Zaman Sekarang Tak Mustahil Memiliki Rumah Ketika Berusia 24 Tahun

Berjaya memilki rumah di usia muda bukanlah satu perkara yang mustahil. Buktinya adalah perkongsian daripada Cik Ifa bagaimana beliau berjaya memilki sebuah rumah pada usia tersebut.

Sama-sama kita baca perkongsian Cek Ifa yang sangat bermanfaat ini.

Perancangan 2 Tahun Terlebih Dahulu

Alhamdulillah. Azam 2017 Ifa dah tercapai untuk beli rumah di usia 24. Ifa nak share tip how to buy your own asset dalam masa 2 tahun.

Sorry guys. Dalam gambar ni, Ifa pakai selipar je. Sebab masa ambil gambar ni, rumah baru 80% siap. Jalan nak masuk ke rumah pun tak lawa lagi. Jadi, pakai selipar je la jawapnya.

Jadi, macam mana kita boleh beli aset hartanah?

Bukan senang nak bagi loan rumah lepas sekarang ni.

Korang mesti berumur 17 tahun, atau lepas habis study (atau masa study) ada buat bisnes kecil-kecilan, kan? Tapi, ada simpan tak duit tu walaupun sikit?

1. Biar Sikit, Tapi Kekal Menyimpan

Guys, simpan duit niaga tu dalam bank korang. Walaupun sikit RM200 – RM300 pun, simpan je dalam bank tu. Biar ada transaksi dalam bank tu duit keluar masuk.

Kalau nak ambil duit tu pun, jangan sampai habis. Tinggalkan sikit dalam bank tu, okay?

Make sure ada transaksi dalam akaun bank korang tu, okay?

But better lagi kalau korang ada bisnes punya akaun. Lagi power kalau buat macam ni. Sebab bank akan tengok semua ni.

Walaupun kecil mana bisnes korang tu, semua ni tetap akan bank ambil kira. Faham, kan?

2. Duit OT (Overtime) Punca Bank Senang Luluskan Pembiayaan Rumah?

Duit OT korang setiap bulan tu penting, guysEven kalau korang buat ikut mood macam Ifa ni. Hehe.

Walaupun setakat RM50 je pun, bank tetap akan ambil kira sebagai pendapatan kita untuk bulan tersebut.

Tapi untuk OT, bank hanya akan kira selama 3 bulan je. Takde la sampai setahun punya OT mereka ambil kira.

3. Simpan Duit Dalam ASB

Sesetengah bank akan ambil kira ASB Financing sebagai income (pendapatan), tapi ada sesetengah jugak yang ambil kira sebagai expenses (perbelanjaan).

Kalau boleh, cari bank yang kira ASB ni sebagai simpanan tetap.

4. Cari Developer Ngam, Yang Tanggung Atas Bawah

Korang cari rumah yang mana, developer yang tanggung kos lawyer, dan segala kos lain untuk beli rumah tu.

Mungkin kita akan ingat :

“ALA, SEMUA TU DAH TERMASUK DALAM HARGA RUMAH, KAN?”

Tapi kalau korang kira balik, sama je duit korang kena keluar jugak bayar itu ini, kan?

Mungkin dah rezeki Ifa. Masa beli rumah ni, developer tanggung semua. Free lawyer, dapat rebat 10% daripada downpayment.

Ifa hanya bayar downpayment sebanyak 1% je sebab dapat rebat banyak gila. Alhamdulillah, syukur sangat sebab Allah S.W.T permudahkan jumpa developer yang best.

5. Macam Mana Nak Beli Rumah Pada Harga Murah?

Orang kata, kalau nak beli rumah murah, beli masa developer baru pecah tanah. Masa tu, memang murah untuk korang beli.

Untuk ni, takde yang lain selain kena rajin survey.

6. Tanam Azam Dalam-Dalam Dan Usaha 100%

Last sekali, korang tanamkan azam setiap tahun untuk beli rumah sebelum umur sekian-sekian.

Macam Ifa, setiap tahun Ifa tanam azam untuk beli rumah sebelum berumur 25 tahun. Sejak umur Ifa 19 tahun lagi.

Dan Alhamdulillah, it’s come true. Sebelum umur 25, Ifa dah dapat rumah. Allah S.W.T dengar doa Ifa.

Tetapkan Matlamat, Pasti Boleh Dapat

Ifa doakan korang dapat inspirasi daripada perkongsian ini.

Ifa suka tengok anak-anak muda yang ada matlamat dan beli aset pada usia muda, hasil daripada titik peluh sendiri.

Doakan Ifa supaya dapat beli second house sebelum umur 30 tahun ya.

Semuanya Tak Mustahil

Nak jadi macam beliau, kena banyak menuntut ilmu. Terima kasih kami ucapkan kepada Cek Ifa kerana sudi berkongsi pengalaman peribadi beliau. Ini membuktikan bahawa dengan adanya ilmu, keazaman, usaha dan tawakkal. Rajin-rajinlah follow beliau di Twitter dan Facebook.

Mulakan langkah untuk beli rumah sekarang juga.

Baca juga Deposit Nak Beli Rumah Tak Cukup? Bantuan Sehingga RM30,000 Kini Dibuka!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.