Somalia Pirate Stock Exchange

KLCI, SGX dan NYSE adalah pasaran saham yang terkenal dan yang biasa kita dengar merupakan tempat bagi para pelabur membuat pelaburan dalam perniagaan yang mereka jangka bakal memberi keuntungan.

Berbeza pula bagi negara Somalia yang terkenal dengan aktiviti lanun yang merampas kapal-kapal bagi mendapatkan wang tebusan. Dengan itu, para lanun ini telah membuka satu pasaran saham bagi pelabur membuat pelaburan terhadap aktiviti mereka.

Pada tahun 2009, pasaran saham bagi para lanun yang pertama di dunia ini dibuka di Harardheere, Somalia dan beroperasi selama 24 jam sehari. Tujuan utama pasaran saham ini dibuka adalah sama seperti pasaran saham lain iaitu untuk membolehkan pelabur mendapat perkongsian keuntungan terhadap hasil rampasan kumpulan-kumpulan lanun di sana.

Sesiapa yang berminat dibenarkan untuk membuat pelaburan dan ianya tidaklah seharusnya dalam bentuk wang tunai. Di pasaran ini, pelabur boleh membeli saham menggunakan penyaluran maklumat, senjata dan bermacam-macam lagi.

Menurut Wall Street Journal, pasaran saham tersebut mendapat perhatian ramai pelabur kerana hasil daripada rampasan yang berjaya boleh mencecah USD10 juta dolar atas faktor laluan kapal yang sesak terutamanya di Teluk Aden yang merupakan laluan penghubung di antara Eropah dan juga Asia.

Image by Dimitris Vetsikas from Pixabay

Menurut Reuters pula, mereka dimaklumkan bahawa pasaran saham tersebut bermula dengan sejumlah 15 kumpulan dan telah berkembang melebihi 70 kumpulan dalam masa kurang daripada setahun. Pada ketika itu, bandar Harardheere juga dipenuhi dengan kereta-kereta mewah yang dipandu oleh ketua lanun yang berjaya membuat rampasan yang besar.

Reuters juga berjaya menemuramah seorang pelabur wanita yang hanya berumur 22 tahun. Reuters diberitahu bahawa wanita tersebut membuat pelaburan menggunakan senjata api dan telah menerima pulangan sebanyak USD75,000 dalam masa sebulan.

Namun, seperti yang dilihat kini, aktiviti serangan lanun Somalia yang terakhir dilaporkan adalah serangan yang gagal pada tahun 2018 yang melibatkan kapal dari Singapura. Langkah berjaga-jaga yang diambil oleh syarikat  perkapalan serta kawalan yang ketat oleh tentera laut dari pelbagai negara telah berjaya membendung aktiviti serangan lanun di perairan tersebut.

Sumber Rujukan:

Masih belum terlambat untuk belajar. Jika masih mencari kelas pelaburan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif, kami boleh bantu.

Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!

Kini dilancarkan,

WEBINAR SENANG SAHAM 2.0 bersama speaker:

Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur

&

Tuan Iqbal Ilias
Technical Analyst (MSTA / CFTe)

#Hari 1 : 27 Februari 2021 
Sabtu, 9 pagi – 5 petang

#Hari 2 : 28 Februari 2021 
Ahad, 9 pagi – 5 petang

#Hari 3 : 1 Mac 2021 
Isnin, 9 pagi – 5 petang

Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari? 

Kita belajar slow slow dari rumah melalui aplikasi ZOOM.

Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham

Kenapa SENANG SAHAM

Sebab saham ni dia senang untung dan senang rugi. Lepas belajar 3 hari nanti bukan kata boleh terus pandai. Benda ni perlu praktis. Sekurang-kurangnya tuan-tuan dah ada ilmunya. Ada duit tetapi tiada ilmu, tak jadi apa. Bila ada ilmu, banyak benda boleh dihasilkan. Tetapi kalau takut dan fobia dengan rugi janganlah terlibat dengan pasaran saham.

Kita akan belajar deep…

FUNDAMENTAL ANALISIS
TEKNIKAL ANALISIS

SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER

Nak invest untuk long term?
Kami tunjukkan. 

Nak trade untuk cari duit tepi?
Kami tunjukkan. 

Nak beli saham sejam dua lepas tu jual?
Juga kami tunjukkan.

Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.