Doordash, Syarikat Penghantaran Makanan Terbesar Dunia Ketika Musim Pandemik

Ketika musim pandemik melanda dunia pada ketika ini, perniagaan perkhidmatan penghantaran makanan merupakan servis yang sangat popular di serata dunia. Ianya disebabkan oleh lockdown atau perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasa bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Malaysia juga tidak terkecuali apabila perkhidmatan penghantaran makanan kini menjadi pilihan ramai orang untuk menambah pendapatan sampingan atau menjadikannya sebagai pekerjaan tetap mereka.

Di Amerika Syarikat, terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan dan yang paling popular adalah DoorDash. Syarikat ini menguasai hampir 50% pasaran perkhidmatan penghantaran makanan di Amerika Syarikat.

Jom kita baca kisah penuh inspirasi mereka.

Bagaimana DoorDash Bermula?

Syarikat ini diasaskan pada tahun 2013 oleh beberapa orang pelajar di Universiti Stanford yang diketuai oleh Tony Xu. Beliau merupakan seorang anak imigran dari China yang berhijrah ke Amerika Syarikat ketika usianya 5 tahun.

Kredit Gambar: CNBC

Beliau berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Stanford dalam jurusan kejuruteraan dan mendapat idea untuk menghasilkan perkhidmatan penghantaran apabila melihat banyak syarikat yang menjual makanan tidak sempat menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan mereka.

Tony Xu dan rakannya telah membangunkan aplikasi yang dapat membantu peniaga kecil menghantar pesanan makanan mereka kepada para pelanggan.

Syarikat penghantaran pertamanya itu diberi nama Palo Alto Delivery. Sambutan yang diterima begitu menggalakkan. Pada pertengahan tahun tersebut, syarikat penghantaran makanan itu secara rasminya bertukar menjadi DoorDash.

Setahun kemudian, pelabur asing mula menyuntik modal pelaburan ke dalam syarikat ini. Perkembangan syarikat ini semakin pesat disebabkan para pelabur asing meminati model perniagaan yang dilakukan oleh DoorDash.

Di antara pelabur yang terkenal yang melabur di dalam syarikat ini adalah Softbank yang merupakan pelabur terbesar DoorDash. Selain daripada itu, Singapore Sovereign Wealth Fund juga menjadi pelabur terawal syarikat.

Bagaimana DoorDash Menewaskan Pesaing Mereka?

Kredit Gambar: Medium

Salah satu faktor yang menyebabkan DoorDash lebih cepat berkembang berbanding dengan pesaing mereka adalah kerana perkhidmatan yang mereka sediakan adalah lebih murah.

DoorDash juga merupakan salah sebuah syarikat yang terawal menerokai pasaran di kawasan perdalaman berbanding syarikat peghantaran yang lain yang kebanyakannya hanya fokus di kawasan pusat bandar.

Oleh yang demikian, syarikat ini menguasai hampir 60% pasaran perkhidmatan penghantaran makanan di kawasan pedalaman di Amerika Syarkat dan 50% secara keseluruhannya.

Kontroversi Melanda DoorDash

Seperti syarikat start-up yang lain, model perniagaan yang dilakukan oleh DoorDash ini tidak memberi sebarang keuntungan kepada syarikat ini walaupun sudah berusia lebih daripada lima tahun. Hanya bilangan subscribers sahaja yang semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Syarikat ini hanya bergantung kepada keuntungan yang diperolehi daripada bayaran tips pelanggan kepada rider mereka.

Tindakan tersebut dilihat seakan-akan mengambil hak rider mereka. DoorDash kemudianya merubah polisi syarikat mereka apabila menerima kritikan daripada orang ramai pada tahun 2018.

IPO DoorDash Di Antara Yang Terbesar Pada Tahun 2020

Ketika pandemik dunia melanda, DoorDash telah mendapat durian truntuh apabila perkhidmatan untuk penghantaran makanan menjadi pilihan orang ramai. Pada Disember 2020, syarikat ini telah berjaya diapungkan di pasaran New York Stock Exchange (NYSE) dengan nilai sebanyak USD32 bilion.

Sesetengah penganalisis percaya bahawa syarikat ini dinilai dengan begitu tinggi berbanding dengan nilai yang sepatutnya. Melalui IPO tersebut, ianya telah menjadikan Tony Xu seorang bilionaire pada usia 36 tahun. dengan memiliki sebanyak 5% pegangan saham dalam DoorDash.

Sumber Rujukan: CNBC

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Lelaki Berdividen — Bukan Sekadar Suami

Dalam dunia hari ini, lelaki dihargai bukan sekadar pada rupa dan romantik — tetapi pada kebijaksanaan mengurus rezeki. Ramai lelaki setia, ramai lelaki baik… Tapi “lelaki berdividen” — itu yang semakin rare, dan makin bernilai.

Siapa dia lelaki berdividen? Dia bukan sekadar pembawa rezeki, tapi perancang masa depan.

Dia Mula Dengan Simpanan Kecil, Tapi Konsisten

Setiap bulan, dia asingkan RM200 ke dalam ASB atau Tabung Haji. Bukan sebab dia banyak duit. Tapi sebab dia tahu — sedikit hari ini, besar ertinya esok. Masuk tahun kelima? Duit tu boleh jadi deposit rumah kecil keluarga.

Dia Pegang Saham Yang Bagi Dividen

Bukan main beli saham ikut kawan. Tapi dia pilih yang kukuh dan konsisten.

  • Gas Malaysia
  • Bermaz Auto
  • ETF patuh Syariah seperti MyETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25

(Ini sekadar contoh sahaja)

Tiap kali dapat dividen, bukan buat belanja ikut selera — tapi disalur ke SSPN anak.
Bukan saham di Bursa Malaysia saja — tapi juga di Wall Street.

Contoh Saham Patuh Syariah di Wall Street yang beri dividen menarik:
– Microsoft (MSFT) ~0.8% – 1%
– Texas Instruments (TXN) ~3%
– PepsiCo (PEP) ~2.8%
– Procter & Gamble (PG) ~2.5%
– Pfizer (PFE) ~5%

(Semak status patuh Syariah terkini melalui Islamicly atau Zoya sebelum beli)

Dia Ada Takaful, Bukan Cuma Doa

Dia tak hanya cakap “Abang usaha selagi ada nyawa” — dia lengkapkan dengan hibah dan perlindungan takaful. Sebab dia tahu, cinta pun kena ada backup plan.

Dia Faham Risiko & Emosi

Dia tak lari bila pasaran jatuh. Dia tak panik bila kripto merah berdarah. Sebab dia tahu pelaburan bukan tentang siapa paling cepat, tapi siapa paling konsisten.

Dia Buat Kewangan Jadi Legasi

Dia bukan tunggu kaya baru nak mula. Dia mula dengan apa yang ada. Dan konsisten bina untuk isteri dan anak-anak.

Lelaki Berdividen, Dunia & Akhirat

Lelaki berdividen bukan hanya ada duit — dia ada visi, disiplin, dan kasih sayang yang ditukar jadi tindakan.

Kerana rezeki sebenar, ialah bila kita mampu tinggalkan manfaat yang terus mengalir, walau jasad dah tiada.

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)

Maka mungkin… dividen paling besar, bukan yang masuk ke akaun bank tetapi yang masuk ke akaun akhirat.

Nak Jadi Lelaki Berdividen?
Miliki Ilmu Melabur Saham Bersama Mentor Pelaburan Syariah – Datuk Hj Mohd Asri
Buka akaun pelaburan patuh Syariah di Malaysia atau Wall Street
Takaful untuk keluarga – bandingkan pelan terbaik