Sime Darby Menjual Keseluruhan Pegangan Saham Tesco Malaysia Kepada Syarikat Thailand Yang Bernilai RM300 Juta

Sime Darby merupakan salah sebuah syarikat konglomerat yang terbesar di Malaysia telah melepas semua pegangan saham syarikat peruncitan terkenal di Britain, Tesco. Perjanjian ini dimenterai dengan sebuah syarikat konglomerat terbesar di Thailand iaitu Charoen Pokphand Group Co Ltd.

Penjualan itu merupakan strategi yang dilaksanakan oleh Sime Darby untuk mengurangkan pegangan perniagaan yang kurang memberi keuntungan kepada syarikat terbabit.

Perjanjian ini dimeterai sejak tahun lalu di antara dua syarikat konglomerat tersebut.

Asal-Usul Tesco

Tesco merupakan pasaraya yang berasal dari Britain yang diasaskan oleh seorang imigran Yahudi yang berasal dari Poland yang menetap di sana pada tahun 1919.

Jack Cohen yang pada mulanya menjual barangan runcit secara kecil kecilan di bahagian timur Kota  London. Dia yang mendapat idea untuk membuka sebuah kedai secara rasmi adalah pada tahun 1924 apabila mendapat peluang untuk menjual serbuk teh di kawasan tersebut.

England merupakan salah satu negara Eropah yang menggemari teh berbanding dengan kopi. Jack yang mengambil serbuk teh dari Thomas Edward Stockwell yang merupakan saudagar teh dan menamakan syarikatnya itu sebagai TESCO yang mana singkatan kepada nama pembekal teh bersama dengan namanya.

Dia yang bermula sebagai penjual teh di kota London dan kemudian mengembangkan syarikatnya itu dengan membuka pasaraya Tesco yang pertama di Burnt Oak, Edgware, Middlesex, utara London pada tahun 1931.

Selepas hampir dua dekad di dalam pasaran peruncitan, Jack Cohen telah mengapungkan saham syarikatnya ke bursa London Stock Exchange pada tahun 1947 di bawah nama Tesco Stores (Holdings) Limited. Syarikat ini terus berkembang dengan begitu pesat di  pasaran England selepas tamatnya era perang dunia kedua.

Setelah empat dekad menguasai pasaran di England, syarikat ini mula mengintai peluang untuk mengembangkan perniagaan di luar negara. Mereka telah membuka operasi pertamanya pada tahun 1996 dan negara tersebut adalah Republik Czech dengan membeli rangkaian pasaraya Kmart dari Amerika Syarikat dan kemudian menukarnya menjadi rangkaian pasaraya Tesco.

Mereka turut mengembangkan perniagaan mereka di Hungary, Ireland, Malaysia, Poland, Slovakia dan juga Thailand. Negara ini adalah negara yang berjaya mengekalkan perniagaan Tesco di luar Britain.

Selain negara terbabit,Tesco juga membuka perniagaannya di Perancis, Jepun, Korea Selatan, Turki dan juga Amerika Syarikat. Namun, pihak Tesco terpaksa menutup operasi perniagaan mereka disebabkan persaingan yang begitu hebat dari pasaraya yang berada di negara tersebut, di antaranya adalah di Amerika Syarikat dan Perancis.

Dua negara ini mempunyai gergasi peruncitan yang sukar ditembusi oleh mana-mana syarikat dari luar. Sebagai contoh, Amerika Syarikat mempunyai rangkaian pasaraya yang terbesar di dunia iaitu Walmart. Manakala Perancis pula mempunyai rangkaian pasaraya Carrefour yang terbesar di Eropah.

Selain faktor persaingan dari dalam, polisi sesebuah negara juga memainkan peranan seperti di Korea Selatan yang memendekkan waktu operasi bagi syarikat tersebut. Keadaan politik yang tidak stabil juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kurangnya hasil jualan untuk pasaraya tersebut.

Di Malaysia, Tesco mula memasuki pasaran pada tahun 2002. Syarikat ini yang melakukan kerjasama dengan Sime Darby yang mana syarikat Sime Darby memiliki sebanyak 30% saham Tesco.

Dengan penjualan sebanyak 30% saham Tesco Malaysia kepada Charoen Pokphand Group yang bernilai RM300 juta, Sime Darby dipercayai mendapat pulangan dividen sehingga RM76 juta dari transaksi jualan tersebut. Dengan penjualan tersebut, kini pasaraya Tesco di Malaysia bukan lagi dikuasai oleh syarikat tempatan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.