Sejarah YouTube, Platform Perkongsian Video Terbesar Di Dunia

Sebut sahaja video apa yang ingin ditonton di internet, pasti platform YouTube menjadi pilihan utama kita bagi mencari video tersebut. Hiburan, pendidikan, sains, ekonomi, semuanya ada di dalam platform YouTube. Ia menjadikan platform tersebut diminati oleh pengguna internet di seluruh dunia.

YouTube kini merupakan satu platform perkongsian video yang paling terkenal didunia buat masa ini. Platform tersebut dimiliki oleh Google sepenuhnya, yang merupakan sebuah syarikat bertaraf trilion dollar di Amerika Syarikat.

Pengaruh yang dimiliki oleh YouTube adalah sangat besar dan merupakan platform media sosial yang kedua di belakang Facebook daripada segi bilangan pengguna aktif.

YouTube merupakan platform yang penting di dalam Google yang telah membawa sebanyak  USD15 bilion pada tahun lepas bersamaan 9% keuntungan keseluruhan Google. Sebelum ini, Google amat berahsia mengenai keuntungan yang dibawa oleh YouTube kepada syarikat tersebut sehinggalah pada awal tahun ini yang mana Google telah memasukkan keuntungan syarikatnya mengenai platform YouTube ini.

Asal-Usul YouTube

Kredit Gambar: Business Insider

YouTube merupakan platform yang menggalakkan content creator memasukkan video mereka ke dalam dunia online. YouTube ini bukanlah diasaskan oleh Google sebaliknya  platform ini diasaskan oleh tiga anak muda yang bernama Steve Chen, Chad Hurley, dan Jawed Karim.

Ketiga-tiga anak muda ini merupakan pekerja Pay Pal yang telah mendapat idea untuk menghasilkan video perkongsian peringkat amatur di dalam Internet. Menurut Jawed Karim yang merupakan salah seorang pengasas YouTube, beliau mendapat ilham untuk membuat platform perkongsian video bertaraf amatur itu setelah melihat iklan Super Bowl pada tahun 2004.

Dari situlah Jawed Karim mendapat ilham untuk berkongsi video secara online tapi malangnya tiada satu laman sesawang yang wujud pada ketika itu untuk tujuan tersebut. Mereka pun membangunkan laman sesawang YouTube pada tahun 2005 dan  video pertama yang dimasukan di dalam platform YouTube adalah bertajuk “Me at the zoo” yang menampilkan Jawed Karim.

Platform YouTube mendapat sambutan yang luar biasa dan dalam tempoh yang singkat, seramai 8 juta orang telah melayari video-video yang ada di dalam platform tersebut pada akhir tahun 2005. Google juga pada waktu itu turut memperkenalkan konsep sama yang dikenali sebagai Google Video tetapi sambutannya tidak begitu menggalakkan.

YouTube semakin berkembang pesat dan menyebabkan para pelabur luar berminat untuk melabur didalam platform tersebut. Di antara pelabur awal adalah Sequoia Capital. Disebabkan perkembangan yang sangat luar biasa terhadap platform tersebut, kos pengurusan yang terpaksa ditanggung oleh YouTube juga semakin bertambah dan akhirnya YouTube tidak lagi mampu menanggung kos penyelenggaraan platform tersebut.

Mereka kemudian mencari pembeli luar untuk membida paltform mereka. Yahoo dan Google berminat untuk mendapatkan platform tersebut dan akhirnya Google berjaya membida Youtube dengan harga sebanyak USD1.65 bilion dan menjadikan ketiga-tiga orang pengasas jutawan dalam sekelip mata.

Platform ini semakin berkembang dan kini telah menghasilkan beberapa orang superstar seperti Justin Bieber yang bakat nyanyiannya dikesan melalui platform YouTube ini.

Kredit Gambar: Business Insider

Platform ini juga turut menjadikan artis Korea Selatan, PSY menjadi manusia pertama yang mencapai tahap 1 bilion view dengan video muziknya dan menjadikan beliau superstar yang dikenali di seluruh dunia.

Kini, YouTube merupakan platform yang dikunjungi oleh 2.5 bilion pengguna setiap bulan. Ramai content creator dari peringkat amatur sehinggalah profesional menggunakan platform ini untuk menjana pendapatan.

Sumber Rujukan:

Business Insider

Nak belajar cara-cara untuk melabur ke dalam saham seperti Google yang memiliki YouTube?

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street? Terlepas sesi Wall Street yang pertama tahun lepas?

Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.