Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2022

‘FBMKLCI masih bertahan di atas paras 1,500 mata.’

Indeks FBMKLCI berjaya bertahan di atas paras 1,500 mata dalam keadaan sentimen semasa yang tidak menentu ini. Dibuka pada paras 1,492.67 mata pada 1 Ogos 2022 dan melabuhkan tirai bulan Ogos pada paras 1,512.05.

Secara keseluruhan, indeks pasaran saham Bursa Malaysia naik sebanyak 19.38 mata atau kenaikan sebanyak 1.30%.

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling untung untuk bulan Ogos tahun 2022. Senarai saham paling untung untuk bulan Ogos tahun 2022 adalah seperti berikut:-

Sumber: TradingView

1. SWS Capital Berhad


Sumber: Bursa Marketplace

SWS Capital Berhad merupakan kaunter saham patuh syariah paling untung untuk bulan Ogos 2022 dengan kenaikan sehingga 58.97% dalam tempoh satu bulan dagangan bermula 1 Ogos sehingga 30 Ogos 2022.

2. Cnergenz Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Cnergenz Berhad pula merupakan kaunter patuh syariah kedua paling untung pada bulan Ogos 2022 dengan kenaikan sehingga 55.74% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan Ogos 2022.

3. IQ Group Holdings Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah kaunter syarikat IQ Group Holdings Bhd dengan kenaikan sebanyak 36.36% dalam tempoh satu bulan dagangan.

4. SDS Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

SDS Group Berhad berada di tangga keempat untuk kaunter paling untung sepanjang bulan Ogos 2022 dengan kenaikan sebanyak 34.62%.

5. Pasukhas Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat Pasukhas Group Berhad yang mencatatkan peningkatan sebanyak 33.33% untuk tempoh sebulan pada Ogos 2022.

6. Classic Scenic Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat keenam adalah kaunter saham syarikat Classic Scenic Bhd yang mencatatkan kenaikan sebanyak 32.03% dalam tempoh sebulan dagangan pada Ogos 2022.

7. LGMS Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat LGMS Berhad pula adalah kaunter saham ketujuh paling untung untuk bulan Ogos 2022 dengan kenaikan 31.36%.

8. Coraza Integrated Technology Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Kumpulan Coraza Integrated Technology Berhad merupakan kaunter saham kelapan paling untung pada bulan Ogos 2022 dengan kenaikan sebanyak 30.08%.

9. Cengild Medical Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Yang kedua terakhir di tempat kesembilan adalah kaunter daripada syarikat Cengild Medical Berhad dengan kenaikan sebanyak 27.50% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Ogos 2022.

10. Awanbiru Technology Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Yang terakhir paling untung pada bulan Ogos 2022 adalah saham syarikat Awanbiru Technology Berhad yang mengalami kenaikan harga sebanyak 26.03% dalam tempoh sebulan dagangan.

2 Daripada 10 Saham Paling Untung Ogos Bernilai Atas RM1.00

Daripada 10 senarai diatas, hanya 2 saham yang berharga atas paras RM1.00 selepas penutupan sesi dagangan Ogos 2022 ini.

Pasaran Amerika Syarikat agak bergolak sejak dua menjak ini, apakah pasaran saham tempatan akan menerima tempiasnya?

Baca juga:

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

PNB Institusi Pelaburan Keempat Terbaik Global Dalam Skor GSR

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatat pencapaian baharu apabila menduduki tempat keempat terbaik di peringkat global dalam Papan Skor Governance, Sustainability and Resilience (GSR) 2026 yang diterbitkan oleh Global SWF.

PNB turut mengekalkan kedudukan sebagai institusi pelaburan milik negara dengan penarafan tertinggi di Malaysia dalam penilaian yang membabitkan lebih 200 institusi pelaburan milik kerajaan di seluruh dunia.

Dalam penarafan itu, PNB memperoleh markah keseluruhan 88 peratus, merangkumi 90 peratus bagi tadbir urus, 100 peratus untuk kelestarian dan 60 peratus bagi aspek daya tahan.

Pencapaian berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding kedudukan ke-17 yang direkodkan pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan usaha berterusan organisasi memperkukuh tadbir urus serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Menurut PNB, skor penuh bagi komponen kelestarian diberikan berdasarkan kekuatan rangka kerja tadbir urus, ketelusan pendedahan maklumat, komitmen terhadap agenda iklim dan penerapan pertimbangan kelestarian dalam aktiviti pelaburan.

PNB juga memaklumkan bahawa pihaknya memperbaharui Rangka Kerja Kelestarian dengan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik iaitu Kelestarian Organisasi, Kepengurusan Bertanggungjawab dan Pembangunan Negara.

Selain itu, antara faktor yang menyokong pencapaian itu ialah kejayaan memenuhi sasaran Perusahaan Sifar Bersih bagi pelepasan Skop 1 dan Skop 2 pada 2025 serta usaha memperkukuh aspirasi Portfolio Sifar Bersih menjelang 2050.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata peningkatan daripada tangga ke-17 kepada tangga keempat global dalam tempoh setahun mencerminkan usaha kolektif organisasi memperkukuh tadbir urus dan daya tahan institusi.

“Pencapaian ini mencerminkan kemajuan yang telah kami capai dalam memperkukuh tadbir urus, menerapkan amalan yang bertanggungjawab dan membina organisasi yang lebih berdaya tahan.

“Pencapaian skor kelestarian sempurna ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna kepada PNB kerana ia mencerminkan komitmen dan usaha berterusan kami untuk mengintegrasikan pertimbangan kelestarian ke dalam cara kami beroperasi, melabur dan melaksanakan kepengurusan.

“Menerusi Rangka Kerja Kelestarian yang telah diperbaharui, kami terus memperkukuh pendekatan yang lebih holistik, berteraskan kelestarian organisasi, kepengurusan bertanggungjawab dan pembangunan negara,” katanya.

— Berita Harian