Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mei 2020

Dua bulan berturut-turut kita dapat menyaksikan bagaimana pasaran saham Malaysia mencatakan kenaikan. Kalau bulan April indeks FBM KLCI telah meningkat sebanyak 4.68%, kini bulan Mei pula mencatatkan peningkatan sebanyak 6.08%.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna semua saham meningkat naik. Pastinya ada saham-saham yang jatuh harganya.

Tak percaya, tengok saja Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Mei 2020 seperti berikut:

Sumber: iSaham Screener

1. Ipmuda Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

2. Complete Logistic Services

Sumber: Bursa Marketplace

3. Solid Automotive

Sumber: Bursa Marketplace

4. Seni Jaya Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

5. Key Alliance Group

Sumber: Bursa Marketplace

6. UEM Edgenta

Sumber: Bursa Marketplace

7. Tiger Synergy

Sumber: Bursa Marketplace

8. Watta Holding

Sumber: Bursa Marketplace

9. Asia Brands

Sumber: Bursa Marketplace

10. IQ Group Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Pasaran Saham Naik Pun Masih Boleh Rugi

Kita dapat lihat bagaimana Bursa Malaysia meningkat naik untuk dua bulan berturut-turut, namun itu tidak memberi jaminan bahawa kita akan sentiasa untung. Sesuai dengan konsep ‘high risk high return’ dalam pasaran saham, risiko untuk rugi besar masih ada.

Sebab itulah kita kena ada Trading Plan, tahu di mana Support dan Resistance dan kena ada ilmu Fundamental Analysis dan Technical Analysis agar risiko dapat diminimakan dan keuntungan dapat dimaksimakan.

Pepatah yang popular yang selalu kita dengar dalam pelaburan saham adalah untung itu tidak pasti tetapi rugi adalah pasti. Rugi bukanlah tanda kita gagal. The more you learn the more you earn.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Mei 2020 ini adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.