Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Februari 2022

Bursa Malaysia dilihat rancak pada bulan Februari tahun 2022 apabila indeks FBM KLCI buat pertama kalinya naik sehingga mencecah 1,600 mata pada bulan tersebut setelah sekian lama berada sekitar 1,505 sehingga 1,557 mata pada Januari 2022. 

Indeks FBM KLCI bermula pada 4 Februari 2022 pada paras 1,522.76 mata dan mengakhiri bulan Februari dengan kenaikan sekitar 85.52 mata dalam tempoh sebulan dan ditutup tinggi pada paras 1,608.28 mata, akhir bulan Februari 2022.

Sentimen pemulihan terhadap indeks pasaran saham dilihat seakan mempunyai sinar namun pergolakan antara negara Rusia dan Ukraine sedikit sebanyak menjejaskan prestasi indeks pasaran tempatan.

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling untung untuk bulan Februari tahun 2022. Senarai saham paling untung untuk bulan Februari tahun 2022 adalah seperti berikut:-

Sumber:

1. TSH Resources Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

TSH Resources Bhd merupakan kaunter saham paling untung untuk bulan Februari 2022 dengan kenaikan sekitar 55.26% dalam tempoh satu bulan dagangan bermula 4 Februari sehingga 4 March 2022.

2. TDM Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

TDM Bhd pula merupakan kaunter patuh syariah kedua paling untung pada bulan Februari 2022 dengan kenaikan sekitar 26.0% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan Februari 2022. 

3. Tanco Holdings Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah kaunter syarikat Tanco Holding Bhd dengan kenaikan sebanyak 22.22% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. LB Aluminium Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

LB Aluminium Berhad berada di tangga keempat untuk kaunter paling untung sepanjang bulan Februari 2022 dengan kenaikan sebanyak 21.43%.

5. Borneo Oil Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat Borneo Oil Berhad yang mencatatkan peningkatan sebanyak 20.0% untuk tempoh sebulan pada Februari 2022.

6. Minho (M) Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Seterusnya di tempat keenam adalah kaunter saham syarikat Minho (M) Berhad dengan kenaikan sebanyak 16.13% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. Green Packet Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat ketujuh adalah kaunter saham syarikat Green Packet Berhad yang mencatatkan kenaikan sebanyak 11.76% dalam tempoh sebulan dagangan pada Februari 2022. 

8. Prestar Resources Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat Prestar Resources Bhd pula adalah kaunter saham kelapan paling untung untuk bulan Februari 2022 dengan kenaikan 6.72%. 

9. Lotte Chemical Titan Holding Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Lotte Chemical Titan Holding Berhad merupakan kaunter saham kesembilan paling untung pada bulan Februari 2022 dengan kenaikan sebanyak 6.28%.

10. NWP Holding Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah kaunter daripada syarikat NWP Holding Bhd dengan kenaikan sebanyak 6.25% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Februari 2022. 

Kebanyakan Daripada Saham Paling Untung Berharga Bawah RM1.00

Daripada 10 senarai di atas, hanya TSH Resources Bhd dan Lotte Chemical Titan Holding Berhad yang didagangkan atas RM1.00 sementara 8 yang lain didagangkan di bawah RM1.00.

Biasanya lagi murah harga sesuatu kaunter, lebih volatile pergerakan harga saham syarikat tersebut. Hari ini boleh jadi paling untung esok lusa boleh jadi kaunter paling rugi. 

Jadilah pelabur bijak dengan memilih saham yang mengikut tahap penerimaan risiko masing-masing. Selamat melabur!

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Cnergenz: Rentak Buku Pesanan Perkukuh Pemulihan FY26

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu MYR0.71 daripada MYR0.62, potensi kenaikan 20% dan kadar hasil dividen sekitar 2% untuk FY26F

Selepas mengadakan lawatan tapak, kami semakin memandang positif akan pemulihan perolehan Cnergenz pada FY26, disokong oleh rentak pertumbuhan buku pesanannya yang kian mengukuh daripada permintaan berpacukan kecerdasan buatan (AI yang semakin pesat merentasi perniagaan pengedaran teknologi peletakan permukaan teras (SMT) miliknya, selain peningkatan penjualan penguji AI-nya dalam segmen pengeluar reka bentuk asal (ODM). Pihak pengurusan membayangkan keterlihatan hasil yang kukuh untuk FY26, dengan jangkaan perolehan akan bertumbuh secara berperingkat mulai 2Q26.

Pemulihan FY26 semakin rancak

Pihak pengurusan membayangkan bahawa jumlah jualan FY26 yang diraih sudah melepasi hasil sepenuh tahun pada FY25 sebanyak MYR114.8j, dipacu oleh permintaan berkaitan AI untuk peralatan SMT yang kian meningkat. Hal ini pula didorong oleh pengembangan kapasiti dalam kalangan pelanggan perkhidmatan pengeluaran elektronik (EMS) Tahap 1, peningkatan penjualan penguji AI ODM miliknya, dan pemulihan segmen penyelesaian bersepadunya. Setakat akhir bulan Mei, nilai buku pesanan belum bayar kumpulan ini berkembang kepada kira-kira MYR190j, daripada MYR82.2j pada akhir Mac (nisbah liputan: 1.65x daripada hasil FY25).

Penguji AI ODM semakin menerima perhatian komersial

Pesanan ODM yang tertunggak mencecah kira-kira MYR10-11j setakat akhir bulan Jun, disokong oleh permintaan yang lebih besar untuk pelantar penguji AI-nya. Susulan kelayakan pengeluaran yang berjaya dibuat, pesanan berjumlah 20 unit sudah dihantar sepenuhnya, dengan pihak pengurusan menyasarkan 30 unit lagi untuk dihantar pada 2HFY26.

Sementara itu, pembangunan pelantar pematerian baru dengan pelanggan Eropah masih berjalan, sementara menunggu pindaan reka bentuk produk, dengan pelancaran komersial disasarkan menjelang akhir FY26. Kami juga menjangkakan pengeluaran ODM yang terus dipertingkatkan, di samping pemulihan perolehan projek-projek berkaitan memori, untuk menyokong usaha Xlent untuk kembali mencatat keuntungan pada 2H26.

Prospek untuk bahagian kilang pintar dan penyelesaian bersepadunya

Unit kilang pintarnya terus menjadi penyumbang yang agak kecil apabila mencatat kira-kira 2% daripada buku pesanan belum bayar. Pihak pengurusan semakin hampir untuk mendapatkan projek automasi gudang bernilai kira-kira MYR10j daripada satu pelanggan EMS dari AS, dengan hasil dijangka akan diiktiraf pada 2HFY26. Pada masa yang sama, segmen penyelesaian bersepadu pula diramalkan mencatat pemulihan secara beransur-ansur selepas mencatat sumbangan sifar pada 1QFY26, dengan tempahan merangkumi sekitar 30% daripada buku pesanan belum bayar, sekali gus menawarkan sokongan tambahan pada perolehan FY26.

Kami naikkan perolehan FY26-28F

Sebanyak 2%, 14% dan 13% supaya mencerminkan andaian-andaian hasil yang lebih kukuh susulan kenaikan ketara dalam pertumbuhan buku pesanan. Kami terus menjangka margin untuk berkembang mulai 2Q26, disokong oleh keumpilan operasi daripada penghantaran SMT yang lebih tinggi, pemulihan segmen penyelesaian bersepadu, dan kenaikan perniagaan ODM secara berperingkat. Penilaian P/E sebanyak 21x untuk FY27F dikekalkan dan berdasarkan nilai ini, TP baharu sebanyak MYR0.71 diperoleh (termasuk diskaun ESG 2%).

Faktor pemacu utama

i. Pemulihan capex E&E
ii. Pemulihan segmen penyelesaian SMT bersepadu
iii. Peningkatan sumbangan segmen baru ODM/OEM.

Risiko utama

i. Masa pengiktirafan tempahan dan penyempurnaan tempahan
ii. Kegagalan meraih projek baru
iii. Risiko pembatalan kontrak, persaingan sengit dan FX.

Profil Syarikat

Cnergenz menyediakan penyelesaian pembuatan dengan berpengkhususan dalam penyelesaian
pembuatan teknologi pemasangan permukaan (SMT) untuk industri-industri elektronik dan semikonduktor (E&S).

Carta Saranan

Penganalisis
Lee Meng Horng +60 323028115 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.