Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2020

Rasanya ramai pelabur dan pedagang yang tersenyum lebar sepanjang bulan April yang baru lalu ni kan?

Mana taknya, kebanyakan saham-saham yang telah jatuh banyak atau ‘oversold’, mula menunjukkan tanda-tanda ‘reversal’ yang mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Sebelum kita mula, jom kita tengok prestasi FBM KLCI bagi bulan April 2020:

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 1 April 2020: 1,344.90 Mata

Indeks FBM KLCI 2 April 2020 Paras Terendah Bulan April: 1,316.90 Mata

Indeks FBM KLCI 20 April 2020 Paras Tertinggi Bulan April: 1,429.00 Mata

Indeks FBM KLCI 30 April 2020: 1,407.80 Mata

Kenaikan Sebulan: +62.90 Mata atau +4.68%

Indeks FBM KLCI pun kelihatan seperti membuat ‘rebound’ sehingga mencatatkan peningkatan sebanyak 4.68% untuk bulan April 2020. Bila pasaran saham cantik, maka ramai juga yang memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda.

Untuk itu, jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2020 seperti berikut:

Sumber: Screener iSaham

1.Key Alliance Group (KGROUP)

Sumber: Bursa Marketplace

2. Sinotop Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

3. Federal International Holdings (FIHB)

Sumber: Bursa Marketplace

4. Plastrade Technology (PTB)

Sumber: Bursa Marketplace

5. Ikhmas Jaya Group

Sumber: Bursa Marketplace

6. Minda Global

Sumber: Bursa Marketplace

7. South Malaysia Industries

Sumber: Bursa Marketplace

8. SMTrack Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

9. AirAsia X

Sumber: Bursa Marketplace

10. ARB Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Semuanya Saham Penny Stock

Semua dalam senarai mencatatkan kenaikan 100% dan ke atas, dan semua dalam senarai adalah merupakan saham penny stock. Kita kena faham risiko yang terlibat dengan penny stock ini, kerana sebarang perubahan harga akan menyebabkan samada kita untung besar – atau rugi besar.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Bagaimana Dengan Saham Atas RM1?

Ada juga saham RM1 dan ke atas yang membuat keuntungan yang besar, cuma tak banyak. Rubberex 85.19%, Comfort 69.88%, Notion 65.15% dan Chemical Company of Malaysia 61.76%.

Daripada saham yang berharga sen-sen, dalam masa sebulan telah meningkat sehingga menjadi atas RM1.

Jika anda newbie dan nak belajar lagi pasal pelaburan saham di Bursa Malaysia, jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA