7 Platform Yang Ada Untuk Kita Melabur Emas

Tatkala harga emas mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah baru-baru ini, kesedaran orang ramai tentang pelaburan emas semakin meningkat.

Emas ni ada masa harganya naik, ada masa dia turun, kemudian dia naik lagi. Sebab itu emas tidak sesuai untuk dijadikan simpanan jangka pendek tetapi amat sesuai untuk simpanan jangka masa panjang. Realitinya, ramai simpan emas bukan sebab pelindung nilai semata-mata. Di hujung hari, kita semua tetap harap satu benda: nilai dia naik dan kita dapat untung!

Perlu ingat, dalam Islam wujud beberapa peraturan dan syarat yang harus kita patuhi bagi memenuhi syarat-syarat jual beli emas. Baca lagi di Pelaburan Emas Dalam Islam.

Dalam pelaburan emas, bukan setakat “harga naik atau turun” saja yang penting.
Kita kena faham juga perkara seperti:
✅ spread
✅ kos simpanan / penghantaran
✅ caj / kos jual balik
✅ had transaksi
✅ dan yang paling penting patuh Syariah atau tidak

“Platform emas mana yang TERBAIK?”

Ada yang nampak murah… tapi spread tinggi.
Ada yang senang beli… tapi ada pelbagai syarat dan kos masa nak jual.

Jawapannya: tak ada satu platform yang perfect untuk semua orang.

Sekarang jom kita tengok beberapa platform yang ada untuk kita pilih sebelum nak melabur emas.

1. Kedai Emas Fizikal

Emas fizikal yang dibeli di kedai emas sama ada dalam bentuk barang kemas, jongkong kecil atau syiling masih menjadi pilihan ramai kerana ia boleh dipegang dan disimpan sendiri. Pembelian biasanya mudah, boleh pilih reka bentuk atau berat yang sesuai dan ada kedai yang menawarkan program trade-in.

Harga emas di kedai biasa memang selalunya lambat naik dan lambat turun berbanding harga spot antarabangsa.

Sebabnya, kedai runcit guna senarai harga harian (atau beberapa kali seminggu). Mereka ambil kira kos stok lama, premium pembuatan, dan nak elak rugi bila harga tiba-tiba terjun atau melambung.

Namun, emas dari kedai lazimnya mempunyai spread yang lebih tinggi kerana melibatkan upah tukang, kos operasi dan margin kedai. Ini bermakna ia mengambil masa lebih lama untuk “breakeven”, terutamanya jika tujuan utama adalah untuk jual semula pada masa hadapan.

2. Bursa Gold Dinar (BGD)

4.25g emas 999.9, boleh ditebus dengan cara mudah melalui aplikasi Bursa Gold Dinar. – Foto Bursa Malaysia

4.25g emas 999.9, boleh ditebus dengan mudah melalui aplikasi Bursa Gold Dinar. – Foto Bursa Malaysia

Bursa Gold Dinar menggabungkan kemudahan digital dengan pilihan menebus emas fizikal. Pembelian dibuat secara dalam talian, tetapi apabila jumlah mencukupi, ia boleh ditebus menjadi dinar emas sebenar. Produk ini patuh Syariah dan sesuai untuk penyimpan jangka panjang yang lebih selesa apabila tahu emas boleh dipegang.

Kelebihan BGD

  • Seperti platform lain, tetap wujud spread, jadi ia lebih sesuai untuk simpanan, bukan keluar masuk dengan kerap. Cuma untuk BGD, spread yang dikenakan nampak lebih kompetitif (lebih rendah) berbanding kebanyakan platform yang lain (~2-3%)
  • Tetapi jika anda tetap mahu aktif membeli dan menjual, anda boleh gunakan fungsi alert yang disediakan untuk memantau harga dan buat keputusan pada timing yang lebih baik.
  • Salah satu kelebihan utama BGD ialah ada fungsi Exchange iaitu sebuah marketplace di mana pemegang akaun BGD boleh buat beli dan jual sesama pengguna (buyer vs seller).

Pelaburan emas melalui Bursa Gold Dinar ini boleh dilakukan serendah RM10. Tiada had jumlah belian tetapi hanya tertakluk kepada baki tunai & pegangan emas dalam akaun BGD.

Fuh, selagi kau ada duit, try la beli dinar Bursa tu!

Kos dan yuran:

  • Caj transaksi dan perkhidmatan (yuran beli/jual ~0.20%) Contohnya nak beli emas bernilai RM200 maka ada kos tambahan RM0.40.
  • Kos top-up wallet/withdrawal, yuran penyimpanan buat masa ini BGD waived sehingga dimaklumkan kelak

Untuk menebus emas tersebut, anda perlu membeli sekurang-kurangnya 4.25 gram emas melalui platform tersebut. Setelah pelaburan anda cukup 4.25 gram barulah anda boleh menebusnya.

Kos tambahan semasa menebus syiling emas fizikal (dinar):

  • Penghantaran/courier: RM10 satu kotak (hingga 100g)
  • Minting: RM73.40 setiap syiling
  • Takaful/insurans penghantaran: RM13 setiap syiling

Nota: Untuk maklumat yang lengkap dan terkini tentang semua yuran serta caj yang mungkin dikenakan, sila rujuk jadual rasmi di laman Bursa Gold Dinar.

Nak mula menyimpan emas di Bursa Gold Dinar (BGD)?
Guna referral code
[ KHAIR899115 ]
Anda akan dapat 0.02g emas bila buat pembelian pertama RM100 dan yang kami juga dapat 0.01g emas. Win-win, start simpan emas terus dapat bonus. Terima kasih!

Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/bursa-gold-dinar/
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bursamalaysia.BGD

Baca juga [Tutorial] Cara Melabur Emas Secara Online Di Bursa Gold Dinar

3. Versa Gold

Versa Gold menawarkan pengalaman emas digital sepenuhnya. Pelabur boleh mula dengan modal kecil, menambah simpanan secara berperingkat, dan menjual semula dengan mudah melalui aplikasi. Emas yang dibeli disandarkan oleh emas sebenar yang disimpan oleh pihak penjaga bertauliah.

Tidak seperti akaun pelaburan emas tradisional, Versa Gold tidak menawarkan penebusan emas fizikal. Pelabur hanya mendapat pendedahan kepada harga emas secara digital, tanpa memegang emas di tangan.

Kosnya biasanya lebih rendah berbanding emas fizikal, walaupun masih wujud caj pengurusan dan perbezaan harga beli–jual. Ia sesuai bagi mereka yang mahukan kemudahan dan ingin membina simpanan emas secara konsisten.

  • Patuh Syariah
  • 0.30% yuran pengurusan setahun
  • 0.03% yuran pemegang amanah setahun
  • Minimum pelaburan sekitar RM100

Khairy Jamaluddin (KJ) juga dilantik sebagai duta untuk Versa. Beliau bukan sekadar figura promosi biasa, tetapi turut terlibat dalam usaha memperkenalkan ciri-ciri baharu dan mempromosikan tabiat kewangan yang sihat melalui platform itu.

Jangan risau, Versa adalah syarikat teknologi kewangan tempatan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.

Suka fleksibiliti dan kos rendah → emas digital mungkin praktikal.

Versa kini juga menawarkan Versa Gold – pilihan simpanan emas digital yang patuh Syariah.
Tiada spread (beza harga beli & jual) kerana emas tersebut tidak boleh ditebus dalam bentuk fizikal. Nilai simpanan hanya dipegang secara digital, tetapi masih disandarkan kepada harga emas.

Versa Asia Sdn. Bhd. (201901041105) dilesenkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melalui kerjasama dengan pengurus dana berlesen. Ini bermaksud operasi dan pematuhan mereka tertakluk kepada rangka kerja kawal selia yang ditetapkan.

Cara mendaftar akaun sangat mudah, hanya muat turun aplikasi Versa:

App Store: https://apps.apple.com/my/app/versa-asia
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=asia.versa.cms

Jangan lupa masukkan kod AYJRPR4V untuk terima RM10 percuma! Bila dah deposit pertama kali bernilai RM100, nanti dapat RM10 dalam bentuk unit secara percuma. Kod di atas adalah pautan rujukan (referral). MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan kod tersebut. Terima kasih!

4. GOLDETF (TradePlus Shariah Gold Tracker)

Mesti tak ramai pernah dengar tentang platform ini. GOLDETF ialah ETF patuh Syariah yang memberi pendedahan kepada harga emas fizikal yang disimpan di peti besi selamat di luar negara.

ETF merupakan singkatan bagi Exchange Traded Funds. Dalam Bahasa Melayu bermaksud Dana Dagangan Bursa.

Ia diniagakan di Bursa Malaysia (kod: 0828EA), jadi boleh beli/jual melalui akaun CDS seperti saham lain. Belum ada akaun CDS? Baca Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB).

Produk ini patuh Syariah. GOLDETF tidak ada spread macam kedai emas. Yang ada cuma kos pengurusan kecil setiap tahun dan caj broker bila beli/jual. Ramai orang anggap ia pilihan yang praktikal kalau nak melabur emas tanpa pening kepala fikir soal simpanan emas fizikal dan spread.

Ramai tak sedar, bila beli emas fizikal, sebenarnya kita dah “rugi” dari hari pertama sebab spread. ETF pula hampir tiada spread dan lebih dekat dengan harga sebenar emas. Apa yang ada hanyalah caj broker kecil semasa transaksi dan yuran pengurusan tahunan yang rendah.

Baca juga Boleh Beli Jual (Trade) Emas Macam Saham?

5. Wahed Invest Portfolio Emas

Ramai sebenarnya yang dah install aplikasi Wahed Invest, di mana hanya dengan 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100. Ianya menawarkan rakyat Malaysia cara yang lebih bijak untuk melabur dengan menyediakan akses kepada pelbagai portfolio patuh Syariah.

Boleh baca lebih lanjut mengenainya di Kini Anda Boleh Memilih Portfolio Emas Di Wahed Invest, Pelaburan ‘Safe Haven’ Apabila Pasaran Tak Menentu.

6. Akaun Pelaburan Emas Bank

Beberapa bank tempatan seperti Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i), Bank Islam Gold Account (BIGA-i), MBSB PrimeGold-i, BSN MyGold Account-i, Akaun AFFIN Emas-i dan Muamalat Gold-i (MG-i) menawarkan akaun pelaburan emas, termasuk pilihan patuh Syariah. Melalui akaun ini, pelanggan membeli dan menjual emas berdasarkan harga harian tanpa perlu menyimpan sendiri emas fizikal.

Setiap bank mempunyai syarat minimum, caj dan ciri yang berbeza, jadi penting untuk membandingkan sebelum memilih. Ada orang, buka akaun dengan bank memberikan rasa selamat kerana berurusan dalam ekosistem yang sudah dikenali.

Berapa Maksimum Boleh Beli Emas Dalam Sehari?

Setiap platform emas daripada bank-bank ini ada had transaksi harian.

MIGA-i

  • Maksimum 3,000g / transaksi
  • Maksimum 10,000g / hari (terkumpul)

BIGA-i

  • Maksimum 3,000g / transaksi
  • Maksimum 10,000g / hari (terkumpul)

MBSB PrimeGold-i

  • Maksimum RM24,999.99 / hari
  • Tertakluk kepada stok emas bank

BSN MyGold

  • Tidak dinyatakan

Muamalat Gold-i

  • Maksimum 5 pembelian / hari

Baca juga Perbandingan Simpan Emas dalam MIGA-i dan Public Gold

7. Platform Emas Swasta Lain (Bukan Bank)

Selain pilihan di atas, terdapat penyedia emas persendirian yang dipercayai seperti Public Gold, GB Gold, KAB Gold, di samping beberapa platform lain yang menawarkan akaun simpanan emas, pembelian berperingkat, serta pilihan menebus emas fizikal.

Namun, mereka tidak berada di bawah kawal selia yang sama seperti bank atau produk pasaran modal, jadi perlindungan kepada pengguna mungkin berbeza. Maksudnya mereka tidak di bawah pengawasan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia/Bank Negara Malaysia kecuali jika mereka menguruskan skim pelaburan atau dana yang menjanjikan pulangan kepada pelabur.

Jadi sebelum memilih, pastikan anda menyemak reputasi syarikat, kadar spread, terma simpanan, stok, jaminan beli balik (buyback), keselamatan emas dan status pematuhan Syariah. Ringkasnya, buat semakan sendiri dan pilih dengan berhati-hati.

Kaji Betul-Betul Sebelum Melabur

Kesimpulannya, setiap platform yang dibincangkan mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri. Apa yang lebih penting ialah memahami bagaimana ia berfungsi, kos yang terlibat, serta risiko yang datang bersama. Jika anda berminat untuk menggunakan mana-mana platform, sebaiknya dapatkan pandangan daripada pihak yang bertauliah atau luangkan masa untuk membaca dokumen, terma dan fakta produk dengan teliti.

Pelabur yang bijak adalah pelabur yang memilih pelaburan yang sesuai dengan toleransi risiko dan objektif masing-masing. Bila kita terlalu lama sibuk membandingkan yang mana lebih “bagus”, kadang-kadang peluang yang ada pun berlalu begitu saja.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah pelaburan emas dijamin untung?
Tidak. Harga emas boleh naik dan turun mengikut pasaran global.

2. Adakah semua platform pelaburan emas di Malaysia selamat?
Tidak semestinya. Pelabur perlu menilai operasi, ketelusan dan reputasi penyedia platform. Sejarah menunjukkan terdapat kes di mana pelabur mengalami kerugian besar akibat menyertai skim pelaburan emas yang tidak telus. Antara kes yang pernah mendapat perhatian awam termasuk skim seperti Geneva Gold dan Tok Berlagak, yang akhirnya menjejaskan ramai pelabur.

3. Pelaburan emas sesuai untuk tempoh berapa lama?
Emas lazimnya sesuai untuk jangka sederhana hingga panjang, bergantung kepada objektif pelabur.

Baca juga Emas Fizikal vs Emas Digital – Mana Lebih Murah dan Sesuai?

Sebahagian pelabur melihat emas sebagai simpanan, manakala sebahagian lagi melihat syarikat yang mengeluarkan dan menjual emas sebagai potensi pulangan jangka panjang. Harga emas naik sedikit, keuntungan mereka kadang-kadang bergerak lebih besar bergantung kepada kos dan kecekapan operasi. Kalau topik ini rasa menarik, mungkin berbaloi kenal dulu saham-saham kedai emas dan saham perlombongan emas.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Momentum Kenaikan Pasaran Diteruskan

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO melanjutkan kenaikannya buat kali kedua dengan mengekalkan lantunannya daripada paras sokongan MYR4,400 untuk ditutup pada harga lebih tinggi sebanyak MYR4,495. Komoditi ini memulakan sesi dagangan pada harga MYR4,491, kemudian ia mereda ke paras terendah intrahari pada MYR4,444 buat seketika, sebelum berterusan menaik ke arah paras tertinggi sesi pada MYR4,517 dan ditutup dengan corak lilin menaik. Pergerakan harga yang kukuh yang dilihat menerusi pergerakan positif kedua ini mengesahkan bahawa sentimen kenaikan sedang menguasai pasaran dengan teguhnya.

Paras rintangan terdekat sekarang ditambat pada MYR4,800, sekali gus memberi ruang untuk pergerakan menaik sekarang diteruskan. Komoditi ini kini didagangkan di atas kedua-dua garisan SMA 50 dan 200 hari, yang menandakan keadaan teknikal menaik masih berlangsung. Walau bagaimanapun, sekiranya kegiatan pengambilan untung berlaku, FCPO mungkin melantun daripada paras sokongan pertama MYR4,400, seiring dengan paras henti rugi kami. Melihat pada struktur kenaikan yang bertahan, kami tetap berpegang pada bias dagangan positif.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama sekarang berada pada MYR4,400, diikuti oleh paras MYR4,250. Paras rintangan terdekat sekarang pula adalah pada MYR4,800, disusuli oleh paras seterusnya iaitu pada MYR4,925.