Norma Baharu: Haji dan Aidiladha

Ramai rakyat Malaysia tersenyum lebar sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan pada 7 Jun yang lalu. Arahan yang berkuatkuasa dari 10 Jun hingga 31 Ogos itu memberikan lebih banyak kelonggaran kepada rakyat dari sudut pergerakan dan aktiviti harian.

Hampir semua aktiviti sosial dan perniagaan boleh beroperasi semula secara berperingkat. Aktiviti berkumpul seperti mesyuarat dan bengkel turut dibenarkan. Bagaimanapun, ia perlu mematuhi syarat protokol kesihatan dan mengomptimumkan ruang. Ini adalah selaras dengan norma baharu yang perlu dihadapi oleh seluruh masyarakat.

Di antara kelonggaran yang disambut baik oleh masyarakat adalah kebenaran untuk melakukan aktiviti keagamaan seperti solat Jumaat dan fardu berjemaah. Sambutan perayaan Aidiladha dan pelaksanaan ibadah korban juga dibenarkan. Bagaimanapun, kebenaran itu tertakluk kepada zon dan prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa agama Islam.

Perlukan kewangan tambahan bagi menampung perbelanjaan seharian anda? Klik sini untuk pembiayaan Islamik Cepat dah Mudah dengan Assidq.com.

Malaysia Dan Ibadat Haji 2020

Setelah mendapat pandangan pelbagai pihak, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memutuskan untuk menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 2020 (1441H). Ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Malaysia untuk tidak menghantar jemaah haji negara ke Tanah Suci atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, semua bakal haji yang gilirannya diperuntukkan pada tahun 2020 akan diberi keutamaan untuk menunaikan fardu haji pada tahun 2021. Bagi bakal haji yang gilirannya adalah pada tahun 2021, mereka akan turut diberi peluang tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa

Semua bayaran haji yang telah didebit akan dipulangkan semula mengikut kadar penuh ke dalam akaun TH masing-masing dalam masa terdekat. Jumlah bayaran haji tersebut juga layak menerima agihan keuntungan bagi tahun 2020. Terdapat kira-kira 31,600 jemaah haji Malaysia yang sepatutnya ke Tanah Suci pada tahun ini.

Norma Baharu Dan Impak Kepada Ibadat Haji

Ibadah haji merupakan salah satu amalan ibadah wajib kepada umat Islam yang berkemampuan dan berkeupayaan. Ia perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Ia adalah satu acara perhimpunan keagamaan terbesar di dunia. Dianggarkan bahawa lebih dua juta jemaah haji hadir di Arab Saudi pada setiap tahun.

Ibadah haji pada tahun ini sepatutnya bermula dari 29 Julai sehingga 4 Ogos hadapan. Bagaimanapun Arab Saudi setakat ini masih belum menarik kembali larangan perjalanan antarabangsa yang dikuatkuasakan sejak 20 Mei lalu.

Selain Malaysia, beberapa negara lain turut membuat keputusan untuk menangguhkan penghantaran jemaah haji ke Arab Saudi pada tahun ini. Ini termasuklah India, Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand, dan Brunei.

Sekiranya kerajaan Arab Saudi muktamadkan rancangan penangguhan haji pada tahun ini, ia merupakan kali pertama sejak sejak penubuhan negara tersebut pada tahun 1932. Menurut laporan The Financial Times, mereka dijangka berdepan kerugian mencecah AS$12 bilion (RM51.25 bilion) sekiranya perkara itu terjadi.

Perlukan kewangan tambahan bagi menampung perbelanjaan seharian anda? Klik sini untuk pembiayaan Islamik Cepat dah Mudah dengan Assidq.com.

Penutupan Masjidil Haram Mengikut Sejarah

Norma baharu telah mengejutkan banyak pihak. Ini termasuklah berita dan imej yang tular mengenai penutupan Masjidil Haram di Mekah semenjak Mac lalu.

Bagaimanapun, sekiranya kita menyingkap sejarah, ini bukanlah kali pertama Masjidil Haram ditutup kepada orang awam. Hakikatnya, bermula tahun 865 hingga 1987, kawasan masjid tersebut sudah ditutup sebanyak 40 kali. Di antara punca penutupan termasuklah peperangan, kebakaran, wabak penyakit, dan proses baik pulih.

Pada tahun 1814, wabak taun telah melanda Tanah Suci sehingga mengorbankan lebih jemaah haji. Seterusnya, pada 1831, tiga perempat jemaah haji tahun berkenaan terkorban akibat wabak yang dipercayai datang daripada India.

Penguasa Makkah juga telah menutup Masjidil Haram daripada kehadiran jemaah haji untuk melaksanakan ibadat berkenaan pada 1850, 1865 dan 1883 apabila berlakunya penyebaran wabak penyakit.

Pada 1864, pernah 1,000 orang penziarah telah terkorban dalam sehari kerana wabak penyakit yang sangat berbahaya hingga menyebabkan ibadat haji dikecualikan pada tahun berikutnya.

Norma Baharu Dan Kesan Ekonomi

Mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, hampir 50% daripada penduduk tempatan yang berkerja sendiri telah hilang sumber pendapatan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan pada 18 Mac yang lalu.

Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan termasuk moratorium pembiayaan sedia ada, namun buat ramai, kadar tersebut belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan.

Adakah Pembiayaan Kewangan Masih Relevan Pada Waktu Norma Baharu?

Memohon pembiayaan kewangan yang baru mungkin dapat membantu menstabilkan keadaan kewangan anda. Ia boleh digunakan menjana pendapatan ataupun mengukuhkan situasi ekonomi anda.

Pembiayaan kewangan juga boleh membantu anda membayar kos sara hidup seperti bil letrik, air, sewa rumah, pinjaman sedia ada, dan bil-bil lain sementara anda mendapat pekerjaan baru atau menstabilkan kewangan anda.

Pembiayaan kewangan juga membantu sekiranya anda memerlukan jumlah wang yang besar dengan segera.

Kredit: http://articles.assidq.com/norma-baharu-haji-dan-aidiladha/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.