Lima Catalyst Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Sepanjang Minggu Ini (27 April – 1 Mei 2020)

Pasaran dikejutkan dengan kejatuhan harga minyak mentah pada minggu lalu sehingga mencecah paras negatif. Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) pula kekal stabil sejak peningkatan beberapa minggu lalu disokong oleh tren penurunan jumlah kematian yang berkaitan dengan koronavirus di peringkat global.

Pasaran Wall Street ditutup lebih tinggi pada akhir dagangan minggu lalu (24 April 2020) dengan ketiga-tiga indeks utama Bursa Saham New York (NYSE) merekodkan kenaikan lebih daripada satu peratus. Dow Jones Industrial Average (DJIA) menokok 1.11%, manakala S&P 500 ditutup 1.39% lebih tinggi. Indeks Nasdaq pula mencatat 1.65% kenaikan.

Beralih ke pasaran Asia, kebanyakan indeks utama ditutup lebih rendah ekoran beberapa ketidaktentuan yang berlaku khasnya kejatuhan harga komoditi hitam. Minggu lalu indeks Nikkei (Jepun) susut 3.19%, Hang Seng (Hong Kong) jatuh 2.25%, manakala Kospi di Korea Selatan berakhir 1.33% lebih rendah.

Di China, indeks Shanghai turut susut 1.06% dan Australia dengan indeksnya ASX200 jatuh 1.33%.

Data-data ekonomi yang dikeluarkan pada minggu lalu menepati jangkaan dengan kebanyakan merosot mendadak disebabkan penularan koronavirus. Antaranya ialah pertambahan lebih kurang 4.5 juta pengangguran di Amerika Syarikat bagi minggu berakhir 17 April 2020 yang membawa jumlah terkini kepada hampir 27 juta pengangguran dalam tempoh lima minggu.

Bukan itu sahaja, data-data ekonomi AS yang lain seperti indeks PMI sektor pembuatan jatuh daripada paras 48.5 kepada 36.9 pada bulan April. Data tempahan barangan tahan lama pula (durable goods) yang menjadi indikator kepada pelaburan tetap jatuh mendadak sebanyak 14.4% pada bulan Mac berbanding Februari yang mencatat kenaikan 1.1%.

Antara data tumpuan pada minggu lalu adalah indeks sektor ekonomi Zon-Eropah yang dikeluarkan agensi pengumpulan data terkemuka, Markit. Seperti yang dijangka indeks-indeks aktiviti ekonomi itu merekodkan kejatuhan mendadak.

Indeks komposit PMI yang menggabungkan bacaan aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan di Zon-Eropah hanya mencatat bacaan 13.5 pada April berbanding 29.7 pada bulan Mei. Bacaan ini juga adalah paling rendah sejak bulan Julai 1998.

Berikut adalah lima catalyst yang akan menjadi perhatian pelabur sepanjang minggu ini.

1. Perkembangan Penularan Wabak Covid-19

Situasi penularan koronavirus ketika ini lebih terkawal berbanding beberapa minggu yang lalu di mana Sepanyol pada Ahad (27 April 2020) merekodkan jumlah kematian terendah sejak lebih daripada sebulan lalu dengan hanya 288 mangsa meninggal dunia.

Raja Salman juga telah mengarahkan perintah berkurung dilonggarkan di beberapa kawasan di Arab Saudi kecuali Madinah dan Mekah.

India dalam masa yang sama membenarkan pembukaan semula sejumlah kecil kedai-kedai yang terhad kepada kawasan kejiranan. Arahan ini dibuat selepas sebulan negara yang berkepadatan 1.3 bilion penduduk itu berada dalam perintah berkurung.

Secara keseluruhan, setakat pada hari pagi Isnin (27 April 2020), kes positif mencatatkan jumlah hampir tiga juta dengan 813,000 pesakit telah sembuh. Menurut data yang dikeluarkan oleh Universiti John Hopkins, lebih daripada 200,000 kematian dicatatkan di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat kekal negara paling buruk terkena koronavirus ini.

Keadaan setakat ini beransur positif tetapi tindakan melonggarkan kawalan terlalu awal bakal mengaktifkan semula penularan lebih pantas. Amaran ini telah dilaungkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

2. Mesyuarat Federal Reserve

Federal Reserve (The Fed) iaitu bank pusat AS akan bermesyuarat pada minggu ini bagi memastikan hala tuju kepada mandat yang diberikan dapat dicapai iaitu kestabilan harga dan gunatenaga penuh. The Fed berhadapan cabaran besar sejak awal tahun 2020 dengan penularan wabak di Amerika Syarikat hampir mencapai satu juta kes sekaligus menyebabkan aktiviti ekonomi terhenti.

Dalam mesyuarat kali ini, bank pusat dijangka tidak mengubah kadar faedah yang kini berada di paras rendah 0.25% selepas ia diturunkan daripada 1.75% dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Tumpuan kali ini lebih terarah kepada penjelasan khususnya oleh Jerome Powell (Pengerusi The Fed) terhadap tindakan mengejut memotong kadar Fed Fund Rate sebelum ini. Persoalan pasaran akan tertumpu kepada keberkesanan tindakan itu dalam usaha melawan dampak buruk Covid-19 terhadap ekonomi dan sejauh mana penularan wabak tersebut boleh mengheret ekonomi ke lembah kemelesetan.

Minggu ini, dua lagi bank pusat utama dunia akan bermesyuarat iaitu European Central Bank (ECB) dan Bank of Japan (BoJ).

3. Pasaran Komoditi Hitam

Dalam hanya beberapa bulan, kelembapan ekonomi telah meragut permintaan terhadap minyak mentah dunia berikutan arahan perintah berkurung di kebanyakan negara di dunia. Ia satu perkara yang tidak pernah berlaku kepada pasaran minyak apabila kontrak minyak keluaran Amerika Syarikat yang juga penanda aras utama dunia itu jatuh serendah negatif US$40 setong.

Kini kerajaan AS khasnya sedang mempersiapkan tindakan yang sepatutnya bagi menyelamatkan syarikat-syarikat minyak mereka yang berada di ambang kejatuhan. Harga semasa minyak West Texas Intermediate (WTI) boleh menyebabkan kebanyakan syarikat pengeluar minyak AS gagal bertahan kerana kos pengeluaran yang ditanggung lebih besar berbanding pengeluar di Arab Saudi, Russia dan pusat pengeluaran Brent-oil.

OPEC+ sememangnya bersedia untuk menambah pemotongan bekalan di samping menggesa negara-negara yang selama ini terkecuali dalam program pemotongan agar turut serta khususnya Amerika Syarikat selaku pengeluar minyak mentah terbesar dunia.

4. Laporan Pendapatan Syarikat Mega

Sejumlah 140 syarikat yang berada dalam indeks S&P 500 akan melaporkan pendapatan mereka bagi suku pertama 2020. Respon pasaran pada minggu lalu adalah positif apabila kaunter-kaunter teknologi menunjukkan prestasi positif dengan jangkaan yang seimbang pada tahun ini.

Secara keseluruhan indeks S&P 500 yang mengumpulkan 500 buah syarikat terbesar dijangka mencatat kemerosotan 14.4% pada suku pertama yang mana kelemahan itu kebanyakannya datang daripada sektor tenaga, barangan pengguna, perbankan, industri dan perkilangan.

Antara yang menjadi tumpuan pada minggu ini ialah PepsiCo, Caterpillar yang juga sering dijadikan proksi kepada aktiviti industri global, 3M, Alphabet syarikat induk Google, Starbucks, Boeing, Microsoft, Facebook, Tesla, Amazon, Twitter, McDonald’s dan kaunter tenaga ExxonMobil.

5. Data Ekonomi Penting

Data keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara Amerika Syarikat akan menjadi pusat perhatian pada minggu ini yang mana akan dikeluarkan pada hari Rabu pukul 8.30 malam. Ini adalah data pertama daripada tiga jenis data yang serupa bagi KDNK negara itu yang dijangka merekodkan kemelesetan 3.9%.

Ada penganalisa ekonomi yang meramalkan penguncupan ekonomi bakal mencatatkan kadar lebih besar iaitu enam peratus dengan bacaan pada suku kedua bakal jatuh dengan lebih besar.

Ianya dijangkakan sebesar 40% kejatuhan dalam KDNK berbanding tempoh sama pada tahun 2019. Ia wajar dengan jumlah pengangguran mencecah 27 juta dalam data ‘tuntutan pengangguran’ setakat ini.

China akan mengeluarkan data indeks aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan dan bukan pembuatan pada hari Khamis (30 April 2020). Manakala negara-negara Eropah akan mengeluarkan data pertumbuhan ekonomi pada hari sama di sebelah petang. Kanada pula akan mengumumkan data KDNK pada pukul 8.30 malam pada hari tersebut dengan data tuntutan pengangguran AS juga diumumkan pada masa sama.

Data terakhir adalah indeks aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan Amerika Syarikat yang akan menutup minggu ini dengan jangkaan kejatuhan yang agak besar dalam aktiviti sektor itu pada Jumaat (30 April 2020) pukul 10 malam.

Sumber Rujukan:

Disediakan oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini berkhidmat di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.