50 Sebab Mesti Datang ke Seminar Berani Melabur

Tak puas hati dengan pulangan yang diberikan oleh institusi-institusi besar tahun 2019 yang lalu?

Persoalannya adalah, “Berani tak untuk belajar ilmu yang boleh mendatangkan pulangan yang lebih tinggi?”

Orang kata dalam pelaburan kita perlukan modal, tapi modal yang paling power adalah ilmu.

Kita biasa dengar, “High risk, high return”. Tapi adakah kita berani untuk ‘rugi’ sedikit, demi keuntungan yang lebih besar pada masa hadapan?

Cakap banyak tak guna. ‘Membawang’ banyak-banyak pun tak guna.

Tahun 2020 adalah tahun kita semua kena bangkit. Dah tiba masanya kita yang menentukan banyak mana keuntungan yang kita nak.

Tak perlu lagi bergantung kepada orang lain untuk laburkan duit kita. Kita punya duit, kita labur sendiri.

Dan mulakan tahun ini dengan menceburi ilmu pelaburan saham dengan datang ke Seminar Berani Melabur! 2020. Sesuai sangat untuk korang yang beginner.

Dan inilah sebabnya korang kena datang:

1. Belajar Live Dari Mentor Yang Diiktiraf

Siapa yang tak kenal dengan Tuan Haji Mohd Asri Ahmad? Beliau memang tidak asing lagi dalam dunia pelaburan saham tanah air.

Tuan Haji Mohd Asri merupakan pemenang Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Analisa Pelaburan UiTM oleh Bursa Malaysia pada 1997. Kemudian melanjutkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UiTM, Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Putra Malaysia dan juga merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA), Certified Financial Technician (CFTe), USA.

Beliau telah diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMKTPLC (sebahagian daripada Bursa Malaysia) dan telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018. Beliau turut dinobatkan sebagai salah seorang penerima anugerah The 100 Most Influencial Young Entrepreneurs 2019. Terkini akademi latihan beliau telah diiktiraf sebagai Premium Top 10 Investment Training Academy 2019 dan Shariah Investment Training Excellence 2019 dari SME & Entrepreneurship Business Awards 2019.

Tuan Haji Mohd Asri turut menjadi pilihan media utama dalam memberi komen-komen tentang pasaran saham seperti TV3, TV1, TV9, Astro Awani, TV Al Hijrah, Bernama, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia. Selain itu, beliau turut terlibat dalam sebuah travelog ‘Berani Bangkit’ yang bersiaran di Astro Oasis.

Berdasarkan pengalaman beliau yang lebih dari 23 tahun dalam dunia pelaburan saham, menjadikan beliau salah seorang speaker utama dalam pelbagai program anjuran badan berautoriti seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia.

2. Dua Hari Yang Sarat Dengan Maklumat

Sepanjang dua hari Berani Melabur! 2020 ni, banyak ilmu yang akan dikongsikan. Pelbagai topik menarik akan dibincangkan, semuanya pasti akan memberi manfaat yang besar kepada kita yang hadir.

Di antaranya, kita ada:

  • Minda Seorang Pelabur Berjaya
  • Teknik & Strategi Pelaburan Terbaik
  • Bagaimana Teknologi Membantu Membuat Keputusan Dalam Pelaburan Saham
  • Instrumen Pelaburan Yang Perlu Dijauhi Umat Islam
  • Lelaki & Wanita Seksi Ada Pelaburan Sendiri
  • Bagaimana Memilih ‘Winning Stock’

Wow, bukan semata-mata pasal saham saja. Kita ada sesi berkenaan mindset, teknik dan strategi, teknologi terkini, halal haram dalam pelaburan dan banyak lagi.

Biasanya topik yang orang tunggu adalah bagaimana memilih saham syarikat yang baik di Bursa Malaysia sama ada untuk pelaburan long term atau short term.

3. Dibarisi Speaker-Speaker Yang Terkenal

Topik dah menarik, speaker yang akan menyampaikan juga adalah mereka yang terkenal dan berwibawa. Katanya kita ada:

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan bagi Amanie Advisors, sebuah firma penasihat Syariah terkemuka di dunia. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan banyak lagi.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Seorang tokoh perbankan Islam dan pendakwah, beliau sering dirujuk untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai bidang muamalat di Malaysia.

Dr. Azizul Azli Ahmad

Kalau anda dalam bidang hartanah, pastinya kenal dengan Dr. Azizul ni. Beliau merupakan seorang pensyarah, penulis buku, dan speaker dalam topik kewangan dan pelaburan. Gaya beliau yang menyampaikan ilmu dalam bentuk santai dan mudah untuk difahami, patutlah beliau ada lebih daripada 200,000 follower di Facebook.

Jazli Izzuddin Jamaludin

Anak didik Tuan Haji Mohd Asri, Tuan Jazli atau lebih mesra dengan panggilan Jaz kini menurut jejak langkah mentor beliau dengan mendalami ilmu berkenaan pelaburan saham dengan menjadi seorang Certified Chartist. Dulu beliau seorang jututera, kini Jaz adalah salah seorang coach Asri Ahmad Academy dan seorang pedagang saham sepenuh masa.

4. Sesi Workshop Hands On dan Live Trade

Yang paling bestnya, hari kedua Berani Melabur! 2020 ni akan ada sesi Workshop dan Live Trade. Kalau hari pertama kita dah belajar teori, kini kita dapat tengok depan mata apa yang dibuat oleh mereka setiap hari bila pasaran saham dibuka.

Sebab itulah tiada istilah Monday Blues bagi mereka yang terlibat dalam pelaburan saham ni. Kalau boleh, hari Sabtu dan Ahad pun nak ‘kerja’.

Kita akan tengok sendiri depan mata bagaimana skrin akan berkelip-kelip, kejap kuning, kejap hijau, kejap merah. Dan bagaimana cara untuk buat duit dan meraih keuntungan, semuanya secara langsung.

Ambil tahu tools yang digunakan, teknik yang dipakai dan langkah-langkah yang dilakukan untuk menjana profit. Orang kata kalau kita nak berjaya, kena follow orang yang dah berjaya. Apa lagi, ikut sajalah apa yang mereka buat.

Bukan Bursa Malaysia saja, kita akan tengok pasaran global dan juga FPCO (Pasaran Hadapan Minyak Mentah Kelapa Sawit). Yang penting, semuanya sah dan patuh Syariah.

5. Boleh Buka Akaun CDS Percuma

Untuk jual beli saham dekat Bursa Malaysia, korang perlu buka satu akaun CDS (central depository system) terlebih dahulu. Hanya selepas buka akaun ini barulah boleh membeli dan menjual lebih 696 saham syarikat patuh syariah yang tersenarai dekat Bursa Malaysia.

Jadi kalau korang datang seminar ni, boleh buka akaun CDS ni secara percuma! Tak perlu susah payah nak kena pergi ke Bank Pelaburan / Syarikat Broker.

(Asalnya memang nak bagi 50 sebab tapi rasanya kami beri 5 dulu ya, jangan marah! )

Tahun Baru, Buatlah Pembaharuan

Nak belajar kembangkan duit untuk

1) Bagi lebih banyak zakat?
2) Topup duit pencen?
3) Kerja tanpa punch card?
4) Beli rumah?
5) Tunaikan Haji?

Sempena tahun baru 2020 ni, ayuh kita bangkit bersama-sama. Tanamkan azam untuk menambah ilmu kewangan dan pelaburan, dan jom beramai-ramai kita ke Berani Melabur! 2020. Ini adalah program EKSKLUSIF yang DIIKTIRAF oleh Bursa Malaysia-i dengan kerjasama RHB Investment Bank.

Lagi cepat kita belajar, Insya-Allah lagi cepat kita dapat merasai peluang gandakan wang secara sah dan patuh syariah.

Giliran korang pula selepas ini.

Tak pasti tiket masih ada atau tidak. Cepat daftar sekarang >>> Klik Berani Melabur! 2020

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.