Berjaya juga kita harungi tahun 2020 yang penuh dengan dugaan. FBM KLCI hampir-hampir berjaya nak cecah paras 1,700 mata pada bulan Disember 2020, namun gagal melepasi paras resistance tersebut dan akhirnya turun semula.
Walaupun indeks FBM KLCI kelihatan naik sedikit pada bulan Disember, namun sentimen masih lagi negatif dan banyak saham-saham yang terjejas. Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Disember 2020 ini.
Saham Penny Dan Saham-Saham Berkaitan Sarung Tangan Jatuh Merudum
Di kala sentimen pasaran saham tak berapa stabil, banyak saham-saham yang jatuh merudum. Walaupun sektor sarung tangan getah dijangka mencatatkan keuntungan yang tinggi bagi tahun ini, namun dengan adanya vaksin bagi menangani Covid-19 maka semuanya jatuh secara berjemaah.
Dalam kes G Neptune pula, syarikat ini berstatus PN17 dan katanya bakal dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada tahun 2021 ini. Sebab itulah harga saham yang jatuh banyak, kalau sempat jual ada baiknya kita jual dan seterusnya cari saham-saham lain yang lebih berkualiti.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?
Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Ketika krisis pandemik Covid-19 yang berlaku sekarang, kita dapat lihat bagaimana perniagaan yang berteraskan e-commerce berjalan dengan rancak. Bagi jenama sukan terkenal dunia, mereka memperolehi pulangan yang sangat lumayan seperti jenama Nike dan Lululemon yang berjaya menggandakan jualan mereka pada tahun lepas.
Walaupun begitu, tidak semua syarikat berasaskan sukan menikmati nasib yang sama terutama jika syarikat itu kurang publisiti di peringkat antarabangsa. Perkara ini terjadi kepada salah sebuah syarikat pakaian sukan yang terkenal pada era 1980-an iaitu Reebok.
Syarikat ini merupakan anak syarikat yang dimiliki oleh gergasi sukan dunia iaitu Adidas.
Reebok merupakan sebuah syarikat yang diasakan oleh dua orang adik-beradik Joe dan Jeff Foster yang berasal dari England. Mereka beri nama Reebok yang merupakan sejenis spesis rusa yang terdapat di Afrika.
Pada permulaan syarikat ini, mereka hanya fokus kepada kasut yang digunakan untuk sukan olahraga. Reebok mula memasuki pasaran Amerika Syarikat pada akhir 1970-an yang mana pada era tersebut, banyak syarikat mula bersaing dalam pasaran kasut sukan.
Syarikat ini mula berkembang di Amerika Syarikat apabila Paul Fireman, seorang ahli peniagaan Amerika Syarikat mula menjual kasut tersebut di pasaran Amerika Syarikat. Sambutan yang diterima oleh Reebok sangat menggalakkan.
Paul Fireman melihat potensi tersebut lalu mengambil keputusan untuk membeli Reebok secara keseluruhannya. Beliau berjaya membeli syarikat tersebut dan mula beroperasi di Boston, Massachusetts. Di era 1980-an, syarikat ini berjaya mengambil tempat di Amerika Syarikat.
Strategi yang digunakan oleh Reebok pada ketika itu adalah dengan memfokuskan kasut kepada kaum wanita yang ingin melakukan senaman aerobik. Ternyata strategi tersebut berjaya dan idea ini berasal dari isteri Paul Fireman sendiri.
Dengan keuntungan yang diperolehi oleh Reebok dalam penjualan kasut senaman aerobik wanita, syarikat itu dapat bersaing dengan Nike dan Adidas yang fokus kepada kasut atlet lelaki terutamanya bola keranjang.
Kemudian di era 1990-an, Reebok turut menghasilkan kasut bola keranjang mereka sendiri yang menggunakan pemain NBA Shaquille O’Neal sebagai duta kasut mereka. Jualan kasut tersebut begitu memberangsangkan dan dalam masa yang singkat sahaja, 10,000 unit kasut berjaya dijual.
Masuk ke era milenium, jualan Reebok semakin berkurangan tetapi masih stabil kerana mereka mempunyai peminat yang tersendiri.
Seterusnya pada tahun 2005, syarikat ini telah dibeli oleh gergasi sukan Jerman iaitu Adidas dengan harga USD3.8 bilion. Bermula dari sini, Reebok mula mengalami penurunan yang mendadak daripada segi jualan walaupun tujuan utama Adidas adalah untuk menyekat kemaraan Nike yang telah mendominasi pasaran Amerika Syarikat.
Di antara faktor utama yang menyebabkan Reebok gagal bersaing di peringkat antarabangsa adalah disebabkan oleh Adidas itu sendiri. Kekuatan utama yang dimiliki oleh Reebok adalah mereka menjalinkan kerjasama yang baik dengan pemain NBA bagi tujuan pemasaran.
Setelah Adidas memiliki Reebok, Adidas telah memutuskan kerjasama tersebut dengan menggantikan kasut Adidas untuk kegunaan pemain NBA. Ini telah melemahkan jenama Reebok di pasaran.
Selain itu juga, Adidas telah memfokuskan Reebok kepada sukan mixed martial arts (MMA) yang mana suka ini kurang popular jika dibandingkan dengan sukan bola keranjang atau bola sepak.
Dari setahun ke setahun, Reebok tidak mempunyai matlamat yang jelas. Pada tahun lepas, Reebok hanya menyumbang sebanyak 7% jualan kepada Adidas.
Oleh yang demikian, Adidas akan menjual Reebok kepada pelabur luar kerana merka sedar sukar untuk fokus kepada dua jenama dalam satu masa. Di antara pembeli yang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan syarikat tersebut adalah VF Corporation, Authentic Brands Group, Anta Sports, dan juga khabar angin yang mengatakan Shaquille O’Neal juga turut berminat mendapatkan syarikat tersebut.