Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2021

Pasaran saham Malaysia melonjak naik pada bulan Ogos. Ini berikutan pelantikan Perdana Menteri baru dan kemasukan semula dana asing buat pertama kali sejak lebih daripada setahun.

Bila situasi politik stabil, saham pun dapat tempiasnya. Ianya telah memberi signal yang kuat dan catalyst positif kepada indeks FBM KLCI.

Tengok saja prestasi indeks FBM KLCI berikut.

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 2 Ogos 2021: 1,497.40 Mata

Indeks FBM KLCI 4 Ogos 2021 Paras Terendah Bulan Ogos: 1,483.70 Mata

Indeks FBM KLCI 30 Ogos 2021 Paras Tertinggi Bulan Ogos: 1,604.90 Mata

Indeks FBM KLCI 30 Ogos 2021: 1601.40 Mata

Kenaikan Sebulan: +104.00 Mata atau +6.95%

Setelah berbulan-bulan FBM KLCI mencatatkan penurunan sehingga bocor paras support pada 1,500 mata, kini indeks tersebut berjaya memecah paras resistance 1,600 mata.

Maka kembali meriah pasaran saham kita, jom tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2021:

1. Kobay Technology

Sumber: Bursa Marketplace

2. AYS Ventures

Sumber: Bursa Marketplace

3. Wong Engineering Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

4. DKSH Holdings (M)

Sumber: Bursa Marketplace

5. Nexgram Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. Formosa Prosonic Industries

Sumber: Bursa Marketplace

7. IQ Group Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. FSBM Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

9. SAM Engineering & Equipment

Sumber: Bursa Marketplace

10. Bintai Kinden Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Meriah Dengan Saham Atas RM1

Dah lama rasanya kita tak lihat sebegini banyak saham-saham yang berharga di atas RM1 menghiasi senarai. Jika dilihat kepada Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2021 ini, kita dapat lihat bagaimana saham-saham dengan fundamental yang cantik mungkin telah terlalu lama berada di paras ‘diskaun’.

Jadi bila pasaran saham kembali positif, maka saham-saham ‘mahal’ ini menjadi rebutan pelabur-pelabur institusi tempatan dan antarabangsa. Kita pun kenalah pandai rebut peluan ini untuk buat keuntungan.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mei 2026

Pasaran saham sentiasa bergerak dalam dua arah ada saham yang melonjak tinggi dan ada juga yang mengalami penurunan ketara. Walaupun bulan Mei 2026 menyaksikan beberapa kaunter patuh syariah mencatatkan prestasi cemerlang, terdapat juga beberapa saham yang berdepan tekanan jualan dan sentimen negatif sehingga menyebabkan harga saham mereka susut sepanjang bulan tersebut.

Berikut merupakan senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi bagi tempoh 1 Mei hingga 31 Mei 2026.

1. P.I.E. Industrial Berhad

P.I.E. Industrial Berhad muncul sebagai saham patuh Syariah paling rugi bagi bulan Mei 2026 dengan kejatuhan sebanyak 25.7%.

Menariknya, saham ini pernah berada dalam senarai saham paling untung pada bulan sebelumnya. Situasi ini membuktikan bahawa sentimen pasaran boleh berubah dengan pantas, terutamanya bagi saham yang mengalami kenaikan atau penurunan besar dalam tempoh singkat.

2. UEM Sunrise Berhad

Di tempat kedua ialah UEM Sunrise Berhad yang mencatatkan penurunan sebanyak 17.5%.

Sektor hartanah sering dipengaruhi oleh sentimen ekonomi, kadar faedah dan keyakinan pembeli. Sebarang perubahan terhadap faktor-faktor ini boleh memberi kesan kepada pergerakan harga saham syarikat dalam sektor tersebut.

3. Ann Joo Resources Berhad

Ann Joo Resources Berhad berada di kedudukan ketiga dengan kejatuhan sebanyak 17.2%.

Sebagai syarikat yang terlibat dalam industri keluli dan bahan binaan, prestasinya sering berkait rapat dengan harga komoditi, aktiviti pembinaan dan permintaan industri.

4. KJTS Group Berhad

Di tempat keempat ialah KJTS Group Berhad dengan penurunan sebanyak 16.8%.

Saham ini pernah tersenarai sebagai antara saham paling rugi pada awal tahun 2026. Kejatuhan berterusan menunjukkan bahawa sentimen pelabur terhadap kaunter ini masih belum pulih sepenuhnya.

5. TSH Resources Berhad

TSH Resources Berhad mencatatkan penurunan sebanyak 14.9%.

Sektor perladangan lazimnya dipengaruhi oleh harga minyak sawit mentah (CPO), kos operasi dan permintaan global. Sebarang kelemahan dalam faktor-faktor ini boleh memberi tekanan kepada harga saham.

6. CTOS Digital Berhad

Di kedudukan keenam ialah CTOS Digital Berhad dengan kejatuhan sebanyak 14.5%.

Sebagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan data dan penilaian kredit, saham CTOS sering menjadi perhatian pelabur institusi dan runcit. Namun, sentimen pasaran semasa turut memainkan peranan penting dalam menentukan pergerakan harganya.

7. Dialog Group Berhad

Dialog Group Berhad merekodkan penurunan sebanyak 14.2%.

Menariknya, Dialog pernah berada dalam senarai saham paling untung bagi Mac 2026. Perubahan ini sekali lagi menunjukkan bahawa prestasi saham boleh berubah dalam tempoh yang singkat bergantung kepada sentimen dan faktor pasaran semasa.

8. Supercomnet Technologies Berhad

Supercomnet Technologies Berhad berada di tempat kelapan selepas mencatatkan penurunan sebanyak 13.3%.

Syarikat dalam sektor teknologi lazimnya mempunyai tahap volatiliti yang lebih tinggi berbanding sektor defensif, menyebabkan harga saham boleh bergerak dengan lebih agresif.

9. Oriental Kopi Holdings Berhad

Di tempat kesembilan ialah Oriental Kopi Holdings Berhad dengan kejatuhan sebanyak 13.1%.

Sebagai syarikat yang terlibat dalam sektor pengguna dan makanan & minuman, prestasi sahamnya banyak dipengaruhi oleh pertumbuhan perniagaan, margin keuntungan dan sentimen pengguna.

10. Insights Analytics Berhad

Melengkapkan senarai ialah Insights Analytics Berhad dengan penurunan sebanyak 13.0%.

Syarikat yang beroperasi dalam sektor teknologi dan analitik data ini sebelum ini pernah mencatatkan prestasi memberangsangkan, namun turut tidak terlepas daripada tekanan jualan pasaran.

Apa Yang Pelabur Boleh Pelajari?

Daripada senarai bulan Mei 2026 ini, beberapa perkara penting boleh diperhatikan:

1. Saham yang pernah untung besar juga boleh jatuh

P.I.E. Industrial, UEM Sunrise dan beberapa saham lain pernah mencatatkan prestasi yang baik sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa keuntungan besar tidak menjamin momentum akan berterusan.

2. Kepelbagaian sektor dalam senarai

Senarai kali ini melibatkan pelbagai sektor termasuk teknologi, hartanah, perladangan, industri dan pengguna. Ini menunjukkan bahawa risiko pasaran boleh berlaku kepada mana-mana sektor.

3. Volatiliti adalah sebahagian daripada pelaburan

Pergerakan naik dan turun harga saham adalah perkara biasa dalam pasaran. Pelabur yang berjaya biasanya mempunyai strategi pengurusan risiko yang jelas dan tidak membuat keputusan berdasarkan emosi semata-mata.

Kesimpulan

Bulan Mei 2026 membuktikan bahawa pasaran saham bukan hanya mengenai mencari saham yang paling untung, tetapi juga memahami risiko yang datang bersama setiap pelaburan.

Senarai saham patuh syariah paling rugi ini boleh dijadikan sebagai rujukan untuk memahami perubahan sentimen pasaran dan mengenal pasti kaunter yang sedang berdepan tekanan jualan.

Namun begitu, pelabur perlu sentiasa mengingati bahawa:

✅ Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa hadapan
✅ Penurunan harga tidak semestinya bermaksud syarikat mempunyai fundamental yang lemah
✅ Kajian dan analisis sendiri tetap penting sebelum membuat keputusan pelaburan