Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Suku Pertama (Januari-Mac) 2020

Berakhirlah sudah tiga bulan pertama bagi tahun 2020, di mana kita menyaksikan wabak Covid-19 telah melanda seluruh dunia. Ini menyebabkan pasaran saham memasuki ‘bear market’ dan kegawatan ekonomi berlaku.

Sumber: Trading View

Indeks FBMKLCI 2 Januari 2020: 1,591.00 Mata

Indeks FBMKLCI 3 Januari 2020 Paras Tertinggi Suku Kedua 2019: 1,612.60 Mata

Indeks FBMKLCI 19 Mac 2020 Paras Terendah Suku Kedua 2019: 1,207.80 Mata

Indeks FBMKLCI 31 Mac 2020: 1,350.90 Mata

Penurunan 3 Bulan: 1591.00 – 1350.90 = -240.10 Mata
240.10 / 1591.00 = -15.09%

Di kala Bursa Malaysia menurun sebanyak 15%, kita perlu lebih berhati-hati untuk berdagang dan melabur. Namun itu tidak bermakna kita tidak boleh meraih pulangan dan keuntungan yang besar.

Maka beruntunglah kepada mereka yang awal-awal lagi dah belajar ilmu buat duit di pasaran saham.

Berikut merupakan senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Suku Pertama (Januari-Mac) 2020 berikut:

Sumber: Screener iSaham

1. Euro Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.17

Harga 31 Mac 2020: RM0.45

Kenaikan 3 Bulan: RM0.45 – RM0.17 = RM0.28
RM0.28 / RM0.17 = 164.71%

2. Kejuruteraan Asastera Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.385

Harga 31 Mac 2020: RM0.835

Kenaikan 3 Bulan: RM0.835 – RM0.385 = RM0.45
RM0.45 / RM0.385 = 116.88%

3. LKL International

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.14

Harga 31 Mac 2020: RM0.255

Kenaikan 3 Bulan: RM0.255 – RM0.14 = RM0.115
RM0.115 / RM0.14 = 82.14%

4. Careplus Group

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.16

Harga 31 Mac 2020: RM0.275

Kenaikan 3 Bulan: RM0.275 – RM0.16 = RM0.115
RM0.115 / RM0.16 = 82.14%

5. NWP Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.105

Harga 31 Mac 2020: RM0.17

Kenaikan 3 Bulan: RM0.17 – RM0.105 = RM0.065
RM0.065 / RM0.105 = 71.88%

6. Ruberrex Corporation (M)

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.535

Harga 31 Mac 2020: RM0.80

Kenaikan 3 Bulan: RM0.80 – RM0.535 = RM0.265
RM0.265 / RM0.535 = 49.53%

7. Minetech Resources

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.085

Harga 31 Mac 2020: RM0.125

Kenaikan 3 Bulan: RM0.125 – RM0.085 = RM0.04
RM0.04 / RM0.085 = 47.06%

8. Silver Ridge Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.29

Harga 31 Mac 2020: RM0.42

Kenaikan 3 Bulan: RM0.42 – RM0.29 = RM0.13
RM0.13 / RM0.29 = 44.83%

9. Top Glove Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM4.70

Harga 31 Mac 2020: RM6.45

Kenaikan 3 Bulan: RM6.45 – RM4.70 = RM1.75
RM1.75 / RM4.70 = 37.23%

10. Hartalega Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM5.40

Harga 31 Mac 2020: RM6.88

Kenaikan 3 Bulan: RM6.88 – RM5.40 = RM1.48
RM1.48 / RM5.40 = 27.41%

Kena Pandai Cari Peluang

Seperti yang kita lihat dalam senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Suku Pertama (Januari-Mac) 2020, kita kena pandai cari peluang. Saham blue chip yang ‘mahal’ pun boleh mendatangkan keuntungan yang besar, dengan Fundamental yang kukuh lagi.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Siapa berusaha dia pasti berjaya! Kepada beginner, jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.