Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2020

Bulan Mei yang lalu menyaksikan pasaran saham Malaysia mencatatkan rekod baru bagi volume tertinggi yang didagangkan dalam masa sehari, dan juga nilai yang didagangkan dalam masa sehari.

Senang cerita, FBM KLCI telah membuat Breakout daripada segi volume dan value.

Bulan April haritu indeks mencatatkan kenaikan sebanyak 62.90 mata atau 4.68%. Bulan Mei juga nampaknya memberi sinar harapan yang baru kepada kita semua.

Jom kita tengok prestasi FBM KLCI bagi bulan Mei 2020 terlebih dahulu:

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 4 Mei 2020: 1,388.80 Mata

Indeks FBM KLCI 4 Mei 2020 Paras Terendah Bulan Mei: 1,376.60 Mata

Indeks FBM KLCI 29 Mei 2020 Paras Tertinggi Bulan April: 1,473.30 Mata

Indeks FBM KLCI 29 Mei 2020: 1,473.30 Mata

Kenaikan Sebulan: +84.50 Mata atau +6.08%

Alhamdulillah, kelihatan FBM KLCI meneruskan kenaikan pada bulan Mei. Kalau tengok kepada chart, memang cantik sangat dah tu.

Pastinya ramai juga yang untung besar sepanjang bulan lepas, tengok saja Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2020 seperti berikut:

Sumber: Screener iSaham

1.Supermax Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

2. Careplus Group

Sumber: Bursa Marketplace

3. XOX Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

4. Comfort Gloves

Sumber: Bursa Marketplace

5. Rubberex Corporation (M)

Sumber: Bursa Marketplace

6. PNE PCB

Sumber: Bursa Marketplace

7. Ho Wah Genting

Sumber: Bursa Marketplace

8. Tek Seng Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

9. HLT Global

Sumber: Bursa Marketplace

10. Adventa Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sektor Sarung Tangan Dan ‘Healthcare’ Meneraju Carta

Di sebalik musibah wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, nampaknya permintaan terhadap sarung tangan dan juga penjagaan kesihatan meningkat berkali-kali ganda. Apabila permintaan meningkat, jualan syarikat meningkat, keuntungan syarikat meningkat, maka harga saham turut meningkat naik.

Kali ini kita dapat lihat bukan lagi penny stock yang menjadi pilihan, sebaliknya saham-saham mahal mendominasi carta. Adakah harga saham dalam sektor ini akan terus meningkat naik lagi?

Gunalah Screener Untuk Cari Saham-Saham Berpotensi

SpeedSaham adalah screener saham berasaskan web menggunakan algorithm untuk bantu tunjukkan saham-saham berpotensi Short-Term, Mid-Term dan Long-Term.

Kenapa perlu guna screener ni? Ilmu teknikal dah ada, cuma kami tak ada masa nak tengok lama-lama depan komputer untuk cari saham yang ada buy signal.

Ada Trial?

Alhamdulillah ada, jemput datang ke sesi previu kami, dan trial 7 hari akan diberikan. InshaAllah semoga lebih ramai dapat menjana pulangan yang baik di pasaran saham patuh shariah.

Berminat Nak Cuba SpeedSaham?

Klik  untuk melanggan atau tempah sesi previu SpeedSaham.

*Penafian: Sebarang tindakan atau keputusan untuk berdagang/melabur berdasarkan saham-saham yang berpotensi ini adalah keputusan anda. Kami tidak bertanggungjawab ke atas keuntungan atau kerugian anda apabila berdagang/melabur.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2020 ini adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.