Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Suku Pertama (Januari-Mac) 2020

Setakat ini, kita dapat saksikan bagaimana kegawatan ekonomi telah melanda seluruh dunia disebabkan wabak Covid-19. Malaysia tidak terkecuali apabila memasuki ‘bear market’ setelah jatuh lebih 20% daripada paras tertinggi yang dicatatkan sebelum ini.

Setakat 3 bulan pertama 2020, FBM KLCI telah menyusut sebanyak 15%. Disebabkan itu jugalah ramai yang telah rugi besar, tengok saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Suku Pertama (Januari-Mac) 2020 seperti berikut:

Sumber: iSaham Screener

1. Scomi Energy Services

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.35

Harga 31 Mac 2020: RM0.04

Penurunan 3 Bulan: RM0.35 – RM0.04 = RM0.31
RM0.04 / RM0.35 = -88.57%

2. DGB Asia

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.115

Harga 31 Mac 2020: RM0.02

Penurunan 3 Bulan: RM0.115 – RM0.02 = RM0.095
RM0.095 / RM0.115 = -82.61%

3. Ikhmas Jaya Group

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.075

Harga 31 Mac 2020: RM0.0015

Penurunan 3 Bulan: RM0.075 – RM0.015 = RM0.06
RM0.06 / RM0.075 = -76.47%

4. Reach Energy

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.17

Harga 31 Mac 2020: RM0.04

Penurunan 3 Bulan: RM0.17 – RM0.04 = RM0.13
RM0.13 / RM0.17 = -74.36%

5. Vortex Consolidated

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.195

Harga 31 Mac 2020: RM0.05

Penurunan 3 Bulan: RM0.195 – RM0.05 = RM0.145
RM0.145 / RM0.195 = -74.36%

6. Icon Offshore

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.175

Harga 31 Mac 2020: RM0.045

Penurunan 3 Bulan: RM0.175 – RM0.045 = RM0.13
RM0.13 / RM0.175 = -74.29%

7. Yong Tai

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.155

Harga 31 Mac 2020: RM0.04

Penurunan 3 Bulan: RM0.155 – RM0.04 = RM0.115
RM0.115 / RM0.155 = -74.19%

8. Vertice Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.87

Harga 31 Mac 2020: RM0.24

Penurunan 3 Bulan: RM0.87 – RM0.24 = RM0.63
RM0.63 / RM0.87 = -72.41%

9. Impiana Hotels

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.25

Harga 31 Mac 2020: RM0.07

Penurunan 3 Bulan: RM0.25 – RM0.07 = RM0.18
RM0.18 / RM0.25 = -72.0%

10. Sapura Energy

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.27

Harga 31 Mac 2020: RM0.08

Penurunan 3 Bulan: RM0.27 – RM0.08 = RM0.19
RM0.19 / RM0.27 = -70.37%

Semua Yang Rugi Besar Adalah Penny Stock

Itulah risiko apabila kita ingin berdagang dengan saham-saham penny ni, kalau harga saham turun 1 bid pun dah besar kerugiannya. Kalau jatuh bersen-sen, maka lagi parahlah kita. Sebab itulah pentingnya kita kena ada Trading Plan dan Cut Loss apabila telah tersilap langkah, tak perlu nak guna teknik harapan.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Suku Pertama (Januari-Mac) 2020 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener,  Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.