Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2021

Bulan Mei adalah bulan kita menyambut Syawal setelah sebulan berpuasa. Namun apakan daya, bilangan kes positif Covid-19 yang semakin meningkat, menyebabkan kita tak boleh pulang ke kampung halaman.

Lebih parah lagi, ‘full lockdown’ terpaksa dilaksanakan bermula pada 1 Jun 2021 bagi mengekang penularan wabak ini.

Bagaimana pula dengan reaksi pasaran terhadap situasi semasa yang berlaku?

Sumber: Trading View

Indeks FBM KLCI 3 Mei 2021: 1,602.10 Mata

Indeks FBM KLCI 21 Mei 2021 Paras Terendah Bulan Mei: 1,552.10 Mata

Indeks FBM KLCI 3 Mei 2021 Paras Tertinggi Bulan Mei: 1,602.10 Mata

Indeks FBM KLCI 31 Mei 2021: 1,583.60 Mata

Penurunan Sebulan: -18.50 Mata atau -1.15%

Bursa Malaysia nampak seperti membuat kenaikan sepanjang bulan Mei. Ini bermakna ada peluang untuk membuat keuntungan yang baik, walaupun ada kalanya market seperti kangaroo sedikit.

Dan berikut merupakan senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2021:

Sumber: Screener iSaham

1. Sedania Innovator

Sumber: Bursa Marketplace

2. Kumpulan Jetson

Sumber: Bursa Marketplace

3. Privasia Technology

Sumber: Bursa Marketplace

4. Pharmaniaga Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

5. Amcorp Properties

Sumber: Bursa Marketplace

6. Tanco Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Y&G Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

8. Progressive Impact Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

9. Saudee Group

Sumber: Bursa Marketplace

10. Systech Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Hampir Semuanya Saham Penny Stock

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2021, seperti mana bulan-bulan sebelum ini dihiasi oleh saham-saham penny stock yang berharga di bawah RM1 dan syarikat yang tidak mempunyai Fundamental yang kukuh. Naik cepat, turun pun cepat nanti.

Sebab itulah, sebelum nak beli apa-apa saham kena ada Trading Plan terlebih dahulu. Tahu nak beli kat mana, dan tahu nak jual kat mana.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.


Ada banyak video YouTube dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham.

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi “ZERO” dan masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.