Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Suku Kedua (April-Jun) 2019

Kita sudah pun sampai di pertengahan tahun 2019, pastinya banyak pengalaman suka duka sepanjang kita melabur dan berdagang pada tahun ini.

Sumber: Trading View

Indeks FBMKLCI 1 April 2019: 1,628.66 Mata

Indeks FBMKLCI 21 Jun 2019 Paras Tertinggi Suku Kedua 2019: 1,682.23 Mata

Indeks FBMKLCI 14 Mei 2019 Paras Terendah Suku Kedua 2019: 1,599.19 Mata

Indeks FBMKLCI 28 Jun 2019: 1,672.13 Mata

Kenaikan 3 Bulan: 43.47 Mata atau +2.67%

Banyak perkara telah berlaku sepanjang suku kedua, dengan perang perdagangan Amerika Syarikat dan China memuncak sehingga menyebabkan Huawei telah dikenakan sekatan. Tetapi sejak kebelakangan ini, kebanyakan yang berlaku seolah-olah memberikan petanda bahawa ekonomi bakal kembali pulih.

Oleh itu, bagi mereka yang merebut peluang depan mata pastinya meraih keuntungan yang besar di Bursa Malaysia. Jom kita lihat senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Suku Kedua (April-Jun) 2019 di bawah:

1. Kumpulan Powernet

Sumber: Bursa Marketplace

2. SMTrack Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. KNM Group

Sumber: Bursa Marketplace

Pada 27 Mei, KNM mengumumkan bahawa ia telah memperoleh tiga kontrak di Vietnam, Belgium dan Johor bernilai lebih kurang RM97.72 juta

4. Pan Malaysia Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. Sarawak Consolidated Industries

Sumber: Bursa Marketplace

6. Ekovest Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

7. Knusford Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

8. NWP Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

9. Niche Capital Emas Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

10. Scomi Group

Sumber: Bursa Marketplace

Semua Dalam Senarai Adalah Saham Bawah RM1

Kali ini, semua dalam senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Suku Kedua (April-Jun) 2019 adalah merupakan saham di bawah RM1 atau penny stock. Banyak juga yang merupakan super penny, iaitu bawah 20 sen. Risiko beli saham penny ni, naik cepat turun pun cepat. Maka berhati-hatilah dengan sebarang perubahan harga.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Quarter) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenanga IB Jangka FBM KLCI Cecah Paras 1,840 Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) — Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berpotensi mencecah paras 1,840 tahun ini.

Kenanga IB berkata Malaysia secara relatifnya sentiasa menjadi destinasi pelaburan selamat berbanding negara-negara lain di ASEAN dalam persekitaran risiko geopolitik dan kini boleh mendapat manfaat daripada sentimen pelabur yang mula mengalihkan kedudukan mereka dari Indonesia buat sementara waktu.

“Bagi tempoh terdekat, kami juga menjangkakan bahawa sentimen terhadap FBM KLCI boleh mendapat manfaat sekiranya pelabur memilih untuk mengalihkan kedudukan mereka dari Indonesia, berikutan amaran kebolehpelaburan oleh MSCI baru-baru ini terhadap pasaran Indonesia, disusuli oleh prospek negatif Moody’s terhadap penarafan negara itu,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Kebolehpelaburan bermaksud kesukaran pelabur untuk masuk atau keluar dari pasaran tersebut, manakala manakala MSCI pula adalah singkatan kepada Morgan Stanley Capital International, firma penyelidikan pelaburan terkemuka di dunia yang menyediakan penanda aras (indeks) untuk pelabur global.

Pada 27 Januari, indeks penanda aras mencecah 1,771.25, mengatasi paras tertinggi sebelumnya iaitu 1,769.16 pada 8 Oktober, 2018.

Bagaimanapun, Kenanga IB berkata ia akan mengekalkan sasaran akhir tahunnya iaitu 1,750 menjelang musim laporan keputusan kewangan akan datang.

Ia berkata FBM KLCI mempamerkan korelasi positif dengan kekuatan ringgit dengan pulangan dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini kira-kira enam peratus, setanding dengan Thailand dan Filipina.
Kadar pertukaran semasa dolar AS-ringgit dilihat sebagai neutral pada masa ini, selepas pelantikan Kevin Warsh sebagai pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS oleh Presiden AS, memberikan sokongan kepada dolar AS, katanya.

“Sektor pilihan utama kami adalah perbankan, walaupun kami menjangkakan kenaikan harga saham perbankan tidak sepantas sebelum ini apabila ringgit mulai stabil, nilai sektor ini masih dianggap rendah berbanding pengukuhan asas fundamental yang telah dicapainya.

“Bagaimanapun, kami lebih menggemari gabungan seimbang antara saham beta-tinggi (AmBank) dan saham beta-rendah (Maybank, Public Bank),” katanya.

Sebagai rujukan, beta-tinggi adalah saham yang bergerak lebih agresif (harganya cepat naik), manakala beta-rendah pula ialah saham yang lebih stabil dan kurang berisiko, harganya tidak turun naik secara mendadak.

Pertukaran mata wang asing (forex) berkemungkinan akan menjejaskan keputusan kewangan pengeksport dalam tempoh terdekat, namun ringgit yang semakin stabil dijangka dapat membantu sentimen masa depan bagi sektor yang paling terkesan oleh turun naik forex seperti sektor teknologi, kata bank pelaburan itu.

Kenanga IB berkata dalam persekitaran lonjakan yang sebahagian besarnya didorong oleh sektor perbankan pada permulaan 2026, minat terhadap FBM KLCI telah semakin kukuh sejak pertengahan tahun lepas, bagaimanapun disebabkan kemasukan pelabur asing masih belum menyeluruh, situasi ini membuka ruang bagi pelabur untuk memilih saham-saham berkualiti pada harga menarik.

Kekuatan ringgit berterusan pada paras semasa akan memberi manfaat kepada sektor solar kerana kadar pertukaran semasa akan menimbulkan kebimbangan mengenai kos panel yang berlebihan seperti dihadapi Solarvest Holdings Bhd.
— BERNAMA