Shopify, Syarikat E-Commerce Yang Menerajui Perniagaan Dropshipping Di Amerika Syarikat

Pembelian secara online telah menjadi satu keperluan pada ketika ini. Banyak syarikat e-commerce di seluruh dunia yang mendapat keuntungan kesan daripada wabak pandemik yang masih lagi berleluasa sehingga ke hari ini.

Disebabkan arahan pergerakan yang terbatas dan semakin ramai yang bekerja dari rumah, pembelian secara online kini menjadi pilihan orang ramai.

Syarikat gergasi peruncitan seperti Amazon dan Walmart turut mendapat kesan positif hasil dari perubahan corak pembelian pelanggan ketika menghadapi musim tersebut. Dua syarikat ini sangat terkenal terutamanya Amazon yang menjadi pilihan utama rakyat Amerika Syarikat dalam pembelian secara online.

Selain daripada dua syarikat gergasi tersebut, ada sebuah lagi syarikat e-commerce yang meningkat naik pada tahun lepas iaitu Shopify. Walaupun syarikat ini tidaklah sebesar Amazon atau Walmart, syarikat ini telah mendapat perhatian yang sangat luar biasa dari pengguna di sana.

Shopify Menawarkan Kelainan

Shopify merupakan sebuah syarikat yang berasal dari Kanada. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat e-commerce yang turut mendapat tempias positif dari pengguna di Amerika Syarikat.

Disebabkan pembelian online yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Amerika Syarikat, peniaga online terutamanya dari syarikat kecil turut bertambah bagi memenuhi ruang pasaran tersebut.

Shopify terkenal dalam menyediakan platform yang membolehkan para penjual online menjual produk mereka di dalam platform tersebut.

Apa yang membezakan Shopify dengan Amazon adalah, Shopify membenarkan perniagaan menggunakan teknik dropshipping dalam platform mereka yang lebih mesra pengguna berbanding Amazon.

Shopify telah memperkenalkan Oberlo, sebuah marketplace yang dibangunkan oleh Shopify yang menghubungkan penjual dan pembekal untuk urusan perniagaan.

Dropshipping merupakan satu kaedah yang mana para penjual menjual barangan mereka tanpa perlu menyimpan stok dan urusan penghantaran akan dilakukan oleh pihak pengeluar atau pengilang kepada pengguna tanpa melibatkan penjual tadi.

Kredit Gambar: China Brand

Shopify membenarkan penglibatan orang tengah di dalam platform mereka untuk berurusan. Kebiasaannya, pembekal yang sering digunakan oleh peniaga Amerika Syarikat adalah dari China.

Mereka boleh berurusan dengan pihak pembekal seperti AliExpress melalui platform ini.

Kelebihan Shopify Berbanding Platform Lain

Selain membenarkan pengguna platform Shopify melakukan dropshipping melalui platform mereka, Shopify turut membenarkan para peniaga membuat iklan.

Pada tahun lepas, syarikat ini selangkah lagi ke hadapan dengan mengumumkan kerjasama dengan syarikat media sosial terkenal dari China yang kini menjadi milik syarikat Amerika Syarikat iaitu TikTok.

Kerjasama di antara kedua-dua syarikat tersebut telah memberikan kelebihan kepada pengguna platform tersebut kerana TikTok merupakan platform media sosial yang semakin mendapat perhatian dari golongan melenial.

Kerjasama antara kedua syarikat tersebut telah memberi impak yang tinggi kepada Shopify dalam bidang e-commerce.

Kenapa Dropshipping Begitu Popular Di Amerika Syarikat?

Perniagaan melalui dropshipping menjadi begitu popular di kalangan peniaga kecil di Amerika Syarikat kerana beberapa faktor.

Pertama, perniagaan dropshipping ini adalah lebih murah dan mudah jika dilakukan dengan betul. Peniaga kecil tidak memerlukan inventory untuk menyimpan barang-barang mereka.

Pembekal  akan bertanggungjawab dalam urusan penghantaran kepada pelanggan mereka. Dropshipping mudah dilakukan dan hanya perlu mencari pembekal dan pelanggan sahaja.

Walaupun nampak begitu mudah, program dropshipping dalam Shopify ini juga terdapat beberapa kelemahan yang ketara. Antaranya adalah penipuan yang dilakukan oleh pembekal.

Kredit Gambar: Cheez Burger

Barangan yang diklankan dalam platform tersebut tidak sama seperti yang sebenarnya. Selain daripada penipuan, produk tiruan jenama terkenal juga turut menjadi mangsa.

Yang terakhir sekali, proses penghantaran juga akan mengambil masa yang lama. Dianggarkan ianya mengambil masa selama 1-3 bulan untuk sampai ke tangan pelanggan.

Walaupun berdepan dengan banyak kelemahan, Shopify telah menambahbaik kelemahan mereka bagi mendapatkan kepercayaan para pelanggan.

Model pernigaan dropshipping yang terdapat pada Shopify ini telah membantu ramai peniaga kecil di Amerika Syarikat untuk berniaga dan bertahan di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Sumber Rujukan:

Tahukah anda bahawa saham Shopify didagangkan di pasaran saham Amerika Syarikat?

Kredit: Trading View

Dan harga saham Shopify telah pun naik 66% dalam masa setahun?

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.