4 Kategori Bilionaire Yang Ada Di Dunia

Terlalu banyak media massa yang menghuraikan kejayaan para Billionaire, tetapi agak sukar untuk mencari maklumat mengenai pengelasan setiap ketegori bilionaire. Sebelum kita membincangkan ketegori Billionaire dengan lebih mendalam, mari kita fahami, secara ringkas mengenai Billionaire.

Menurut Wikipedia, untuk bergelar sebagai Bilionaire seseorang perlulah mempunyai nilai aset sekurang-kurangnya satu bilion (1,000,000,000 atau bersamaan seribu juta), biasanya mata wang utama yang selalu di gunakan bagi menentukan nilai aset tersebut ialah US Dolar ($), Euro (€), dan Pound Sterling (£).

Selain daripada itu, jika net worth peribadi seseorang individu mencapai tahap seratus bilion (100,000,000,000), individu tersebut disenaraikan sebagai Centibilionaire (atau Centi-Bilionaire). Contoh tokoh yang telah mencapai status tersebut adalah Jeff Bezos.

Percayakah anda, sehingga tahun 2018, terdapat lebih daripada 2,200 orang bilionaire di seluruh dunia. Jika nilai aset mereka di kumpul, ia bersamaan lebih kurang $9.1 trilion, telah meningkat naik berbanding $7.67 trillion pada tahun sebelumnya.

Menurut Oxfam report pada tahun 2017, nilai jumlah kekayaan 8 individu bilionaire terkaya di dunia, telah melebihi atau mengatasi jumlah pendapatan separuh daripada penduduk bumi.

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah di antara beberapa asas kategori seorang Bilionaire:

1. Dictator Bilionaire

Kami sengaja meletakkan kategori ini pada kategori pertama, kerana dalam semua ketegori bilionaire, kategori inilah paling bahaya dan perlu dielakkan serta dijadikan sempadan dan tauladan bagi kita semua.

Menurut kajian, kategori ini berdasarkan pemerintahan kuku besi, penindasan kepada rakyat dan menyebabkan kemudaratan kepada negara dan orang lain.

Contoh yang paling jelas adalah Muammar Mohammed Abu Minyar Gaddafi atau pun di lebih dikenali sebagai Colonel Gaddafi. Di antara jenayah yang beliau lakukan ialah, melakukan hijack atau pemusnahan terhadap Pan Am Flight 103, pada 21 Disember 1988. Ini telah mengakibatkan 259 nyawa penumpang dan crew penerbangan terkorban.

Tahukah anda, beliau merupakan individu terkaya dalam ketegori ini, jumlah kekayaan yang beliau miliki, melebihi nilai gabungan kekayaan Warren Buffett dan Bill Gates, iaitu lebih daripada $200 bilion. Mungkin beliau merupakan seorang Bilionaire yang kurang popular disebabkan cara beliau untuk mengaut kekayaan berdasarkan keganasan dan penindasan.

Seorang dictator bilionaire berkelakuan seperti chaotic evil, lebih teruk daripada golongan penjahat yang tidak baik. Selain daripada Colonel Gaddafi, individu lain yang tersenarai sebagai Bilionaire dalam kategori ini ialah Joseph-Désiré Mobutu atau dikenali sebagai General Mobutu. Jangkaan nilai kekayaan beliau semasa melaksanakan pemerintahan kuku besi di negara Congo adalah bersamaan dengan $5 bilion.

2. Royalty Billionaire

Ketegori yang kedua ialah Royalty Bilionaire. Di antara contoh dalam kategori ini ialah Elizabeth Alexandra Mary Windsor atau pun lebih di kenali sebagai Queen Elizabeth 2.

Purata pendapatan tahunan beliau bergelar sebagai seorang ratu adalah sebanyak £13 juta setahun, dan jangkaan nilai kekayaan beliau mencecah £5 bilion.

Contoh seterusnya tokoh yang merupakan royalty bilionaire adalah Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, atau pun lebih dikenali sebagai Sultan Brunei (Sultan Negara Brunei) dengan nilai kekayaan sekitar $20 bilion.

Kebiasaannya mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah mereka yang membantu dalam membangunkan negara dengan aman serta meningkatkan ekonomi negara.

3. Inheritance Bilionaire

Dalam ketegori ini, John Hancock merupakan salah seorang contoh terbaik. Sehingga ke hari ini, nama beliau masih lagi terpahat sebagai salah seorang tokoh yang popular.

Di Boston, terdapat bangunan pencakar langit yang di gelar sebagai John Hancock Tower. Pada tahun 1776, beliau merupakan tokoh yang terkaya di Amerika Syarikat.

4. Self-Made Bilionaire

Kategori terakhir ini merupakan yang paling ramai yang tersenarai. Terlalu banyak tokoh yang kita boleh petik dan dijadikan sebagai contoh kerana mereka cukup popular dan menjadi sumber inspirasi bagi kebanyakan orang.

Siapa yang tak kenal dengan Warren Buffett, Bill Gates, Jeff Bezos, Jack Ma? Mereka ini bermula dari bawah dan kini mereka berada di puncak kejayaan.

Jangan lupa baca:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.