Sektor Teknologi Terus Berkembang Pesat Dan Menambah Kekayaan CEO Syarikat Ketika Pandemik Covid-19

Secara mudahnya, keadaan ekonomi dunia pada masa kini terjejas teruk akibat banyak sektor perniagaan terpaksa menutup operasi perniagaan mereka. Ada juga sebahagian syarikat yang terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu untuk bertahan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Ramai jutawan dan bilionaire juga terjejas. Walaubagaimanapun, bukan semua bilionaire yang terjejas teruk, lagi-lagi mereka yang di dalam sektor teknologi.

Kebanyakan CEO syarikat teknologi di Amerika Syarikat berjaya menambah nilai kekayaan mereka dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini bermula pertengahan bulan Mac yang lalu apabila kerajaan Amerika Syarikat melaksanakan perintah berkurung.

Menurut laporan dari Americans for Tax Fairness, kekayaan yang diperolehi oleh kebanyakan billionaire yang mempunyai syarikat teknologi telah meningkat sebanyak 15% dari $2.948 trilion kepada $3.382 trilion.

Siapakah mereka ini?

1. Elon Musk (Tesla)

Elon Musk mendahului senarai apabila beliau berjaya menambah jumlah kekayaan sebanyak 48%, hampir dua kali ganda yang menjadikan dirinya bernilai sebanyak $36 bilion.

Saham Tesla yang naik sebanyak dua kali ganda berbanding dua bulan lepas disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah syarikat Tesla berjaya membuat keuntungan pada tiga suku tahun berturut-turut sebelum itu.

Selain daripada itu, model Y yang baru dilancarkan turut meningkatkan kepercayaan pelabur walaupun di musim pandemik ini.

2. Mark Zuckerberg (Facebook)

Mark Zuckerberg telah berjaya menambah nilai kekayaan untuk dirinya sebanyak 46% dalam tempoh dua bulan. Beliau kini berada di tempat ke-4 dalam senarai bilionaire dunia yang menyaksikan kekayaannya meningkat kepada $80 bilion.

Di antara faktor mengapa saham Facebook meningkat dalam tempoh dua bulan ini adalah disebabkan oleh kebanyakan pengguna yang menggunakan media sosial tersebut dengan mendadak sejak pandemik dan lockdown dilaksanakan di Amerika Syarikat.

Keuntungan yang diperolehi syarikat tersebut juga bertambah sebanyak $4.9 bilion pada suku pertama tahun ini. Facebook kini mempunyai 3 bilion pengguna aktif yang turut menyaksikan pendapatan daripada iklan di Facebook turut meningkat.

3. Jeff Bezos (Amazon)

Turut tidak ketinggalan adalah lelaki terkaya di dunia buat masa ini, Jeff Bezos. Beliau telahg berjaya menambah nilai kekayaannya sebanyak 31% yang kini meningkat menjadi $147 bilion.

Sama seperti yang berlaku kepada Facebook, dengan penutupan kedai fizikal telah menyebabkan orang ramai mula beralih kepada pembelian di atas talian melalui Amazon.

Syarikat tersebut berjaya mencatatkan jualan sebanyak $74.45 bilion pada suku pertama tahun ini. Ianya sekaligus telah menyebabkan harga saham Amazon meningkat dan menyakinkan para pelabur dengan model perniagaan yang dijalankan syarikat ketika krisis pandemik ini.

Turut mendapat durian runtuh dari kenaikan saham Amazon adalah bekas isteri Jeff Bezos, iaitu MacKenzie Bezos. Kekayaan beliau telah meningkat kepada $48 bilion dengan memiliki 4% saham Amazon selepas perceraiannya dengan Jeff Bezos awal tahun 2019.

Begitulah dahsyatnya penangan pandemik Covid-19 ini. Ada perniagaan yang terjejas teruk sehingga terpaksa menutup syarikat mereka, tetapi ada juga perniagaan yang meningkat naik terutamanya sektor teknologi ini.

Sumber Rujukan: https://www.cnbc.com/2020/05/21/american-billionaires-got-434-billion-richer-during-the-pandemic.html

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Apple Kembali ‘Rampas’ Takhta Syarikat Paling Bernilai Dunia Daripada Nvidia

BENGALURU: Apple mengatasi Nvidia untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia, sekali gus mengubah kedudukan syarikat-syarikat teknologi terbesar apabila pelabur menilai semula prospek kecerdasan buatan (AI).

Apple kini mempunyai nilai pasaran sekitar AS$4.88 trilion selepas harga sahamnya kekal stabil, manakala Nvidia bernilai kira-kira AS$4.86 trilion susulan kejatuhan 3.5 peratus sahamnya.

Perubahan kedudukan itu menunjukkan pelabur kini mula meluaskan tumpuan mereka melangkaui penerima manfaat paling jelas daripada ledakan AI seperti Nvidia, yang telah mendahului senarai syarikat paling bernilai dunia selama hampir setahun.

Apple kembali merampas kedudukan teratas buat kali pertama sejak April tahun lalu.

Ketua Pelaburan BRI Wealth Management, Toni Meadows, berkata Apple sebelum ini dilihat ketinggalan dalam perlumbaan AI kerana tidak berbelanja besar untuk membangunkan model AI, namun sentimen terhadap syarikat itu kini berubah.

“Apple kurang terdedah kepada keperluan perbelanjaan modal yang tinggi dan berada pada kedudukan lebih baik untuk menjana pendapatan daripada AI menerusi perkhidmatan, ekosistem yang kukuh serta peningkatan perkakasan. Penilaian semula ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampanan pendapatan syarikat, bukannya potensi AI yang bersifat spekulatif,” katanya.

Bagi sebuah syarikat yang sering dianggap ketinggalan dalam perlumbaan AI, pencapaian ini mencerminkan usaha Apple untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain utama industri, selain berpotensi mempengaruhi bagaimana tempoh akhir kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tim Cook, akan dinilai.

Cook dijangka menyerahkan jawatan CEO kepada veteran perkakasan Apple, John Ternus, pada September ini.

Bulan lalu, Apple melancarkan versi baharu pembantu maya Siri yang telah lama tertangguh, dengan harapan peningkatan itu dapat merapatkan jurang dengan gergasi teknologi lain serta syarikat pemula dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.

Sesetengah penganalisis berpendapat Apple sebenarnya memiliki ‘lombong emas’ AI menerusi data peribadi yang tersimpan dalam setiap iPhone.

Data itu berpotensi menjadikan jawapan Siri lebih tepat dan pembantu maya itu lebih berkeupayaan.

Namun, cabarannya ialah data itu dilindungi dalam sistem operasi atas faktor privasi, menyebabkan Apple perlu mencari kaedah untuk memanfaatkan nilainya tanpa menjejaskan perlindungan pengguna.

Nvidia menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi nilai pasaran AS$5 trilion pada Oktober lalu, satu pencapaian bersejarah yang meletakkannya jauh di hadapan pesaing.

Bagaimanapun, kehilangan kedudukan teratas kepada Apple tidak semestinya menandakan perubahan kekal dalam kedudukan relatif kedua-dua syarikat.

Nvidia masih merupakan antara penerima manfaat terbesar daripada peningkatan perbelanjaan berkaitan AI, dengan pemproses grafik keluarannya menjadi tulang belakang kepada kebanyakan aplikasi AI generatif.

Nvidia juga berpotensi merampas semula kedudukan teratas sekiranya sentimen pasaran kembali memihak kepadanya.

Pada masa sama, Apple turut berdepan cabaran apabila syarikat itu menaikkan harga produknya bagi mengimbangi peningkatan kos, satu strategi yang boleh menjejaskan permintaan pengguna.

Naib Presiden Penyelidikan Alpha Segal Marco Advisors, Benjamin Hall, berkata beliau tidak melihat perbezaan ketara antara kedua-dua syarikat.

“Saya menjangka Nvidia akan terus menjadi pemain penting dalam apa sahaja perkembangan yang berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, gelombang keyakinan terhadap AI turut merebak ke segmen lain industri semikonduktor.

Antara penerima manfaat terbesar tahun ini ialah pengeluar cip memori seperti Micron, yang melepasi nilai pasaran AS$1 trilion pada Mei selepas pelabur mengiktiraf kepentingan cip memori dalam infrastruktur AI.

Pengeluar cip dari Korea Selatan, SK Hynix, turut disenaraikan di Nasdaq awal bulan ini, sekali gus menambah satu lagi pesaing dalam usaha menarik perhatian pelabur.Hall berkata kemunculan pemain baharu itu dijangka mengalihkan sebahagian tumpuan pelabur daripada kumpulan saham teknologi gergasi Magnificent Seven kepada lebih banyak syarikat lain.

Namun, kenaikan luar biasa saham syarikat cip mula kehilangan momentum pada Julai apabila pelabur menilai semula kemampanan tema pelaburan AI, menyebabkan indeks Philadelphia SE Semiconductor susut hampir 19 peratus daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Walaupun mengalami kejatuhan ketara, prestasi indeks itu setakat tahun ini masih mengatasi prestasi saham Nvidia.

-Reuters