Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mei 2021

Indeks FBM KLCI telah menurun sebanyak 1.15% sepanjang bulan Mei apabila ketiadaan petunjuk pasaran yang baru ditambah lagi dengan pengumuman ‘full lockdown’ yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2021.

Ketidaktentuan dalam pasaran ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Mei 2021.

Sumber: iSaham Screener

1. Sanichi Technology

Sumber: Bursa Marketplace

2. Silver Ridge Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

3. Sealink International

Sumber: Bursa Marketplace

4. KPower Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

5. Sarawak Consolidated Industries

Sumber: Bursa Marketplace

6. EKA Noodles

Sumber: Bursa Marketplace

7. E.A. Technique

Sumber: Bursa Marketplace

8. SKB Shutters Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

9. Tashin Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. Xian Leng Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Banyak Juga Saham RM1 Ke Atas Yang Jatuh Banyak

Amat jarang berlaku, tetapi realitinya saham yang di atas RM1 pun boleh jatuh dengan banyak. Tetapi kita pun tahu kenapa saham KPower dan Sarawak Consolidated Industries (SCIB) jatuh banyak, disebabkan isu audit yang menyelebungi Serba Dinamik yang menyebabkan mereka terkena tempiasnya.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Mei 2021 ini adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian