McDonalds’s Tidak Bercadang Naikkan Harga Dalam Masa Terdekat

SUBANG, 12 Okt (Bernama) — McDonald’s Malaysia tidak bercadang untuk menaikkan harganya dalam masa terdekat meskipun berdepan peningkatan kos bahan mentah dan cabaran inflasi. 

Bagaimanapun, syarikat itu akan terus mengkaji semula struktur kosnya berdasarkan situasi ekonomi semasa dan permintaan terhadap makanan segera, kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasarannya, Melati Abdul Hai. 

“Perniagaan menerima impak kerana dolar AS telah meningkat, jadi kosnya lebih tinggi untuk kami, tetapi kami akan berusaha menanganinya. Namun begitu, kami tidak mempunyai rancangan (untuk menaikkan harga) buat masa ini.

“Bagi tahun depan, kami masih menyusun rancangan kami, jadi sukar untuk dikatakan,” katanya kepada Bernama selepas program media ‘Taste the Change With McDonald’s Iconic Burgers’ di sini, hari ini.

Melati berkata harga sajian McDonald’s telah meningkat tetapi pada tahap yang sangat minimum iaitu satu peratus atau lebih rendah kerana syarikat mengutamakan sentimen pengguna.

“Penting bagi kami untuk menawarkan nilai yang baik kepada pelanggan kami. Apabila mereka datang ke McDonald’s, mereka akan mendapat makanan yang sangat lazat yang disediakan secara bersih pada harga berpatutan,” katanya.

Menurutnya, McDonald’s Malaysia kini sedang melaksanakan pelan perniagaan lima tahun, Visi 2026, yang termasuk pembukaan 205 cawangan baharu menjelang 2026.

Ketika ini, syarikat itu memiliki lebih daripada 330 restoran dan menggaji lebih daripada 15,000 pekerja di seluruh negara.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/mcdonaldss-tidak-bercadang-naikkan-harga-dalam-masa-terdekat/

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.