Top 5 Syarikat Di Bursa Yang Paling Banyak Simpanan Tunai

Cash is King – Satu perumpamaan yang menggambarkan siapa yang punya pegangan tunai paling banyak, dialah Raja. Bagi para pelabur, mereka akan mengambil kira nilai net cash syarikat ini kerana secara logiknya syarikat mempunyai status kewangan yang kukuh dan mampu bertahan sekiranya berlaku krisis.

Pelabur juga turut menggemari syarikat berstatus cash-rich kerana mempunyai peluang cerah untuk memberi dividen tanpa perlu meminjam daripada sumber-sumber lain. Selain itu, pengembangan operasi juga boleh dilakukan dengan mudah tanpa bergantung kepada pembiayaan luar.

Dalam pasaran Bursa Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang telah berjaya membina pegangan tunai yang banyak.

Senarai Top 5 Syarikat Paling Banyak Cash

1. Genting Group

Ia dikemudi oleh billionaire Tan Sri Lim Kok Thay anak kedua mendiang Lim Goh Tong. Di bawah pelan pelancongan bersepadu Genting melalui anak syarikatnya, Genting Malaysia Bhd telah membangun dan melancarkan kemudahan pelancongan baru secara progresif, yang dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan bagi jangka masa panjang.

Genting muncul dalam senarai teratas apabila mencatatkan net cash sebanyak RM8.8bil setakat 31 Dec 2017. Syarikat konglomerat ini mempunyai perniagaan merangkumi kasino, rekreasi dan hiburan, perladangan, tenaga serta minyak dan gas.

Selain daripada itu, Genting Group turut mengumumkan penerusan semula projek pembangunan yang telah lama tergendala sebelum ini oleh Resorts World New York City. Peluasan Aqueduct Racetrack di Queens, New York yang bernilai US $400 juta dijangka menjadi penyumbang utama pertumbuhan jangka panjang syarikat.

2. Lotte Chemical Titan (LCTITAN)

Pengeluar petrokimia bersepadu, Lotte Chemical Titan Holding Bhd, berada di tangga kedua dengan net cash sebanyak RM3.61bil setakat 31 Dec 2017. Dalam tempoh setahun net cash syarikat telah meningkat sebanyak 274%. Sebahagian besarnya disumbang oleh wang yang dijana melalui tawaran awam awal (IPO) pada bulan Julai tahun lepas.

Lotte Chemical bercadang untuk menggunakan wang yang diterima dari penyeneraian IPO dalam tempoh 36 bulan setelah penyenaraian untuk memacu pelan perkembangan kumpulan syarikat pada peringkat Asean.

3. Oriental Holdings

Di tempat ketiga ialah Oriental Holdings Bhd yang diasaskan oleh mendiang Tan Sri Loh Boon Siew.

Syarikat ini merupakan pengedar kenderaan Honda di Malaysia dan Singapura. Mereka turut mempunyai cabang perniagaan dalam industri kesihatan hotel & resort, investment holding, perladangan, pembuatan plastik dan pelaburan hartanah serta produk bahan dagangan.

Nilai net cash terkumpul sehingga 31 Dec 2017 sebanyak RM 2.7bil digunakan untuk menampung operasi perkembangan bagi sektor perladangan. Ia bagi membolehkan mereka untuk mencari sumber tanaman baru, pembinaan pejabat dan kuarters pekerja serta kilang minyak kelapa sawit.

4. Petronas Group

Petronas Group yang mempunyai pegangan dalam MISC Bhd, PETRONAS Gas Berhad, PETRONAS Dagangan Berhad, Bintulu Port Holding Berhad dan KLCC Property Holdings Berhad di tempat keempat dengan nilai net cash sebanyak RM 1.8bil

Dalam tempoh setahun yang lepas, pegangan net cash mereka sebenarnya menurun sebanyak 39% kerana PetGas,MISC dan Bintulu Port Holding Bhd masing-masing mempunyai pertambahan net debt.

5. Keck Seng

Di tangga kelima Keck Seng (M) Bhd mencatatkan net cash sebanyak RM 1.35bil. Syarikat ini beroperasi dalam empat segmen utama: pembuatan, hotel dan pusat peranginan, hartanah dan perladangan.

Pembuatan terlibat dalam pemprosesan dan pemasaran produk minyak kelapa sawit. Hotel dan resort terlibat dalam operasi hotel dan resort golf. Hartanah terlibat dalam pembangunan hartanah dan pelaburan manakala Perladangan terlibat dalam penanaman kelapa sawit.

Syarikat bukan hanya beroperasi di Malaysia, malah Singapura, Hong Kong, Kanada dan Amerika Syarikat.

Sumber Rujukan: The Star Online

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA