabur kita perlu ingat:
- harga komoditi boleh naik dan turun
- polisi kerajaan dan ESG semakin ketat
- keuntungan syarikat boleh berubah mengikut kitaran ekonomi
Kesimpulannya, saham tenaga Indonesia bukan sekadar cerita tentang harga saham yang sedang naik. Ia adalah cerita tentang rantaian panjang yang bermula di lombong Kalimantan dan berakhir di pusat data yang menggerakkan teknologi AI seluruh dunia. Sektor ini berpotensi menjadi peluang yang menarik untuk diperhatikan pada tahun-tahun akan datang.
CGS International (CGSI) adalah broker yang menyediakan akses kepada pelbagai pasaran saham global termasuk Indonesia Stock Exchange (IDX). Melalui platform CGS iTrade, pelabur dari Malaysia boleh:
- Membuka akaun dagangan saham global dan pilih “Cross Border” supaya akses kepada pasaran luar negara termasuk IDX diaktifkan.
- Membeli dan menjual saham Indonesia secara langsung melalui platform itu tanpa perlu buka akaun broker di Indonesia sendiri.
- Untuk pelanggan sedia ada, fungsi “Cross Border” boleh diaktifkan melalui dealer atau remisier.
Berminat nak buka akaun CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.
Rujuk tutorial mudah ini > Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Ini
Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.









